Bab 22

5.1K 388 86
                                    

"Papa... Papa..."

Encik Osman membuka matanya tatkala terdengar satu suara sibuk memanggilnya. Kepalanya terasa pening. Bilik yang sedang didudukinya kelihatan berputar.

"Papa!" Jerit satu suara. Secara tiba-tiba tubuh Encik Osman jatuh ke lantai.

Encik Osman melihat manusia yang menolaknya sehingga jatuh. Kelihatan Ikhwan sedang memeluknya erat.

"Wargh! Hantu!" Jerit Encik Osman. Dia menolak Ikhwan ke tepi lalu berundur ke belakang.

Ikhwan berasa pelik. Dia menoleh bagi memandang isterinya. Qaisha hanya mengangkat bahu.

Qaisha mendekati Encik Osman. "Papa... Kenapa ni?"

Encik Osman mengesat peluh di dahinya. "Pasal Ikhwan ada kuasa tu... Papa mimpi je kan?" Soalnya sambil cuba tersenyum.

Qaisha menggeleng sambil membuat muka serius. "Tak. Papa tak bermimpi."

Encik Osman ternganga. Sejurus itu, Qaisha mula bercerita tentang sejarah keluarganya. Encik Osman pula mendengar dengan tekun.

"Oooh..." Ucap Encik Osman sambil mengangguk faham. Dia memandang Ikhwan yang sedang duduk termenung. "Oooh... Jadi anak papa ni dah besarlah, ya? Hmm... Kalau mama ada lagi, mesti dia bangga dengan Ikhwan."

Ikhwan yang sedang termenung jauh, tersedar. Kemudian dia memandang ayahnya lalu menguntum senyuman.

Qaisha terasa sebak. Air mata yang hendak keluar diseka laju.

"Mana yang lain?" Soal Encik Osman. Matanya melilau ke sana sini.

Encik Osman ketawa kecil apabila terlihat lima kepala sedang mengintainya melalui tingkap berdekatan.

•••••

Setahun kemudian...

"Sayang!! Help me!" Jerit Ikhwan sehingga bergema satu rumah. Kini, mereka menyewa sebuah rumah. Tidak lagi duduk di apartment universiti.

Qaisha segera meluncur laju menuju ke arah jeritan. Dia ketawa apabila terlihat Ikhwan sedang bergelut dengan seorang gadis kecil.

Gadis itu dicapai. "Ish anak mama ni. Dah pandai ya kacau papa." Ujar Qaisha sambil tangannya mengusik hidung si gadis kecil.

Ikhwan merebahkan dirinya ke atas katil. "Bagi abang rehat..m Penatlah... Budak ni asyik nak terbang je."

Qaisha ketawa lagi. "Yelah abang. Jom, Qaira. Jangan kacau papa lagi."

Gadis kecil yang bernama Qaira itu ketawa.

Ting, tong~

Qaisha membawa Qaira menuju ke pintu. Pintu dibuka. Maka terlihatlah Ghani, Qailina, Salina, Qaid dan Magnetis sedang berdiri di muka pintu sambil tersengih.

"Assalamualaikum." Ucap Qaid. Qaisha menjawab salam.

Salina segera merampas Qaira dari tangan Qaisha lalu pipi kecil itu dicubit perlahan. "Aaa... Anak buah aunty ni comel sangatlah."

Secara tiba-tiba Ikhwan muncul dengan lajunya. "Mana papa?"

"Sini!"

Ikhwan menoleh. Encik Osman sedang tersengih di muka pintu. "Ooo... Papa baru sampai rupanya." Ujar Ikhwan.

"Ni memang bercadang nak datang ramai-ramai ke apa?" Soal Magnetis lalu melabuhkan punggung ke kerusi.

Qailina menjeling Magnetis. "Eh. Dia tanya kita pula. Bukan cadangan awak ke?"

Magnetis menepuk dahi. "Ops. Sorry. Lupa pula."

Ghani melabuhkan punggung disebelah Magnetis. "Hailah kawanku... Asyik lupa je."

"Yelah kawanku..m Kawanmu ini tidak akan lupa lagi InsyaAllah." Balas Magnetis selamba.

Semua yang berada disitu ketawa gembira. Tanpa sesiapa melihat, Qaira sempat mengenyitkan matanya kepada para pembaca.

-TAMAT-

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now