Bab 2

7.2K 160 2
                                    

"Apa? Apa pandang-pandang? Ambil lah kau punya bantal ni. Macam tak biasa pulak" kata Adam

Ain terus meluru ke katil untuk mengambil bantal. Sejak dia berkahwin katilnya hanyalah beralaskan lantai. Tapi peristiwa pahit mula terimbau kembali

.......................................

Hujan mula turun dengan lebat. Tiba-tiba satu ketukkan pintu membuat Ain tersentak. Ain segera ke bawah dengan cepat dan terus membuka pintu rumah agam tersebut. Dihadapannya suaminya yang berbau busuk dan mabuk. Disebabkan rasa bertanggungjawab Ain membantu suaminya masuk dan terus membawa ke bilik.

"Kau buat apa ni? Mari sini dekat aku" kata Adam yang mabuk sambil memegang tangan Ain.

Adam seperti dirasuk hantu. Perangainya mula berubah seperti orang yang tidak berakal. Lalu dia berdiri dan menarik Ain.

"Apa ni Adam. Apa awak nak buat ni?" Tanya Ain sambil ketakutan. Air matanya mula jatuh berderai. Badannya telah terbaring diatas katil.

Adam mula memegang tangan Ain dengan kuat. Satu tamparan yang kuat singgah dimuka Ain membuatkan dia pengsan.

"Aku tahu ni yang kau nakkan sejak kita berkahwin. Aku pun tunggu saat macam ni. Biar kau sedar kau silap pilih aku sebagai suami kau" bisik ditelinga Ain.

Sejak dari hari itu Ain merasakan dirinya kotor seperti pelacur sedangkan dia adalah isteri kepada Muhammad Adam.

...................................................

"Kau berdiri tegak kat situ apasal? Blah ahh aku nak tidur ni" marah Adam.

Ain tersentak dari lamunannya itu. Dia terus cepat mengambil bantal lalu diletakkan di atas lantai. Azan subuh mula berkumandang. Gadis tersebut mula terjaga. Tuala yang tersidai rapi diambilnya.  Sesudah mandi dia mula melakukan ibadat yang wajib. Seperti biasa. Dia mengakhiri solat dengan berdoa.

"Ya Allah. Kau lah maha berkuasa lagi maha penyayang. Kau bukakanlah pintu hati suamiku yang keras untuk menerima aku sebagai isterinya yang sah. Kau lembutkanlah hatinya. Jauhkanlah dia dari godaan syaitan. Amin yaraballalamin" kedua tangannya diusap ke mukanya. Air matanya mula jatuh ke pipi. Dia teringat kembali pada mula dia berkahwin dengan Adam.

Suasana dibilik menjadi sunyi setelah malam menjelma. Ain bersiap sedia untuk tidur. Lalu Adam berdiri dihadapannya dengan mata yang tajam.

"Aku takkan pernah layan kau seperti isteri lain. Sebab apa? Sebab kau yang buat aku jadi macam ni. Kau yang paksa" kata Adam

"Tapi..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya

"Kau jangan banyak mulut. Kau kena dengar cakap aku. Aku tahu kau taknak kan jadi janda? So kau kena dengar apa aku cakap" jawabnya

..................................................................................

Mata Adam yang terbuka disebabkan cahaya terang ditutupkan semula. Dia takut Ain perasan yang dia terdengar doanya.

Matahari mula menunjukkan sinarnya. Seperti biasa. Hari Isnin Ain bangun awal untuk menyiapkan sarapan pagi. Tiba-tiba pintu rumah diketuk dengan kuat. Ain segera meninggalkan kerjanya dan membuka pintu rumah.

"Ooh Marsha" kata Ain setelah melihat muka wanita tersebut setelah membuka pintu

"Kau pekak ke apa? Aku ketuk banyak kali pun kau tak dengar? Telinga tu lain kali korek" sambil menunjal kepala Ain.

"Kau tercongok apa lagi? Berambuslah. Aku nak lalu ni" lalu Marsha menolak Ain dan meneruskan perjalanannya ke ruang tamu.

Tapak kaki Puan Normah mula didengari oleh Marsha. Satu senyuman diberikan kepada Puan Normah. Lalu diciumnya pipi wanita yang berkaca mata itu.

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now