Bab 1

13.2K 216 3
                                    

"Apa masalah kau hah" satu suara meluru ke arah wanita yg berpakaian seperti maid indonesia sambil memegang penyapu.

Satu tajaman maut diterima oleh wanita tersebut membuatkan riak wajahnya berubah

"Saya? Kenapa?" Satu suara kecil keluar dari mulut wanita tersebut.

Lelaki tersebut sudah ada dihadapan wanita tersebut. Lalu tangannya diangkat dan terus mencapai rambut wanita yang disisih rapi.

"Kau boleh tanya lagi hah perempuan? Kau buat apa kat Marsha? Kau tumpahkan air kat baju dia sebab kau marahkan aku? Haaaa!" Kata lelaki tersebut sambil menarik rambut wanita itu

Air matanya jatuh berderai kerana dituduh sedemikian. Lelaki tersebut berlalu pergi tanpa mendengar sebarang jawapan dari dia.

Nama aku Ain. Ain Syaqilla. Status aku? Sudah berkahwin. Lelaki yang marah aku tu? Suami aku. Nama dia? Muhammad Adam. Perkahwinan kami umpana satu perjanjian. Perjanjian yang aku sendiri tak dijangka. Sambil memandang cermin tandas aku kembali teringat kisah lalu

"Haaa apa ni ibu. Takkan lah sampai macam tu? Ain ni baru je 19 tahun. Macam mana impian Ain. Nak sambung belajar. Nak tolong ibu ayah. Apa ni?" Satu pertanyaan yang terlintas difikiran aku

"Kita ni orang susah. Lupakanlah niat kau tu. Aku dah berhutang dengan dia. Dan kau sebagai cagarannya. Kalau aku tak bayar. Aku kena serahkan kau" soalan tersebut dijawab umpama orang tak ada otak.

Akhirnya aku di ijab kabulkan dengan satu lafaz sahaja. Sejak dilafazkan. Hidup aku mula berubah. Segala yg aku impikan dalam setiap perkahwinan tak pernah tercapai.

"Woiii kau buat apa lama-lama dalam bilik air ni?. Cepat sikit boleh tak?" Satu suara tiba-tiba menyentak Ain

Air mata yang jatuh berderai dimuka di lapnya.

"Sabar" jawab Ain. Tombol pintu dipegang dan dibuka

"Kau buat apa lama-lama haaa. Mandi bunga? Kau tu kalau dah buruk tetap buruk. Tak payah nak cantik sangat" kata Adam

"Hina sangat ke saya ni? Saya tahu saya memang tak cantik. Tapi apa silap saya sampai keluarga awak dan awak hukum saya?" Pertanyaan itu umpama satu tamparan pada Adam.

"Oooh kau nak tahu? Sebab apa?" Tangannya muka mencengkam pipi Ain dengan kuat.

"Kau dengar sini. Kau tu cuma menumpang. Kau buat hidup aku berubah. Memang ni balasan untuk kau. Sebab buat aku macam ni. Aku sepatutnya kahwin dengan Marsha bukan kau" tanganya dilepaskan serta merta dan menolak air dari pintu tandas.

Gadis tersebut jatuh setelah ditolak. Air matanya mula berderai. Lalu Ain cuba untuk bangun semula.

Suara pergaduhan mereka mula menganggu Puan Normah yang sedang leka ber"ws".

"Apa bising sangat ni. Hari Sabtu ni pun nak kacau aku. Satu hari tak buat masalah tak sah" getus didalam hatinya.

Lalu smart phone nya ditinggalkan dan mula menaiki anak tangga untuk melihat apa yang berlaku. Tombol pintu berwarna emas dibuka. Dan dilihat di hadapannya anak menantunya terjatuh. Dia mendekati Ain dan kakinya mula memijak pada tangan Ain.

"Hei perempuan satu hari kau tak susahkan keluarga aku tak boleh ke? Bising kau tahu?" Kakinya mula ditekan sekuat-kuatnya.

Air mata Ain mula terkeluar dari matanya.

"Ibu sakit bu. Tolong ibu. Ain janji Ain tak buat lagikl. Tolong ibu. Sakit" ucap Ain sambil memegang kaki ibu mertuanya.

Puan Normah lalu mengalihkan kakinya dan terus menarik rambut Ain dari pintu tandas hingga keluar bilik Adam. Satu suara tangisan kuat didengari didalan bilik tersebut. Adam yang mendengar kejadian itu hanya memekakkan telinganya.

"Ini balasan untuk kau. Baru sikit je ni. Lain kali kau buat lagi. Lagi teruk kau kena" kata Puan Normah. Lalu ditinggalkan gadis itu dihadapan bilik.

"Puas hati aku. Kau yang pilih jalan ni. Jadi kau kena hadapi apa yang kau pilih" detik dihatinya.

Bersambung....

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now