Bab 31

6.1K 138 27
                                    

Suasana perkarangan rumah Encik Hamdan sunyi sepi. Tanpa ada kereta lalu lalang tidak seperti hari biasa. Cuaca yang panas terik bagaikan kembali suram apabila ada awam hitam menutupi Sang Matahari.

"El jangan lupa janji dengan mak apa" kata Puan Normah kepada anak perempuannya.

"Okay. El dah kenyang. El naik atas dulu" jawab El.

Terus sendu muka El bila kena ambil Mak Mah kat Hulu Selangor. Dah lah jauh. Tambah lagi dengan cuaca nak hujan. Kalau sambung tidur pun sedap.

"Bang nak tambah lagi tak?" Soal Puan Normah kepada suaminya.

Pelik. Tiba-tiba dia seperti tiada selera. Mata pun kemerah-merahan. Marsha mengerutkan dahinya seperti ada sesuatu yang terjadi. Mungkin...

Belum sempat nak tanya kat mak mertuanya. Satu suara dengan nada yang tinggi hadir ditelinganya.

"Kamu dah kenapa ni Ain??!!! Buta ke??!!" Teriak orang tua itu pada Ain apabila teko yang berisi air panas tersebut terjatuh sedikit pada seluarnya.

"Kamu ni kalau dah tak boleh buat kerja rumah. Kamu boleh keluar. Aku rimas lah hari-hari tengok muka kamu ni. Kamu ingat sikit. Kami kutip kamu. Kalau kami takde kamu dah tentu-tentu merempat kat luar sana. Jangan ingat selama ni aku baik dengan kamu aku tak boleh cakap macam ni" Tambahnya lagi.

"Ain minta maaf yah. Ain tak sengaja" Kata Ain dengan nada perlahan.

"Ohh. Tak sengaja. Kalau aku halau kamu keluar dari rumah ni aku boleh lah kata aku tak sengaja. Dasar perempuan tak kenang budi"

"I'm full" Kata Encik Hamdan lantas meninggalkan meja makan.

Riak wajah Ain berubah. Matanya berkaca apabila pertama kali dimarahi oleh bapa mertuanya dihadapan dua orang wanita tersebut.

"Permainan baru nak bermula dan kau adalah watak utama Ain" kata Marsha didalam hati.

----------------------------------

El menuruni anak tangga satu per satu. Malas. Itu yang bermain difikirannya. Belum sempat dia menolak pintu hatinya terdetik nak ke dapur melihat Ain.

"Hi kak" sapa El

"Hi El. Nak kemana?" Soal Ain

"Hm. Amik Mak Mah lah siapa lagi"

"El kalau boleh malas nak pergi amik Mak Mah. Jauh kot Hulu Selangor. Tambah jalan sesak lagi. tapi sebab dah janji dengan emak El pergi lah. Takut tak berkat pulak hidup" Celoteh El

Ain hanya membatukan diri. Dia sibuk memotong sayur untuk dihidangkan pada tengahari nanti.

"Akak kenapa diam. El buat lawak akak diam je. Akak sakit ke?" soal El.

Ain lantas memeluk erat El. Belum pernah lagi dia merasakan sesuatu yang betul-betul sakit dalam hatinya. Orang yang disanjung selama ini telah menikam hatinya sendiri.

"Akak kenapa?" Tanya El

"Andai kata ini kali terakhir El peluk akak, Akak minta maaf. Akak dah tak kuat El. Tempat kekuatan akak dah tak macam dulu. Hati akak dah lemah"

"Akak jangan cakap macam ni. El ada" kata El

"Akak minta maaf andai selama ni akak pernah sakitkan hati El. Kutuk El. Berdendam dengan El. Akak minta maaf"

"Akak cakap apa ni? Sampai hati akak nak tinggalkan El"

Elyana terus melepaskan pelukkan tersebut dan meninggalkan Ain keseorangan disitu.

"Akak takut" lirik dihatinya.

El memasuki kereta dan terduduk diam. Pelik. Pelbagai persoalan bermain dimindanya. Kenapa kak Ain boleh cakap macam tu. Dia mengesat matanya dan meneruskan misinya untuk mengambil Mak Mah.

Engkau Milik KuWhere stories live. Discover now