Bab 21

4.2K 341 43
                                    

Dua bulan kemudian..

Selamat pengantin baru~
Semoga berbahagia~

"Kakak!" Jerit Qaisha. Dia menuju ke arah Salina yang sedang duduk di atas pelamin.

Salina mengangkat kepala bagi melihat adiknya itu. Dia tersenyum manis lalu bersuara. "Nak apa Al?"

"Nak selfie!" Ucap Qaisha riang. Salina ketawa kecil.

Salina mengangguk. "Dengan akak ke.. Dengan abang Qaid sekali?"

"Ish tak nak lah!" Ujar Qaid. Tangannya menutup muka.

Qaisha bercekak pinggang. "Amboi. Waktu cium ubun-ubun kakak kemain lama semata-mata nak bagi orang tangkap gambar. Ini selfie yang sekejap pun tak boleh." Ulasnya.

Pipi Qaid menjadi merah. Malu barangkali.

"Sebelum tu, mana Ikhwan?" Soal Qaid bagi menukar topik.

Salina mengangguk. "Haah. Mana?"

Qaisha terdiam. Kemudian, matanya melilau ke sekeliling. Mana eh suami aku ni?

Secara tiba-tiba, Ikhwan muncul bersama dengan Encik Osman. Qaisha terus sahaja mendekati Encik Osman lalu menyalam tangan bapa mertuanya itu.

"Tadi abang pergi ambil papa. Sebab kereta papa rosak." Jelas Ikhwan.

Qaisha mengangguk faham. "Oh.. Patutlah tadi hilang. Ha, yang lain mana?" Soal Qaisha.

"Yang lain?" Soal Ikhwan semula.

"Haah, yang lain..." Balas Qaisha berang.

"Kami di sini!" Jerit satu suara. Ikhwan dan Qaisha menoleh bagi melihat pemilik suara tersebut.

Kelihatan Ghani, Magnetis dan Qailina melambai-lambai ke arah mereka berdua. Qaisha menuju ke arah mereka bagi menyambut kedatangan sahabat-sahabatnya itu.

Encik Osman memandang Ikhwan dan Qaisha. "Wah, dah ramai kawan kamu rupanya."

Ikhwan ketawa. "Yelah papa... Tapi papa tak tahu."

Encik Osman mengerutkan dahinya. "Apa yang papa tak tahu?"

Ikhwan tersenyum. "Kami semua Supernatural."

"Kami?!"

•••••

Selepas sahaja kenduri tamat, Qaid meminta izin daripada ibunya bagi membawa Salina ke satu tempat. Bukannya ibunya tak bagi malah membenarkan mereka pergi ke mana sahaja. Maklumlah, orang ada kuasa mestilah kuat.

Kini, mereka semua berada di sebuah kawasan lapang berdekatan dengan dewan.

"Kamu semua nak tunjuk apa dekat saya?" Soal Encik Osman.

Ikhwan tersenyum. "Bertenang papa. Papa lihat sahaja. Mula dari kiri."

Magnetis mengapungkan dirinya seraya mengapungkan segala besi-besi yang berada berdekatan dengan tempat tersebut. Encik Osman ternganga.

"Papa, ini Magnetis. Kawan baru kami. Nak tahu macam mana kami berjumpa? Sebab dia cuba rosakkan dewan pelajar jurusan kulinari semata-mata nak orang masakkan untuk dia. Mempunyai kuasa Magneto. Mampu untuk mengawal segala alatan besi." Ulas Ikhwan.

Encik Osman berpeluk tubuh. "Papa tak minta pun Ikhwan ajar papa."

Ikhwan meletakkan jari telunjuknya ke bibir. "Papa, shhh..."

"Yang kedua!" Jerit Qaisha. Dirinya terbang ke sana sini bagi memerhati setiap orang.

Ghani mula berlari pantas mengelilingi kawasan tersebut. Perbuatan itu membuatkan Encik Osman terpegun.

"Papa, ini Ghani. Kawan pertama Ikhwan di universiti. Mengambil jurusan yang sama dengan Qaisha dan mempunyai kuasa Flash. Macam mana dia dapat kuasa? Papa tanyalah dia sendiri." Terang Ikhwan lagi. Ghani bercekak pinggang ala-ala superhero.

Salina bersuara. "Yang ketiga ialah saya. Saya mampu melihat planet-planet dari bumi dan mempunyai kuasa seperti Qaisha."

Encik Osman mengangguk. "Ya, itu saya tahu."

Qaid pula bersuara. "Salam Encik. Saya Qaid Ahmad atau nama sebenar saya, Mad Qai. Saya mempunyai kuasa yang boleh mengesan manusia Supernatural dan saya juga ada kuasa seperti Qaisha. Saya ,keturunan Qai."

Encik Osman bertepuk tangan. "Wow. Nanti kamu dapat anak pun mesti ada kuasa juga."

Salina dan Qaid saling berpandangan sebelum masing-masing tertunduk malu.

Encik Osman memandang Qailina. "Kamu?"

Qailina tersenyum riang lalu mengikat rambutnya. Dia sudah memakai pakaian yang menutup aurat walaupun belum bersedia untuk memakai hijab.

Perlahan-lahan, Qailina mengapungkan dirinya. "Nama saya Athirah Qailina atau lebih spesifik, Azarath Qai. Well, nama saya memang pelik sebab tu mak ayah saya yang bagi. Sama umur dengan Qaisha dan mempunyai kuasa macam Qaisha. Seperti yang uncle tahu, saya adalah keturunan Qai."

Encik Osman terlopong melihat semua yang berada di situ. Kemudian, dia tersenyum sinis kepada Ikhwan.

"Isteri, kakak ipar, kawan-kawan semua ada kuasa. Kamu ada ke? Ish, papa rasa kamu tak layak je nak kawan dengan diorang." Ujar Encik, Osman sinis. Sengaja hendak menguji anaknya.

Ikhwan pula ketawa sinis. "Ha, itulah yang papa tak tahu."

Ikhwan segera mengangkat sebuah batu besar yang berada bedekatan dengan mereka menggunakan kuasa telekinesis. Dalam masa yang sama, dia melaser batu tersebut sehingga hancur.

Dia memandang Encik Osman yang tergamam sambil tersenyum sinis. Belum sempat dia hendak menerangkan semuanya, Encik Osman sudah rebah tidak sedarkan diri.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now