Terdiam dan terkaku seketika wanita itu. Langkahnya terhenti serta-merta.
"Hello tutup mulut tu. Lalat masuk nanti"
Ain masih lagi terdiam.
"Adam!" Kata Ain
"Yes. It's me. Why?" Balas Adam semula dengan riak muka yang ceria.
"Macam mana awak....awak..tah"
Belum sempat Ain menghabiskan kata-katanya jari telunjuk Adam diletak dibibir Ain. Ain kembali terdiam semula. Matanya menjadi terbeliak dengan kelakuan Adam.
"Shutttt. Jom kita masuk"
Adam terus menarik perlahan tangan Ain. Buat kali pertama dia merasa sebegini. Sebelum ini dia ingatkan yang suaminya masih dingin.
"Awak dah berubah ke Adam" soal Ain dengan dirinya.
Dia pelik dengan Adam. Adam yang dulu bukan yang sekarang. Jauh beza. Adam memimpin Ain sehingga ke dalam hospital. Namun ada mata yang memerhati gerak geri mereka berdua.
"Mungkin kau bukan jodoh aku Ain"-Ikhmal.
Ikhmal yang berada jauh daripada mereka terus meninggalkan kawasan hospital. Sekarang dia terpaksa menerima ketentuan Illahi. Bila Allah sudah menetapkan sesuatu mungkin akan ada yang lebih terbaik untuk masa akan datang.
Ain dan Adam duduk diruang menunggu.
"Kenapa pandang saya pelik?" Tanya Adam.
"Saya memang pelik. macam mana awak tau yang saya ada appointment harini. Sedangkan saya tak bagitau langsung awak" jawab Ain kepada Adam.
"Hehehe. Saya nampak note kat fridge" balas Adam dengan satu senyum.
"Allah. Ain!!!! Kau letak kat fridge tu kenapa. Patutlah dia nampak" Ain menepuk dahinya.
Adam hanya tersenyum kecil melihat telatah isterinya.
Ain leka duduk sambil mengusap anak didalam perutnya. Adam pula sedang membeli minuman di Vending Machine yang berhampir.
"dangggg"
Air tin yang belinya jatuh. Adam terus menggapai dan mengambil minuman tersebut. Langkahnya terhenti seketika apabila melihat wanita itu senyuman keseorangan. Seperti ada yang membuatkan digembira.
"Ain.."
"Kenapa aku layan kau macam sampah dulu. Kenapa aku bodoh sangat sampai buat kau macam tu. Sedangkan kau takde silap langsung pada aku. Aku menyesal Ain dengan apa yang aku telah lakukan pada kau"
"Sumpah demi Allah aku takde niat langsung untuk menyakitkan hati kau" luahan Adam dengan dirinya sendiri.
Air matanya mengalir dipipi. Tangannya lantas mengesat air mata itu. Dia memulakan langkahnya semula ke arah Ain.
"Nah..." kata Adam sambil menghulur minuman tin soya itu.
"Terima kasih" balas Ain dengan nada yang perlahan.
"Puan Ain Syaqilla"
...........................................................
"Ada suami macam takde suami. Mana ni, aku call tak angkat-angkat. Susah sangat ke nak angkat call aku ni" herdik Marsha sambil menghempaskan telefonnya ke atas tilam. Dia sudah geram. Mana taknya, call banyak kali tak angkat. Macam susah sangat nak angkat.
"Anak-beranak sama je. Dua-dua buat hal harini. Kau tunggu Adam,lepas kau minum air yang aku bagi. Aku akan pastikan yang Ain akan lenyap dari hati kau buat selama-lamanya" kata Marsha sambil tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...