Bab 22

6.1K 105 3
                                    

Adam pelik. Kenapa Ain tutup mata dia. Seluarnya telah habis dibuka.

"Ain" panggil Adam.

Tetapi Ain tetap diam. Bukan tak nak menyahut cuma malu. Tak pernah Adam berperangai macam ni. Tiba-tiba harini pulak lain macam.

"Ain. Ambil lah seluar saya ni" kata Adam lagi

"Tak nak! Awak tak pakai seluar. Saya tak nak tengok. Tak malu" balas Ain semula.

Adam membalingkan seluarnya ke arah Ain. Betul-betul seluar tu kena tepat diatas kepala Ain. Elok je landing.

"Adammm!!!" Jerit Ain dengan nada manja.

Ain menarik seluar yang berada diatas kepalanya. Terbeliak seketika mata Ain. Mana tak nya bila masa Adam pakai seluar pendek pulak. Sedangkan tadi...

"Kenapa? Pelik? Saya memang dah ready awal-awal pakai seluar ni. Awak ingat saya nak bogel depan awak ke?"

Ain hanya mencebik.

"Siapa yang dah janji nak basuhkan seluar saya dalam kereta pun saya tak tahu." Kata Adam.

Dia meninggalkan Ain didapur. Aduh! Kau lupa lagi Ain yang kau sendiri janji kat Adam yang kau nak basuhkan seluar tadi.

----------------

Marsha duduk diatas sofa sambil membelek-belek majalah.

"Ingatkan dah tak nak masuk bilik dah" kata Marsha apabila melihat Adam masuk ke dalam bilik.

Adam hanya mendiamkan dirinya sahaja. Malas nak bergaduh benda remeh macam ni. Marsha mula berang dengan sikap Adam. Dia meletakkan majalah tersebut ditepi.

"I cakap dengan u ni. Kenapa diam?"

"U nak i balas apa?"

"Please la Marsha. I tak nak kita bergaduh. Kita baru je kahwin and u dah macam ni. Stop it la" balas Adam.

Riak muka Marsha mula berubah.

"Ooh sekarang ni u nak cakap yang u tak tahan dengan perangai i? Macamtu?" Jawab Marsha.

Adam lantas meninggalkan Marsha disitu. Dia masuk ke dalam bilik air.

"Adam!!! I tak habis lagi dengan u!" Jerit Marsha.

Namun Adam mengendahkan panggilan Marsha.

"Aku takkan bagi kau dengan Ain bahagia Ada. Itu janji aku" detik dihati Marsha.

-------------------------

Bau didapur yang sampai ke atas menarik perhatian Marsha yang leka menonton tv. Adam pulak sedang nyenyak tidur.

"Sedapnya bau"

Dia turun satu demi satu anak tangga dan tiba di dapur. Ain yang sedang khusyuk masak terjaga dengan kehadiran Marsha.

"Marsha. Awak nak apa?" Tanya Ain.

Maklumlah. Marsha ni boleh dikira sebagai perempuan yang hanya mementingkan kecantikan semata-mata daripada kemahiran macam memasak.

"Aku nak tengok je. Asal? Tak boleh?" Balas Marsha.

"Takde la. Boleh. Ke awak nak belajar sekali?"

"Eh. Hello. Kau ingat aku macam kau ke? For your information benda macam ni tak layak untuk aku. Tapi layak untuk kau. Dasar perempuan kampung" balas Marsha dengan nada geram.

"Ooh. Kalau awak nak tahu memasak ni boleh pikat hati suami tau"

Marsha mula mencebik. Perasan bagus!

"Habis kau ingat kau ni bagus ke? Kau ingat dengan gaya kau ni,perangai kau ni. Kau mampu pikat Adam dengan cara memasak. No way!" Balas Marsha.

Mak Mah yang dengar pertelingkahan mereka berdua mula menyibukkan dirinya. Dia takut kalau jadi apa-apa kat Ain maklumlah Marsha ni boleh bertindak diluar kawalan.

"Kenapa ni Marsha?" Tanya Mak Mah

"Kau jangan sibuk eh orang tua. Kau buat kerja kau!"

Marsha mula meninggalkan dapur. Niatnya nak merasa masakan Ain terencat kerana kehadiran Mak Mah.

"Before that. For your information Ain Syaqilla. Aku akan pastikan kau dengan Adam bercerai. Itu janji aku" kata Marsha dengan senyuman yang sinis.

Mak Mah dan Ain terkesima seketika. Jantung Ain mula berdegup kencang. Air matanya mula mengalir. Dia terus memeluk Mak Mah.

"Mak Mah. Ain takut" katanya sambil tersedu-sedu.

-----------------

Pukul 4 petang aku nak jumpa kau

"Ni lagi satu. Kalau tak minta duit tak sah! Hidup macam orang kaya. Tapi hutang keliling pinggang" kata Marsha apabila membaca mesej tersebut.

Adam terbangun dari tidur. Jam menunjukkan pukul 2 petang. Marsha pula sedang sibuk menyiapkan diri untuk keluar.

"U nak pergi mana ni?"

"Keluar."

Adam menyandarkan dirinya ke katil.

"Asal tak kejutkan I"

"I nak keluar dengan kawan i, bukannya u" balas Marsha.

"I kan dah janji nak bawa u keluar. Asal tiba-tiba nak tukar plan pulak ni?" Tanya Adam. Yelah si Marsha yang beriya-iya nak keluar dengan Adam. Last-last dia yang tukar plan.

"I dah tawar hati nak keluar dengan u"

Marsha terus mencapai handbag dan terus keluar daripada biliknya. Dia malas nak tengok muka Adam lama-lama. Ingatkan lepas kahwin terus okay. Rupanya tak.

-------------

Marsha yang mengayakan jumpsuit merah memandang kiri dan kanan untuk mencari kafe tersebut. Pandai cari tempat yang sunyi. Takut kantoi lah tu. Dia mula menapakkan diri apabila melihat seorang wanita melambai ke arahnya. Marsha menarik kerusi dan terus melabuhkan punggungnya. Suasana di kafe tersebut sunyi kerana hanya ada beberapa pasangan sahaja disitu.

"Mak Long nak jumpa buat apa?"

Bersambung.......

Maaf sebab lambat update. Semua watak dalam cerita ni sibuk beraya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 

*apa kena mengena Marsha dengan Mak Long. Jeng jeng jeng

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now