"Ha Ain. Duduklah. Kami memang tunggu kamu pun" jemput ayah.
Keluarga Dato Habib hanya mendiamkan diri termasuk Marsha.
"Kenapalah semua diam ni" fikir didalam otak.
"Ain. Ayah dengan Dato Habib ada benda nak bincang. Hal ni termasuk dengan Ain. Sebab tu ayah tunggu kamu. Dato Habib datang pun ada sebab. Sebab-sebab tertentu. Tapi ayah harap Ain tak terkejut dengan apa yang ayah nak cakap ni" kata Encik Ibrahim dengan nada yang serius.
"Ya Allah. Kuatkanlah diri aku" detik dihatiku.
"Lambat sangatlah U ni. Sini I cakap" belum sempat Puan Normah menghabiskan kata-katanya Encik Ibrahim terus memotong.
"Awak diam. Biar saya seorang saja yang cakap"
"Ayah dengan Dato Habib dah berbincang. Hal ini berkaitan dengan Adam dan Marsha. Kami semua dah berbincang untuk kahwin kan mereka".
"Allahu apa aku dengar ni?" Detik dihati ku. Mataku sudah mula berkaca.
"Jadi secara tak langsung aku akan jadi madu kau" kata Marsha tanpa segan silu yang terus memegang tangan aku.
Marsha mengenggam tangan Ain dengan kuat. Kukunya yang panjang membuatkan genggam itu lagi sakit.
"Sakitlah Marsha" kata aku dengan nada perlahan.
Kenapalah boleh duduk sebelah dia.
"Jadi Ain macam mana? Ain setuju ke kalau Marsha jadi isteri nombor 2 Adam?" Tanya Encik Ibrahim.
"Hmmm Ain takde jawapan untuk soalan ni. Jadi tolong bagi Ain waktu. Tolong bagi Ain ruang. Ain bukan tak nak bagi jawapan sekarang tapi Ain takut dengan jawapan yang Ain bagi . Harap semua faham" Jawab aku.
Aku terus membangunkan diri dan berlalu pergi. Air mata aku sudah mula bergenangan dipipi. Lap macam mana sekali pun tetap turun.
Isteri mana dalam dunia ni boleh terima suami dia bernikah lagi satu. Apatah lagi diri aku ni yang hanya sekadar tempat melepaskan amarah.
"Kenapa ni Ain?" Tanya Mak Mah sejurus aku tiba didapur.
"Mak Mah kenapa semua benda jadi kat Ain? Ain tak kuat Mak Mah. Walaupun Adam tak pernah beri kasih sayang pada Ain tapi hati Ain sakit sangat-sangat bila dapat tahu yang diorang nak kahwin. Teruk sangat ke Ain ni Mak Mah? Mana silap Ain? Semua cakap dia Ain ikut. Tapi kenapa semua ni terjadi? " kata aku yang terus terjelapok ditepi.
"Allahu. Ain sabar nak. Mah Mah tak boleh nak kata apa. Nangis lah sekuat hati. Sini Mak Mah peluk Ain. Mak Mah tahu semua ni sakit sebab kita sama-sama perempuan" jawab Mak Mah yang terus memeluk aku.
Mak Mah mengusap belakang aku perlahan-lahan seperti usapan seorang ibu kepada anaknya.
Tiba-tiba Marsha datang ke dapur. Dia terus duduk betul-betul dihadapan aku dan Mak Mah terus melepaskan pelukannya.
"Ehh nangis ke dengar pasal ni tadi? Kesian kau kan. Ish ish ish. Kalau kau nak tahu lah kan sebenarnya. Aku nak cerita pun susah. Takut kau label aku perempuan murah pulak" kata Marsha lalu gelak tawa disambung.
"Penat gelak. Kejap eh nak minum air" lalu di meneguk segelas air tetapi tidak menghabiskannya.
"Okay macam ni. Masa tu aku kat hotel. Aku betul-betul tak sangka yang Adam tu suka aku. Ish ish ish kami berdua tidur satu katil dan ter... aku harap kau faham ter apa." Kata Marsha dengan nada yang selamba.
Aku yang duduk ditepi terus bangun dan menghampiri Marsha. Air mata aku mula sambung berderaiaan.
"Kau perempuan tak guna Marsha. Sampai hati kau buat aku macam ni. Kita sama-sama perempuan. Cuba kau bayangkan kalau benda ni terjadi kat kau. Aku tak nak cakap yang kau perempuan murahan tapi kau sendiri yang cakap diri kau tu murah. Sehina-hina aku yang kau caci,yang kau maki aku tak pernah serahkan diri aku kat Adam. Tapi kau lebih hina dari aku" balas aku dengan hati yang puas.
YOU ARE READING
Engkau Milik Ku
RomanceKasih dan sayang bukan dipinta. Apatah lagi semuanya kerana terpaksa. Menikahinya bukan kerana cinta tetapi kerana janji untuk dikahwinkan kepada seorang lelaki iaitu Muhammad Adam. Jika cinta itu tidak boleh dipaksa apatah lagi hati yang sering te...