Pintu bilik air terbuka. Kaki Ain terus melangkah setapak tiba-tiba Adam muncul dihadapannya.
"Kau okay tak? Asal lama sangat dalam bilik air?" Sambil memegang pipi Ain.
Tangan Adam ditepis. Ain memulakan langkahnya semula dan tuala yang berada di bahunya diletakkan diatas penyidai. Ain segera memakai telekung untuk menunaikan solat asar walaupun sudah terlambat. Badannya yang menggigil muda reda.
"Kau okay tak ni? Macam tak okay je" tanya Adam yang berdiri dihadapanya.
Telekung sudah terletak dikepalanya. Namun Adam masih tidak bergerak dengan harapan menanti jawapan dari Ain.
"Bagi saya laluan. Saya nak solat" balasnya.
Adam masih lagi tidak bergerak dari kedudukannya.
"Aku tanya kau okay tak? Susah sangat ke nak jawab ha? " tanya Adam dengan suaranya yang mula meninggi.
"Saya kata bagi saya laluan,saya nak solat. Kenapa susah sangat awak nak faham saya? Cukuplah dengan apa yang awak buat saya pada saya tadi. Saya dah cukup sakit" kata Ain dengan matanya yang mula berkaca.
Apabila mendengar apa yang dikatakan olej Ain,Adam segera menarik telekung yang dipakainya
"Kau dah mula pandai menjawab. Siapa ajar kau? Patutnya aku bunuh je kau tadi!"
"Asal tak bunuh je saya? Bunuhlah. Bunuh sekarang juga. Jangan seksa saya macam ni!" Balas Ain. Air matanya mula mengalir laju.
"Seksa? Memang layak untuk kau. Kau yang paksa bukan aku. Dari aku buang masa layan kau. Baik aku keluar dengan Marsha. Lagi bagus" Adam terus melepaskan telekung Ain.
Apabila mendengar kata-kata Adam. Dengan beraninya Ain menjawab
"Saya....saya nak awak ceraikan saya!" Jerit Ain pada Adam.
Adam terhenti langkah apabila mendengar perkataan cerai. Di memalingkan badannya ke Ain. Satu tamparan singgah dimuka Ain mrnyebabkan dia terjatuh.
"Kau dengar sini eh perempuan,aku taknak kau sebut lagi perkataan tu. Aku takkan ceraikan kau. Aku nak kau menderita hidup dengan aku" jari telunjuknya ditujukan tepat pada wajah Ain.
Adam terus keluar dari bilik. Ain yang terjatuh masih kekal dikedudukannya. Dia mengesat air matanya dan darah yang keluar akibat tamparan itu. Keadaanya membuatkan dia tidak mampu untuk bangun.
"Arghhhhhhhhhh" satu jeritan wanita terdengar hingga ke telinga suaminya,Adam.
----------------------------
"Mama please jangan buat Iqmal macam ni. I'm begging to you. Makanlah sikit. Dah 2hari mama tak makan. Nanti kalau mama sakit macam mana? " katanya sambil menghulurkan sesuap sudu makanan.
Tiada reaksi dari wanita yang terbaring diatas katil itu. Dia hanya menggelengkan kepala sebagai tanda isyarat.
"Tak apa. Iqmal letak kata sini tapi mama kena janji dengan Iqmal mama kena makan. Okay?" Sudu itu diletakkan semula didalam mangkuk yang berisi sup.
Iqmal meletakkan mangkuk diatas meja yang ada disebelah katil. Di memulakan langkahnya dan keluar dari bilik. Jelas tampak dimukanya risau melihat wajah mamanya yang pucat. Iqmal terus ke dapur dan membuka fridge. Satu botol air dikeluarkan dan dicurahkan ke dalam cawan.
"Ha macam mana dengan Datin?" Tanya Kak Teh.
"Haih akak ni buat saya terkejut. Hmm macam tu lah. Saya dah pujuk dia tapi masih tiada perubaha. Saya tak tahu nak buat apa lagi" cawan yang berisi air diminumnya semula dan diletakkan
"Sara dah tinggalkan kita 3hari. Tapi Mama still tak boleh lupakan dia" katanya dengan nada yang perlahan.
"Iqmal...akak Teh pun terasa kehilangan dia. Akak faham perasaan kamu" balasnya
Tiba-tiba satu jeritan dari bilik atas menyebabkan mereka berdua terdiam. Lalu dengan segera mereka bergegas naik ke atas.
Bersambung
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...