Serangan diberikan bertalu-talu. Mujurlah, Qaisha bergerak dengan pantas bagi mengelak.
"Kau ni!" Jerit makhluk itu sebelum melibas sesungutnya lalu menampar Qaisha yang sudah kepenatan sehingga jatuh ke lantai.
Qaisha jatuh menghempas bumi. Seraya itu, Qaira turut tercampak jauh daripada ibunya. Genangan air mata sudah dapat dilihat pada mata dua beranak itu.
Sesungut besi yang panjang itu mencapai badan kecil Qaira.
"Aahh!" Jerit Qaira sambil menolak sesungut besi tersebut.
"Jangan ambil dia!" Jerit Qaisha dengan melaser sesungut besi itu. Anggapnya, besi tersebut akan mencair namun tiada apa pun yang berlaku.
Senyuman sinis diberikan makhluk itu. "Hah, aku kalis api." Katanya bongkak.
"Oh ya?" Satu suara muncul.
Debang!
Makhluk itu terpelanting sebaik sahaja tumbukan padu Qaid hinggap ke wajahnya. Qaira pula sempat disambut Qailina.
"Qailina? Abang Qaid? Mana Ikhwan dan kakak?" Soal Qaisha selepas berasa selamat untuk bangkit semula.
"Sini!" Jerit Ikhwan yang muncul bersama Salina. Dia termengah-mengah akibat mengejar kakak iparnya yang berlari pantas.
Ikhwan mengelap peluh di dahi sebelum bertanya. "Mana sotong pelik tu?"
Ibu jari Qailina diangkat lalu ditunjukkan ke arah belakangnya. "Tu." Ucapnya. Kelihatan makhluk tersebut sedang meluru ke arah mereka.
"Wowowow." Gumam Qaid yang terkejut dengan kehadiran makhluk itu secara tiba-tiba. Berdebu tanah apabila ia mendarat.
"Bagi budak tu sekarang kalau tak, aku... aku..." Makhluk itu terdiam seketika sebelum menarik Qaisha ke dalam pegangannya. "Aku bunuh dia!"
"Tidak!" Ikhwan seorang sahaja yang menjerit.
"Aik, asal korang tak menjerit?"
Salian mengeluh perlahan. "Kenapa nak jerit? Qaisha tu kuat kot."
"Kuat tu, kuat juga. Tapi tengok-" Qalina menuding ke arah Qaisha yang sedang terkial-kial melepaskan diri. "Lemah juga kalau dah kurang stamina."
"Mama!" Jerit Qaira bagi menghadirkan situasi serius semula.
Qaid menjeling Ikhwan lalu berbisik kuat. "Kita kena bakar dia! Nanti dia cair sebab dia besi!"
"Tapi nanti Qaisha macam mana?!" Balas Ikhwan semula dengan resah.
"Tak boleh! Sotong ni kalis api!" Balas Qaisha dalam bisikan kerana dia tahu, pendengaran yang kuat dimiliki oleh seluruh keluarganya.
Semua terdiam seketika sambil membuat aksi berfikir. Makhluk aneh itu pula sedang menunggu dengan sabar akan tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh manusia bumi yang berada di hadapannya itu.
"Haih." Keluh Qaira lalu meloloskan diri dari pegangan Qailina. Kemudian, dia berlari ke arah makhluk tersebut.
"Qaira, jangan!"
Makhluk itu menunduk bagi melihat Qaira yang terkedek-kedek berjalan lalu tersenyum kecil. "Dah sedia nak serah diri budak?" Soalnya sinis.
Dengan suara yang comel, Qaira membalas. "Tidak." Dia tersenyum. "Lepaskan mama saya!" Jeritnya lalu menghembus nafasnya dengan kuat.
Kabus yang sejuk memenuhi udara. Serta merta ais dan salji dapat dilihat dimana-mana.
"Qaira! Kan mama dah kata jangan guna kuasa, eh-" Belum sempat Qaisha menghabiskan kata-katanya, dia telah jatuh ke lantai akibat pegangan yang lemah daripada makhluk tersebut.
Setelah kabus lesap dari pandangan, satu patung yang besar menghiasi pandangan.
"Patung mana pula datang?" Soal Ikhwan hairan.
Ktak, ktak. Ketuk Qaid.
"Bukan patung ni. Sotong tu dah beku." Jawabnya.
Kemudian, Salina menumbuknya sehingga pecah. Berkecailah tubuhnya satu persatu.
"Terima kasih Qaira! Maafkan mama sebab halang kamu guna kuasa. Dah jom semua, kita kena balik. Siren polis dah dengar tu." Ujar Qaisha sebelum mendukung Qaira dan mereka semua cepat-cepat meninggalkan tempat tersebut.
•••••
"Ghani, kau nampak Qailina tak?" Soal Magnetis sambil mengampiri sahabatnya yang sedang bermain buaian di sebuah taman permainan.
"Tak, kenapa?" Soal Ghani semula.
Magnetis menggaru tengkuknya lalu tertunduk lemah. "Entahlah, dia tiba-tiba pergi menghilang."
Suasana menjadi sunyi sebelum tawa Ghani memecah kesunyian.
"Asal kau gelak?"
"Aku rasa kan, tu cara dia nak break dengan kau."
"Jahatmu!"
Kemudian, terjadilah aksi kejar mengejar di taman permainan yang kosong tersebut.
•••••
Seorang gadis dan ibunya kebetulan bersiar-siar berdekatan dengan sebuah taman permainan.
"Ibu, kenapa lelaki-lelaki tu main kejar-kejar? Dah besar-besar pula tu. Tak malu ke?" Soal gadis itu sambil menuding ke arah dua orang jejaka yang sedang berkejaran.
Ibunya menarik gadis kecil itu agar jauh dari taman tersebut.
"Adik, jangan tengok. Itu pengaruh tak baik."
•••••
-The End-
YOU ARE READING
Isteriku Supernatural 2
FantasyMestilah sambungan yang pertama! • ────── ✾ ────── • ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ. Best Achivement : #17 in Fantasy Ditulis pada t...