Sampai sahaja di luar apartment, mata Qaisha melilau ke sana sini. Ikhwan juga begitu.
KEBABOM!
Ikhwan menepuk dahinya. Lalu jarinya dituding ke satu arah. "Situ! Dekat kafe universiti!"
Qaisha segera membawa Ikhwan yang sedang memakai topeng muka bagi menutup wajahnya. Mereka mendekati kafe dan terserempak dengan Qailina.
"Qaisha?"
"Qailina?"
Mereka berdua menyoal dengan serentak. Dan, bunyi itu kedengaran lagi.
BOOM!
"Dah, cepat!" Ajak Ikhwan. Qaisha mengangguk lalu membawa suaminya mendekati tempat kejadian. Qailina mengikuti mereka.
Mereka bertiga mendarat di sebuah kawasan luas berdekatan kafe. Mata Qaisha tertancap pada tubuh seseorang.
"Kakak?" Soal Qaisha lalu mendekati gerangan yang memakai cermin mata hitam bagi menutup identitinya.
Salina baru mendarat ke tanah. Dia tersenyum memandang adiknya. "Ya, saya."
Qaisha berpeluk tubuh sambil tersenyum mengejek. "Tak pernah-pernah kakak berlawan. Kali ni, tiba-tiba je..."
Salina mendengus. "Biarlah. Kita punya kuasa sama kuat."
Qailina menyampuk. "Kejap, sebenarnya apa punca bunyi tu?"
Tiba-tiba ada satu pancaran cahaya melintasi mereka semua. Selepas itu, cahaya itu berhenti betul-betul di hadapan mereka.
Daripada cahaya ia telah membentuk tubuh seseorang.
"Ghani?!!!" Jerit mereka semua tidak percaya.
Pemuda yang bernama Ghani itu mengeluh. Dia membuka topeng yang dipakainya. "Macam mana kamu semua boleh tahu ni?"
"Well, kami boleh nampak tembus." Ujar Qaisha. "Lajunya awak lari."
Ghani membuat muka serius. "Well, saya ada keturunan Flash."
Ikhwan membuat muka blur. "Seriously? Flash mana ada keturunan turun temurun."
Ghani bercekak pinggang. "Habis tu? Saya keturunan apa? Zoom?"
"Awak mutan ke? Kena radioactive ke?" Soal Qailina curiga.
Ghani menggeleng. "Mana ada. Ini dari kecil."
Ikhwan menepuk dahinya. "Manusia memang pelik."
Salina muncul dihadapan mereka dengan lajunya. "Ah, kakak dah jumpa punca."
"Ha?"
"Mari ikut saya. Ehem, kakak." Ujar Salina tersipu-sipu. Kemudian, mereka mengikuti langkah Salina dan menuju ke satu tempat berhampiran padang.
Semua ternganga. "Apa?"
YOU ARE READING
Isteriku Supernatural 2
FantasyMestilah sambungan yang pertama! • ────── ✾ ────── • ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ. Best Achivement : #17 in Fantasy Ditulis pada t...