Bab 16

4.1K 338 6
                                    

Qaisha baring dengan membelakangi suaminya. Ikhwan yang perasan Qaisha tidak mahu melayannya, memikirkan strategi.

'Padan muka. Cuba laser aku lagi kan?' Bisik hati Qaisha. Dia tersenyum jahat.

Ikhwan tersenyum nakal. Dia mendekati Qaisha lalu memeluk isterinya itu. Perut Qaisha diusap.

"Baby papa... Bila nak keluar?" Ujar Ikhwan dengan manja.

Qaisha mengeraskan diri. Walhal, hampir terhambur tawanya apabila terasa geli. Tangan Ikhwan dipukul kuat.

"Auch!" Jerit Ikhwan kuat sehingga tergolek ke lantai. Memang itu yang dirancangnya.

Qaisha berasa resah. Dia merangkak ke tepi katil bagi melihat Ikhwan yang sedang mengadu kesakitan.

Ikhwan menarik tangan Qaisha sehingga isterinya itu jatuh ke atas badannya. Pipi Qaisha memerah.

"Apa abang ni? Nanti baby ni sakit macam mana?" Marah Qaisha. Pipi Ikhwan ditampar perlahan.

Ikhwan ketawa. "Mana ada... Baby kita kan kuat." Kemudian, dia mengapungkan Qaisha bagi diletakkan ke tepi.

Qaisha terduduk di sebelah Ikhwan. Lalu bahu suaminya itu dipukul. "Awak tahu tak, mana boleh guna kuasa telekinesis dekat orang!!!"

Ikhwan menepis tangan Qaisha,perlahan. "Sayang nak tahu tak kenapa abang ada separuh kuasa sayang?"

Qaisha menghentikan pukulan. Dia merenung anak mata Ikhwan. "Kenapa?"

Ikhwan membuka cerita apa yang diceritakan oleh Salina kepadanya kepada Qaisha.

"Yang macam kak Salina cerita, memang dulu ada pasangan suami isteri. Suami dia ada sebahagian kuasa si isteri. Tapi, bila dapat tahu isteri mengandung, kuasa si suami semakin kuat. Oleh itu, terjadilah penambahan kuasa."

"Oooooo...." Qaisha mengangguk faham. "Susah betullah sejarah hidup keluarga Qai ni." Rungutnya.

Ikhwan mengangguk. "Haha. Abang pun cepat faham. Tak akanlah sayang tak faham."

Qaisha menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. "Tapi, abang jangan sesuka hati guna kuasa untuk serang orang melainkan orang jahat."

Ikhwan seperti baru tersedar. "Haah kan. Dah lama tak ada orang jahat menyerang. Purdah sayang tu tersimpan je dalam almari."

Qaisha mengangguk laju. "Haah lah..."

KEBOMM!

Bunyi yang kuat membingitkan suasana. Pasangan itu saling berpandangan.

Qaisha melihat sekeliling melalui pandangan tembus. Segera dia terbang lalu mencapai purdah yang berada di dalam almari.

"Abang, kita kena pergi." Arah Qaisha.

Ikhwan mengangguk. "Alah... Abang tak ada kuasa terbang."

Qaisha menarik tangan Ikhwan bagi terbang bersama. "Dah, jangan nak merungut. Jom!"

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now