Bab 3

5.3K 432 27
                                    

Qaisha sedang membaca kamus Jepun. Ceh, macamlah faham.

Dia memandang Ikhwan yang sedang menikmati macaroni and cheese yang dimasaknya tadi.

"Abang, bila start kelas?" Soal Qaisha.

Ikhwan menelan makanannya. "Esok."

"Okey. Jap, jadual,barang dan segala-galanya dah siap ke?" Tanya Qaisha.

Ikhwan meletakkan sudunya. "Abang kan seorang suami. Macamlah tak boleh buat semua benda. Well, semua dah beres."

Qaisha mengangguk. Buku diletakkan di tepi. Kemudian, dia terbang ke tandas.

Ikhwan tersengih. "Hmmm... Macam mana eh aku nak dapat kuasa cam dia? Apa kata aku ambil aliran sains. Boleh aku buat kajian atas dia. Hehehe..."

"Abang, saya dengarlah!" Jerit Qaisha dari dalam tandas.

Ikhwan menepuk dahi. "Abang gurau jelah!" Jeritnya semula.

Makanan dihabiskan.

•••••

Pada waktu malam..…

"Ha... Sayangku Qaisha, jom tidur." Ajak Ikhwan.

Qaisha yang sedang membaca kamus Jepun menjeling suaminya. "Tidurlah dulu. Saya nak study."

"Alah... Jomlah, jomlah." Rengek Ikhwan.

Qaisha menggunakan kuasanya bagi menolak Ikhwan kedalam bilik. Kemudian, dia menutup pintu bilik.

"Auch!" Adu Ikhwan dari dalam bilik.

Terbit rasa risau pada hati Qaisha. 'Kena bucu katil ke apa?'

Ikhwan yang berada di dalam bilik terkekek-kekek ketawa. Lalu dia menjerit lagi.

"Ahh! Sakit, sakit!!"

Qaisha yang berasa risau melangkah menuju ke bilik. Ikhwan yang mendengar seseorang sedang berjalan menyorok di belakang pintu.

Qaisha memulas tombol. Bilik itu sunyi sepi dan senyap.

Tiba-tiba...

"Baa!!"

"Ahhh!!" Jerit Qaisha apabila seseorang menyergahnya dari belakang.

Ikhwan ketawa kuat. Terlupa sekejap tentang isterinya itu.

Lemah lutut Qaisha dibuatnya. Qaisha terduduk lalu menangis.

Ikhwan berhenti ketawa. "Errr... Sayang?"

Qaisha masih menangis. Seperti tiada penghujungnya.

Ikhwan duduk lalu memeluk Qaisha. "Sayang... Dah jangan nangis. Maaflah, abang gurau je."

Qaisha mengesat air matanya. "Gurau, gurau. Kalau saya ada sakit jantung macam mana?"

"Sayang ada sakit jantung? Tak mungkin. Hahaha..." Kata Ikhwan.

Qaisha bangun lalu menolak Ikhwan keluar dari bilik. Selepas itu, dia mengunci pintu.

"Tidur luar!" Marah Qaisha dari dalam bilik.

Ikhwan mengalah. Dia berbaring di atas sofa.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now