Pintu pagar dibuka seperti menanti kehadiran Ain. Degupan jantung Ain berkencang kuat. Lega rasanya apabila melihat kereta Adam tiada diperkarangan rumah. Ain berjalan menuju ke pintu utama. Tiba-tiba tombol pintu berpusing dan terbuka.
"Ainn....."
"Ya Allah,Mak Mah. Terperanjat saya" tangan Mak Mak diambil dan disalam.
"Mak Mah nampak Ain tu yang Mak Mah tolong buka kan pintu. Ain sihat?" Balas Mak Mah sambil memegang tangan Ain.
"Alhamdulilah. Sihat. Mak Mah macam mana?" Tanya Ain.
"Mak Mah minta maaf sebab cuti lama sangat" balas Mak Mah.
"Takpelah...Ain faham" jawabnya sambil mengusap tangan Mak Mah.
"Hmm...Ain naik atas dulu ye. Ain penat" kata Ain.
Kelibat Ain hilang dari mata Mak Mah. Sayu hatinya melihat keadaan Ain yang tidak bermaya.
"Sampai bila lah kau nak bertahan Ain" getus dihatinya.
--------------------------
"So how?" Tanya Datin Erina sambil bersandar dipintu.
Tiada sebarang jawapan dari Iqmal. Datin mula menghampiri Iqmal yang sedang terbaring. Dia melabuhkan punggungnya diatas katil yang bercadar biru.
"Iqmal....I'm asking you. Answer me." Kata Datin Erina sambil menunjal badan Iqmal.
"Ya... I know. Penat lah ma" balas Iqmal yang memusingkan badannya ke arah Datin Erina.
"Penat apa?" Tanya Datin Erina.
"Hmm...penat sebab Ain tu macam nak tak nak dengar plan kita" jawab Iqmal sambil mengeluh.
"It's okay my dear. Nanti satu hari insyallah dia akan ikut plan kita" balas Datin Erina yang cuba untuk menyedapkan hati Iqmal.
*Plan apa? Jeng jeng....
"Jom..teman mama makan. Mama lapar" kata Datin Erina sambil menarik tangan Iqmal.
Iqmal bangun dengan badan yang tidak bermaya.
-----------------------"U... I lapar lah. Jom singgah restoran tu. Kita makan. I dengar makanan restoran tu sedap" kata Marsha sambil mengusap-gusap perutnya.
"I nak kena balik cepat ni" balas Adam.
"Alahhh....please baby" kata Marsha yang memegang tangan Adam sebagai tanda pujukan.
"Okay jom"
Mereka berdua memilih untuk makan direstoran steamboat. Pelbagai jenis menu dipilih oleh Marsha sedangkan Adam tiada selera untuk makan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dengan dirinya.
"Thanks" kata Marsha setelah menerima air daripada waiter.
Marsha membasahi tekaknya dengan air yang di pesan.
"U. Jom kahwin" kata Marsha dengan selamba.
"Kahwin? Kahwin?" Balas Adam dengan riak muka terperanjat.
"Ya. Kahwin. I tak sabar nak jadi sebahagian dari keluarga u" kata Marsha
"Habis Ain macam mana? Dia kan isteri I juga." Balas Adam dengan nada sedikit perlahan.
"What! U still ingatkan dia. Apa ni Adam. U sendiri janji dengan I, nak kahwin dengan I. U sendiri cakap dengan I yang u tak cintakan dia. But now...apa ni?!" Marsha meninggikan suaranya apabila mendengar jawapan Adam.
Sebahagian pelanggan restoran mula memandang ke arah mereka berdua. Adam hanya mendiamkan diri sahaja.
"Dah lah. U sendiri tak ada jawapan untuk soalan I. I dah penat tunggu u" kata Marsha dengan nada pasrah.
Dia mengambil semua barang shopping dan meninggalkan Adam.
"Marsha....Marsha tungggu" panggil Adam yang cuba mengejar Marsha.
"Aku tahu kau akan kejar aku Adam" detik dihati Marsha. Satu senyuman sinis muncul dibibirnya.
Adam berlari anak menuju ke arah Marsha. Dia segera menghentikan dirinya dihadapan Marsha.
"Marsha. U listen here. I sayangkan u. But please understand my situation. I janji,I akan bincang dengan my parents and Ain. Okay? I janji" kata Adam sambil kedua-dua tangannya dibahu Marsha.
"Seriously? I sayangkan U" balas Marsha dengan nada yang gembira.
Mereka berdua kembali semula ke restoran dan menikmati makanan yang dipesan.
---------------------
"Ain?" Satu tangan menyentuh bahunya.
"Eh...Mak Mah. Asal tak tidur lagi?" Tanya Ain.
"Sepatutnya Mak Mah yang tanya kamu. Selalunya macam ni kamu dah kat atas" balas Mak Mah.
"Hmm...saya tunggu Adam. Dah pukul 1,tak balik lagi. Risau saya" kata Ain dengan mukanya yang takut jika apa-apa terjadi pada suaminya.
"Mak Mah bukan nak sibuk pasal rumah tangga kamu. Tapi Mak Mah kesian dengan kamu. Kamu bukan main risau pasal suami kamu. Dia? Ada risau pasal kamu? Maaflah Mak Mah cakap. Kalau dia risaukan Ain. Dah lama dia balik" balas Mah Mah dengan nada yang perlahan.
Ain terdiam seketika apabila mendengar apa yang dikatanya oleh Mak Mah.
"Hmm...betul juga apa yang Mak Mah cakap..tapi...."
"Takde tapi-tapi. Mak Mah tahu dia balik lambat malam ni. Dah pergi naik" balas Mak Mah yang memotong percakapan Ain.
Ain memulakan langkahnya ke atas. Daun pintu ditarik. Biliknya sunyi diterangi dengan lampu.
Tekaknya mula berasa loya. Ain segera membawa diri ke bilik air dan memuntahkan apa yang berada didalam tekaknya. Air dibuka untuk mengalirkan muntahnya.
"Asal tekak aku rasa lain macam ni?" Tanya Ain pada dirinya sendiri sambil memandang ke arah cermin.
--------------------
Cahaya pagi menerangi biliknya. Bunyi burung berkicauan menyebabkan Ain terganggu dan terjaga.
"Ya Allah. Dah pukul 8. Solat subuh!" Kata Ain sambil menepuk dahinya.
Pandangan Ain terhenti melihat bekas baldu berwarna merah. Dia segera ke arah meja solek. Bekas baldu berwarna merah diangkat dan dibuka. Cincin yang bertatahkan berlian putih. Ain membelek-belek cincin tersebut.
"Cantik?" Tanya Adam yang tiba-tiba muncul dibelakang Ain.
Adam hanya memakai tuala dan bersinglet. Rambutnya yang masih basah membuatkan Ain tergoda melihat Adam. Badannya yang sedikit sasa membuatkan Ain tidak berkata apa-apa.
"Hey...I'm asking u" kata Adam dengan nada yang lembut sambil memetik jarinya.
Ain terhenti dari lamunanya. Dia hanya mengangguk sahaja.
"Nak tahu cincin tu untuk siapa?" Tanya Adam lagi.
Ain mengangguk sekali lagi walaupun dia tahu yang cincin itu bukan untuknya. Mana tahu Adam bermimpi untuk memberikan cincin itu padanya.
"Sini...." Adam mengambil jari Ain dan menyarungkan cincin pada jari manis Ain. Satu kucupan diberikan pada tangan Ain setelah menyarungkan cincin itu.
Ain terperanjat melihat reaksi Adam. Air matanya mengalir. Dia tidak sangka cincin berlian itu untuknya. Dari awal perkahwinanya inilah kali pertama Ain menerima hadiah sebegini. Adam mengesat air mata yang mengalir dipipi Ain dan Ain terus memeluk Adam.
"I love you" bisik Adam ditelinga Ain.
Ain memeluk erat badan Adam.
"Terima kasih Adam" balas Ain. Hati Ain sudah mula berbunga-bunga.
Bersambung......
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...