Bab 10

6.2K 114 12
                                    

Ain tersedar dari mimpinya.

"Allah. Mimpi rupanya. Ingatkan betul-betul" kata Ain yang terjaga dari mimpi.

Pandangan Ain terhenti apabila dia terpadang bekas baldu berwarna merah.

"Kalaulah mimpi aku betul......" getus dihatinya.

Hari ini Adam segak bergaya berkot merah. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia berubah angin. Mungkin.

"Harini aku nak kau masak sedap-sedap" kata Adam sambil memakai kasut.

"Kenapa?"Tanya Ain.

"Ada something special harini" balas Adam.

Adam membawa diri ke kereta Bmw X5. Keretanya mula hilang dari pandangan Ain. Ain mula tersenyum seorang diri apabila teringat statement Adam.

"Apalah yang istimewa sangat tu. Tak sabar rasanya" kata Ain.

Ain meninggalkan ruang rumah yang sudah kosong itu. Semasa dia menuju ke dapur dia terserempak dengan Puan Normah yang  cantik berbaju kurung moden yang berwarna merah. Rambutnya di ikat rapi.

"Ehhh....sini jap" panggil Puan Normah.

"Ye bu...kenapa?" Tanyanya.

"Aku nak keluar nak rasmikan Butik aku dengan Marsha. Harini aku nak kau masak special. Lain dari yang lain" balasnya sambil membetul-betulkan gelang ditangannya.

"Haa...one more thing. Aku balik lewat sikit" tambahnya lagi.

Ain hanya mengganguk sahaja. Puan Normah mula berjalan ke arah pintu. Marsha tiba tepat pada masanya. Ain kehairanan seperti ada sesuatu yang dirahsiakan oleh keluarga Ibrahim Yaakob darinya.

"Mak Mah. Ada orang ke nak datang malam ni?" Tanya Ain sambil bersandar disinki.

"Entah. Siapa tu nama dia? Susah sangat nak ingat. Yang barang kemas tu..." kata Mak Mah yang berusaha mengingat nama seseorang.

"Barang kemas? Siapa?" Tanya Ain lagi.

"Allah....Ha! Dato Habib. Keluarga Marsha katanya nak datang katanya" jawab Mak Mah setelah teringat nama bapa Marsha.

Ain tergelak apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Mak Mah. Namun kegembiraanya terhenti secara tiba-tiba.

"Ehh Ain. Kenapa? Mak Mah salah sebut ke?" Tanyanya dengan penuh kehairanan.

Ain hanya mengelengkan kepalanya. Didalam kepala memikirkan tentang cincin yang berada diatas meja solek. Adakah untuk dia atau untuk Marsha. Ain mula berasa mual-mual seperti semalam dia tidak mampu menahan tekaknya yang loya itu dan segera ke bilik air yang berdekatan dengan dapur.

"Ain...Ain. Ain okay tak ni? Tanya Mak Mah sambil mengetuk pintu berkali-kali.

Ain membasuh mulutnya dan membuka pintu. Wajahnya kelihatan pucat seperti mayat hidup.

"Pucatnya. Dah...dah Mak Mah call Bang Man suruh dia hantar pergi klinik ke hospital ke" kata Mak Mah apabila dia risau melihat Ain.

Ain memegang tangan Mak Mah.

"Mak Mah. Ain okaylah. Cuma mungkin masuk angin perut ni" balasnya yang saja ingin menyedapkan hati wanita itu.

"Jangan memandai. Dah pergi siap. Mak Mah call Bang Man" kata Mak Mah.

Ain hanya menggelengkan kepalanya melihat kedegilan wanita itu.

                       -------------------
"Mus...mus. Nasib baiklah bestfriend. Time aku busy time ni lah nak ajak lunch" kata Iqmal mencari parking.

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now