Bab 21

6.5K 113 7
                                    

Suasana didalam kereta sunyi sepi tanpa sebarang suara sama ada dari Ain mahupun Adam. Mak Mah yang duduk diseat belakang pula nyenyak tidur. Mungkin penat sangat mencari siput sampai terbuat drama dipasar. Kali ni,tingkap kereta dibiarkan terbuka kerana bau busuk diseluar Adam yang sangat kuat akibat menyambut Ain sebentar tadi.

Ain sudah mula gelisah. Dia mula serba salah kerana dia,seluar suaminya busuk. Padahal seluar itu baru diguna ke pejabat pagi tadi. Dia mula menggaru-garu kepalanya berkali-kali dan bermain-main jarinya.

"Adam.." panggil Ain dengan nada perlahan.

Namun,Adam tidak menyahut panggilannya. Ain ni pun satu,panggil macam bisik kat telinga. Mana si Adam tu nak dengar.  Dia sekali lagi mencuba.

"Adam!" kali ini dia memanggil Adam dengan kuat.

"Ha. Apa dia?" Balas Adam sambil mengangguk.

Namun kali ini Ain pula diam. Tadi bila tak panggil rasa serba salah. Sekarang bila dah panggil dia dah pandang tak tahu pulak nak cakap apa. Eh peninglah. Ain mula bermain jarinya semula kerana tidak tahu bagaimana untuk mulakan percakapan.

"Awak panggil saya kenapa?" Tanya Adam yang tertunggu-tunggu jawapan daripada Ain.

"Macam mana aku nak cakap ni. Ya Allah tolonglah hambamu ini. Kenapa aku malu nak pandang dia. Argggh tak sukanya!" Kata Ain yang bercakap dengan dirinya sendiri.

Kereta BMW x5 berhenti dilampu isyarat. Adam menarik hand brake dan terus memalingkan mukanya ke arah Ain.  Tangannya diletakkan diatas tangan Ain.

Ain yang masih mengelamun terus terkejut dengan perbuatan Adam. Terbeliak matanya apabila Adam melakukan sedemikian. Terasa hangat tangan Adam dengan urat-uratnya yang timbul ditambah lagi dengan kulitnya yang separuh matang membuatkan Ain lagi terdiam seribu bahasa.

Ain pula cuba berkali-kali menarik tangannya namun gagal. Kalini dia berusaha dengan lebih lagi. Cehhh macam susah sangat je.  Lantas dia menarik tangannya dengan cepat dan kuat.  Adam pula hanya melihat reaksi Ain.

"Awak ni dah kenapa?" Kata Ain dengan nada yang sedikit geram.

"Awak suka kan?" Kata Adam sambil berbisik ditelinga Ain.

Ain terdiam seketika. Gila tak suka! Dah nama suami. Isteri mana tak suka. Kau memang gila Ain Syaqila. Kau kat mana ni? Kau sekarang bukan dalam kereta yang bau ikan ni. Tapi macam berada di Lavender Field,Perancis yang penuh dengan warna ungu dan bau yang mengharumkan.  Ahhhh indahnya!!!! Lagi indah kalau kami berdua je dekat situ sambil Adam memeluk aku dari belakang. Macam hindustan pulak.

"Hellllooooo!!!" Panggil Adam.

Ain!!!!! Jauhnya kau berangan. Sampai Adam panggil pun tak perasan.

"Maaf." Balas Ain sambil senyum kambing.

"Kat mana kita tadi?" Tanya Ain.

"Takde la . Dah saya tanya awak. Tapi awak tak jawab. Diam je. Saya pegang lah tangan awak" balas Adam dengan nada selamba.

"Tak salah kan" tanya Adam sambil menaikkan kening kirinya.

"Salah!" Ain terus memandang ke luar tingkap. Malas nak layan Adam! Tiba-tiba perangai dia pelik semacam harini. Dah lah tiba-tiba bawa pergi pasar. Ye lah Ain. Kau mengidam nak makan siput takkan nak bawa pergi Pavillion pulak.

"Awak kan isteri saya." Adam terus berbisik ke telinga Ain.

Adam kembali memandu semula apabila lampu isyarat bertukar ke warna hijau. Tergamam seketika Ain apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Adam sebentar tadi.

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now