🌸New Year Special 2020🌸

1.6K 145 13
                                    

"Sayang, sayang dah packing barang kita?" Soal Ikhwan yang sibuk mencuci pinggan di dapur.

Qaira yang terdengar soalan bapanya itu terus bersinar-sina matanya. "Packing? Papa ngan mama nak pergi mana?"

"Jomlah lawat aunty Salina dekat Jepun. Dengar cerita, dia dapat cuti sekejap. So, dia akan bawa kita jalan-jalan di sana." Balas Qaisha sambil memasukkan beberapa barang keperluan ke dalam beg.

"Oh ya abang, saya dah packing. Awak tu dah habis basuh pinggan belum?" Soal Qaisha pula.

Ikhwan mencebik kepada isterinya manakala Qaisha tersengih-sengih melihatkan suaminya yang basah-basah membasuh pinggan. Tulah kau, lain kali jangan main campak-campak makanan dengan anak dekat meja makan.

Kisahnya begini, Qaisha menyediakan sarapan pagi dengan penuh bersemangat. Sewaktu dia memanggil suaminya dan anaknya untuk makan, Ikhwan sedang bermain kejar-kejar dengan Qaira.

Apabila mereka tiba di dapur, Qaira menggunakan kuasanya untuk mengambil telur rebus di atas meja lalu membalingnya ke arah ayahnya. Ikhwan yang terkejut itu segera melaser telur rebus tersebut sehingga berderai di atas lantai.

Bukan itu sahaja, pelbagai ragam dibuat oleh mereka. Qaisha pada mulanya hanya berpeluk tubuh di sudut dapur sehinggalah...

"Mama!" Jerit Qaira kuat apabila sambal nasi lemak hinggap di wajahnya.

"Siapa... Yang... Buat?" Terketar-ketar suara Qaisha menahan geram.

"Papa buat!" Jawab Qaira yang menuding ke arah Ikhwan.

Ternganga Ikhwan dibuatnya. Eh, dia pula?

Akhirnya, dia dipaksa untuk membersihkan segala benda yang telah dikotorkan dan perkara terakhir yang sedang dia lakukan ialah membasuh pinggan.

"Assalamualaikum!" Beberapa suara kedengaran dari luar rumah.

Qaisha segera berlari pantas bagi membuka pintu. Qailina, Ghani dan Magnetis sedang tersengih berdiri sambil memegang beberapa bagasi.

"Eh, awak semua ikut sekali?" Soalnya sebelum memandang Qailina.

Hanya senyuman kecil Qailina tayangkan. "Yalah! Encik Osman yang beritahu kami bahawa awak akan bergerak ke Jepun sebentar lagi. Kalau awak tak mahu bawa kami, saya boleh je angkut si Ghani dan Magnetis ni kemudian terbang ke sana."

"Allah, saya tahulah awak kuat Qailina..." Kata Qaisha lalu menepuk dahi. "Macamlah saya tak tahu yang awak semua dah beli tiket kapal terbang."

"Yalah, lagipun saya dah lama nak naik kapal terbang." Kata Magnetis yang hampir-hampir hilang semangat sekiranya Qaisha menghalau mereka pergi.

Secara tiba-tiba, Ikhwan berlari ke pintu masuk dengan pantas dan kemudian membetulkan rambutnya yang kusut. "Amboi, borak tak ajak abang." Katanya kepada Qaisha.

"Borak-borak juga, ni sekarang dah siap semua ke? Kejap lagi nak ke airport." Ghani bersuara sambil berpeluk tubuh.

Ikhwan dan Qaisha mengangguk laju. Barang-barang mereka tiba di luar rumah sekelip mata.

"Mak aih, terkejut aku." Jerit Ghani lalu bersembunyi di belakang Magnetis.

"Yeay, yeay! Nak jumpa aunty Salina dan uncle Qaid! Yeay!!" Sorak Qaira gembira.

Magnetis memandang sekeliling lalu mengangkat keningnya tanda hairan. "Tiada kunci kereta pun yang korang bawa?"

Qaisha hanya tersenyum simpul. "Siapa kata kami akan ke airport naik kereta? Dekat saja kot."

"Dekat?!" Ghani menjerit nyaring. 15 kilometer kalau nak kata dekat pun, dengan bagasi nak bawa sekali.

Tawa besar sudah dilepaskan Ikhwan sebelum dia meletakkan Qaira di belakangnya. "Anak papa, pegang kuat-kuat."

Pandangan hairan diberikan oleh Ghani dan Magnetis kepada keluarga itu. Namun, Qailina bagaikan sudah tahu apa yang bakal terjadi.

"Baiklah, siapa sampai airport dulu dia menang!" Jerit Qaisha lalu memegang tangan Ikhwan dan menariknya ke atas. Sejurus itu, dia memecut pergi.

Qailina segera menarik bagasinya dan turut memecut ke langit bagi mengejar saudaranya itu. Magnetis dan Ghani terpinga-pinga sahaja melihatkan insan kenit di atas langit.

"Kita kena tinggal? Lagi?"

••••••

Setibanya di Jepun...

"Wah, selamat datang wahai Amaline, Bethany dan err, Ikhwan! Serta rakan-rakannya!" Ujar seorang wanita tua apabila mereka tiba hadapan rumah banglo di Nishikasai, Tokyo.

"Hai aunty!" Ucap Qaisha kepada mentua kakaknya itu.

Dia mendapat tahu bahawa emak Qaid bukanlah beragama Islam. Wanita itu juga sedang bertatih-tatih berbahasa Melayu.

"Kaki aku cramp... Tujuh jam duduk dalam kapal terbang..." Rungut Ghani yang cuba berdiri dengan memegang bahu Magnetis sebagai sokongan.

Magnetis mengangguk laju tanda setuju. Qailina yang berada di sebelahnya itu pula terkekek-kekek ketawa.

"Marilah masuk!" Ajak wanita itu dengan penuh mesra. Mereka mengangkat bagasi dan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"Hai adikku sayang!" Salina berkata sebaik sahaja Qaisha meletakkan bagasinya di tepi pintu. Mereka berpelukan setelah sekian lama tidak berjumpa.

Tanpa disangka dan tanpa disedari, seorang lelaki tua pula muncul dari sebalik dinding. "Hai anakku sayang!" Dia berkata sebelum memeluk Ikhwan.

Ikhwan tersentak. Bagaimana... Encik Osman boleh ada di sini?

"Macam mana papa ada dekat sini?!"

"Eh, perlu ke papa bagitahu Ikhwan?"

Ikhwan menepuk dahinya kuat. 'Aduh, bapak aku ni pun...' Getus hatinya.

"Lagipun, emak si Qaid ni ada kuasa teleportasi. Salina dah jemput papa dulu sebelum kamu semua sampai." Ujar Encik Osman lalu merehatkan diri di sebuah sofa.

Terdiam Ikhwan dan Qaisha dibuatnya. Kemudian, mereka berdua menoleh ke arah Salina dan Qaid secara serentak.

"Alah, kamu semua kan dah besar. Belajarlah berdikari..." Kata Salina dengan senyuman sinis.

Buk!

Mereka semua segera menoleh ke arah datangnya bunyi tersebut. Kelihatan Qailina sedang menayangkan wajah terkejut ke arah Ghani dan Magnetis yang telah rebah akibat kepenatan.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now