"Kau fikir aku ni bodoh sangat ke? Setiap pergerakkan kau aku tahu lah perempuan" marah Adam sambil mencekik leher Ain.
Ain yang meronta-ronta untuk dilepaskan nafasnya semakin pendek.
"Adam....ni...semua salah faham" balas Ain dengan suaranya yang kecil.
Adam melepaskan tangannya yang mencekik leher Ain. Ain akhirnya dapat menghembuskan nafasnya seperti biasa.
"Kau boleh cakap salah faham? Habis video ni apa? Buta mata kau. Ha!?" Tanya Adam dengan nada yang tinggi.
Air mata air mula berderaian. Rambutnya ditarik Adam. Dia tidak mampu membuat apa-apa tindakan. Dia hanya mampu mendiamkan dirinya.
"Kau ni memang perempuan tak guna!" Jerit Adam.
Adam menolak Ain ke tepi sebelum naik ke atas. Tolakan itu menyebabkan hujung dahi Ain terkena bucu almari. Darah mula mengalir keluar.
"Ya Allah apa silap aku......" tanya Ain.
Dahinya yang berdarah itu ditutup dengan menggunakan plaster. Mujur tiada apa-apa yang teruk.
-----------------------"Morning aunty" sapa Marsha dengan penuh senyuman.
"Morning" balas Normah.
Marsha yang tanpa segan silu melangkahkan kakinya ke dalam rumah tersebut.
"Ehhh senyap je rumah ni?" Tanya Marsha.
"Haah...uncle outstation. Adam belum turun lagi. Kejap lagi turunlah tu." Balas Puan Normah.
"Ain?"
"Perempuan tu? Marsha nak tahu? Semalam dikena cekik dengan Adam. Aunty mengendap diorang. Malas aunty nak layan" balas Puan Normah dengan nada perlahan.
"What? Marsha dah agak dah. Biar padan muka dia. Hmmm...aunty I'm so hungry. Jom breakfast." Kata Marsha sambil memegang perutnya yang sudah mula berkeroncong.
"Tak malu. Datang rumah orang nak makan je. Kau fikir rumah aku ni mamak ke? Nasib baiklah kau ni berkepentingan. Kalau tak...takdenya aku nak layan kau Marsha" detik dihati Puan Normah.
Mereka berdua berjalan menuju ke ruang makan. Normah menarik kerusi dan duduk manakala Marsha ke dapur. Katanya nak tengok apa yang patut.
"Ehhh.....busy nampak? Kau sihat?" Tanya Marsha dengan nada yang gedik
Ain yang sibuk membuat persiapan sarapan pagi tidak mengendahkan Marsha.
"Pekak eh? Aku tanya jawab lah" marah Marsha sambil mencengkam tangan Ain dengan kuat.
Ain menepis sekuat hatinya dan tangan Marsha terlepas dari tangannya.
"Kau dengar sini. Ini yang kau nak kan? Satu hari aku akan pastikan kau akan alami benda yang aku alami. Tapi lagi teruk dari sekarang" balas Ain dengan nada yang perlahan tapi dengan kejam.
Kedua-dua bijinya matanya memandang tetap ke arah Marsha. Adam yang masih lagi diatas dikejutkan dengan suara jeritan perempuan. Dia segera ke arah suara tersebut.
"Adam....I takut. Dia tolak I" kata Marsha yang berlakon terjatuh kerana ditolak Ain.
Adam yang terperanjat dengan perbuatan Ain terus menarik Ain.
-----------------------
"Morning Ma. Kan manis kalau setiap pagi mama macam ni. Senang hati Iqmal" kata Iqmal kepada mamanya.
"Macam-macam anak mama ni. Marilah breakfast dengan mama. Mama masak nasi lemak ni" balas Datin Erina dengan senyuman yang manis.
"Seriously? Mama masak? Kak Teh?" Tanya Iqmal dengan mulutnya yang terngaga.
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...