Bab 18

6.3K 125 6
                                    

"Hello"

"Sorry bro. Aku tak dapat datang wedding kau sebab mak aku tiba-tiba jatuh sakit"

"Takpe Dhuan. Aku faham. Kau call aku pun dah cukup"

"Thanks bro sebab faham aku. Tahniah. Aku harap perkahwinan kau ni kekal sampai bila-bila"

Belum sempat Adam menyambung ayatnya panggilan tersebut terus dimatikan oleh Dhuan.

"Kenapa tipu?" Tanya Iqa.

Iqa merupakan  adik kepada Dhuan yang datang secara tiba-tiba dari belakang Dhuan.

"Kau tak payah nak sibuk hal aku. Kalau Adam tahu aku tak datang siap kau Iqa" ugut Dhuan.

"Eleh...ingat Iqa takut? Mama sihat je boleh cakap mama sakit pulak"

"Diam." Kata Dhuan dengan nada yang serius.

------------
"Ain!!!!"

Iqmal datang menghampiri Ain yang berada ditepi jalan.

"What are u doing here? U boleh keluar dari kereta macam tu je? Bahaya u tahu tak? I risaukan u. Please lah jangan buat macam ni Ain" kata Iqmal dengan panjang lebar. Mana taknya dia bawa isteri orang keluar.

"Dah" tanya Ain

Iqmal hanya mengganguk sahaja.

"Taraaaaa...ni yang saya jumpa" kata Ain sambil menghulurkan anak kucing kepada Iqmal.

"Ehhhh...jauhkan dari saya...saya tak suka kucing"

"Doktor pun tak suka kucing ke?" Kata Ain. Dia meletakkan anak kucing tersebut ditepi kedai dan mengusap-usap kepala anak kucing itu.

"Duduk diam-diam tau kat sini. Nanti ibu awak cari"

"Penyayang jugak kan awak ni" kata Iqmal sambil menaikkan keningnya.

"Sorry tak tergoda" balas Ain.

Dia terus meninggalkan Iqmal disitu dan memasuki perut kereta. Tetapi Iqmal masih disitu.

Pinnnnnn.....pinnnn

Bunyi hon membuatkan Iqmal tersentak dari lamunannya. Lalu dia segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan itu.

"Ain"

"Hm" balas Ain yang sedang memerhatikan luar sepanjang perjalanan. Tangannya memegang satu botol air kepunyaan Marsha.

"U need to be strong okay"

"Sebab?" Balas Ain sepatah.

"Untuk anak awak." Kata Iqmal semula.

Perbualan itu terhenti disitu sahaja. Iqmal sedar yang hatinya sudah mula mengambil berat tentang Ain,tapi dia tahu yang Ain bukan miliknya. Dan pasti satu hari nanti Iqmal berusaha untuk memiliki Ain.

"So kita dah sampai. Jom" kata Iqmal yang sedang membuka set belt.

"Jom"

Mereka berdua berjalan bersama-sama meninggalkan kereta. Degup jantung Ain mula laju apabila dia melihat kedua pasangan suami isteri itu sudah berada diperkarangan rumah sambil bersalam-salaman dengan tetamu.

Belum sempat kedua kakinya menapak kawasan rumah Ain terus menyorok dibalik batu pagar. Iqmal yang sedang berjalan terperanjat apabila melihat Ain tiada dibelakangnya.

"Ain u buat apa kat sini?"

"Saya tak kuat Iqmal. Saya takut. Tak tahu kenapa hati saya sakit tengok mereka berdua. Awak pergilah dulu" kata Ain sambil mengusap dadanya.

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now