"Mak buat apa ni?" Tanya Adam apabila melihat wanita itu duduk diatas sofa sambil melihat jam di dinding.
"Adam tengok jam tu. What's time right now?" Tanya Puan Normah.
Adam melihat jam yang berdetik menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Tetapi dia tidak menjawab persoalan ibunya.
Wanita yang duduk disofa itu lantas bangun ke arah Adam. Dia berhenti betul-betul dihadapan Adam.
Pelik.
"Where your wife?"
Satu pertanyaan yang membuatkan Adam tercengang. Dia seakan-akan terlupa yang Marsha masih belum pulang ke rumah.
"Mana tanggungjawab Adam. Sepatutnya yang tunggu dia kamu. Not me!" Katanya lalu meninggalkan Adam disitu.
Perbualan mereka berdua diperhatikan oleh Ain yang berada didapur.
"Oii. Mengendap apa tu ha?!"
"Shhhh. Diam la Mak Mah" balas Ain.
"Ehh dah tu kau tengok apa dari tadi tu?" Tanya Mak Mah lagi.
Ain berpaling ke arah Mak Mah. Dia terus menarik Mak Mah ke belakang. Maklumlah rumah besar. Dapur lain. Ruang belakang lain.
"Haa kenapa ni Ain?"
"Takde lah. Marsha tak balik lagi. Kan dia keluar tengahari tadi. Sampai sekarang batang hidung dia Ain tak nampak. Tu yang mak tunggu tu" Jawab Ain dengan sekali nafas.
"Ooh. Biasalah" kata Mak Mah
"Apa yang biasa?" Tanya Ain dengan dahi yang berkerut.
"Biasalah dia tu mana boleh percaya sangat. Jangan-jangan jumpa bomoh mana pulak nak tundukkan Si Adam tu" kata Mak Mah dengan selamba.
Bukan dia tak kenal siapa Marsha. Sebelum Ain duduk disini lagi dia sudah lali dengan perangai Marsha. Gedik dan melampau. Tapi nak buat macam mana. Layankan juga.
"Ishh Mak Mah ni. Tak baik lah"
"Tak baik apanya. Aku cakap je. Sebab aku makan garam dulu daripada kau Ain. Mak Mah ni ada naluri keiibuan. Sama macam kau. Nanti bila anak dalam perut kau tu lahir baru kau tau apa yang Mak Mah rasa." Balas Mak Mah kepada Ain.
---------------------
"Drive cepat sikit boleh? Dah malam ni" kata Mak Long yang sudah mula resah didalam kereta.
"Sabar lah. Saya mana tahu yang jammed kat Seremban tu. Benda dah jadi kan"
"Kau ingat tak bomoh tu cakap apa?"
"Ingat lah. Letakkan bawah tilam uncang yang dia bagi tu. Lagi satu setiap hari mesti kena bagi dia air jampi tu. Kan?" Balas Marsha.
"Haa. Betul. Jangan lupa pulak. Kalau lupa. Kau melepas. Aku satu apa pun tak dapat" jawab wanita tersebut.
Marsha terdiam seketika. Dalam fikiran sudah mula pelbagai rancangan untuk menghalau Ain keluar dari rumah itu.
"Kau tunggu Ain. Aku akan pastikan yang kau akan berambus dari rumah" senyuman sinis terbit dibibir Marsha.
-----------
Jam menunjukkan pukul 1 15 pagi. Adam masih lagi duduk disofa. Kepalanya mula tersangguk-sangguk kerana mengantuk. Dah lah esok kena masuk office. Ada meeting lagi. Jam terus berdetak. Satu tangan mencuit Adam.
"Haaa Marsha" kata Adam dengan nada terkejut.
"Ehh bukan. Marsha tak balik lagi. Adam awak pergi lah tidur. Saya rasa Marsha tak balik malam ni. Lagipun dah pukul 1.30 dah ni. Esok awak kan kerja. Biar saya tunggu Marsha" kata Ain sambil memerhati Adam yang asyik menggosok matanya.
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...