Bab 7

4.7K 374 6
                                    


"Bagitahu status? Kakak nak saya hebohkan ke?" Terkejut bukan kepalang Qaisha tatkala terdengar perintah kakaknya itu.

Kini, mereka bertiga berada di dalam bilik kakaknya.

Salina mengangguk. "Ya. Ikhwan, kamu pun sama."

Ikhwan membuat tabik hormat. "Yes, sir."

"Tapi kan kakak, ramai je yang dah kahwin tapi tak hebohkan." Dalih Qaisha. Dia mengenggam penumbuknya.

Salina hanya menggelengkan kepala. "Kalau kamu nak tahu, kamu berdualah pasangan yang paling muda di sekolah ni tau. Paling muda pun sepatutnya umur dua puluh dua bagi perempuan dan dua puluh lima bagi lelaki."

Ikhwan dan Qaisha ternganga kerana terkejut.

"Kamulah yang paling muda. Umur baru lapan belas dah kahwin. Sekarang, umur dah dua puluh." Ujar Salina sambil memperbetulkan kedudukan kaca matanya.

Qaisha menjeling Ikhwan, tajam. Dia bercadang untuk mengeluarkan laser mata namun, nasib tidak menyebelahinya, Salina telah berbuat demikian dahulu. Dan ianya tepat ke tangan Qaisha.

Qaisha mengusap tangannya yang berasa pedih. "Apa-apa jelah kakak. I hate all of you!" Dia berlari keluar dari bilik tersebut.

Ikhwan dan Salina hanya saling berpandangan.

•••••

Sedang Qaisha berlari,dia terlanggar seseorang. "Aduh!" Mereka berdua terjatuh.

"Qaisha?" Soal Qailina yang jatuh terduduk. Dia mengusap kakinya yang berasa sakit.

Qaisha tersengih memandang gadis yang berambut kuning itu. "Hai..."

"Kenapa nampak sedih?" Soal Qailina sambil membetulkan skirtnya. Dia membantu Qaisha bangun.

Qaisha hanya menggelengkan kepala. "Tak... Tak... Tak ada apa-apa lah.." Secara tiba-tiba, dia menangis.

Qailina tersentak. Dia memujuk Qaisha. "Bertenang. Mari. Awak ceritakan di taman."

Qaisha mengangguk. Dia dan Qailina jalan beriringan menuju ke taman.

•••••

"Har? Awak dah kahwin?" Soal Qailina, terkejut.

Qaisha mengangguk lalu meletakkan jari telunjuknya ke bibir. "Awak jangan beritahu sesiapa tau. Hanya awak sahaja yang saya percaya."

Qalina mengangguk.

Tiba-tiba muncul seorang jejaka dihadapan mereka dengan muka bengis. Qaisha menelan air liur.

"Kenapa awak tinggalkan saya seorang? Ikhwan ke yang bawa awak lari?! Nak tahu tak, saya yang kena habiskan semua makanan?!" Sembur Ghani. Kemarahannya memuncak terhadap gadis yang baru dikenalinya itu.

'Adeh mamat ni. Sama je panas baran macam Ikhwan.' Bisik hati Qaisha buat seketika.

"Mana ada. Tadi ada pensyarah minta tolong dengan saya." Dalih Qaisha.

Ghani merenung Qaisha. "Habistu, Ikhwan ikut?!"

Qaisha menjongketkan bahunya. "Manalah saya tahu."

Ghani hanya menahan sabar tika terlihat wajah comel itu seperti hendak menangis. Dia memandang Qailina.

"Awak ni, siapa pula?" Soal Ghani.

Qailina tersenyum senget. "Well, I'm her friend. Why are you so mad at her?"

Ghani terkedu. Sudahlah dia tidak mempunyai kemahiran untuk berbahasa Inggeris.

"Saya pergi dulu." Kata Ghani lalu berlari pergi.

Qailina ketawa terbahak-bahak. "Hahahaha.. Tak pandai Inggeris rupanya.. Hahahaha...!"

Qaisha hanya tersenyum memandang Qailina dengan mata yang sembab. Qailina membalas senyuman Qaisha.

'Qaisha, maafkan aku.' Bisik hati Qailina kerana berasa bersalah terhadap sesuatu.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now