Bab 10

4.4K 385 12
                                    

"Pernah tak kamu baca buku sejarah keturunan Qai? Salah satunya adalah kejadian ini. Dahulu, terdapat sepasang suami isteri yang mana isterinya ialah keturunan Qai manakala suaminya pula hanya manusia biasa.

Apabila sudah beberapa bulan hidup bersama, si isteri mula cepat sakit. Sang suami berasa hairan akan apa yang terjadi pada isterinya."

"Dahlah akak, saya dah faham." Ikhwan memintas cerita Salina.

Salina merengus geram. Dia merenung Ikhwan tajam. "Apa yang kamu faham? Sibuk je."

"Okey, sebenarnya macam ni, Qaisha dapat sebahagian daripada diri saya dan saya pula dapat sebahagian daripada diri Qaisha. Qaisha akan campur dengan darah manusia, saya pula campur dengan darah alien. Macam tu kan akak?" Soal Ikhwan.

Salina tersenyum lalu mengangguk. "Tapi, kamu akan hanya dapat salah satu kuasa daripada Qaisha. Tak kisahlah laser mata ke, pendengaran kuat ke, dapat nampak tembus ke, apa-apa jelah."

Ikhwan tersenyum memandang Salina dan Qaisha. "Well, saya ada telekinesis." Ujarnya bangga.

Salina ternganga. "Wow! Hebat gilers!"

Ikhwan tersenyum bangga. Kembang kempis hidungnya.

"Tapi kuasa utama ialah terbang. Ruginya tak ada kuasa tu." Kata Salina, sinis.

Ikhwan menjeling kakak iparnya itu,btajam. Salina hanya buat tak tahu.

Qaisha memandang Salina dengan muka yang pucat. "Al ni pula, kenapa muntah-muntah kak?"

Salina tersenyum penuh makna. "Hehe... Dah ada isi dah adik akak."

Ikhwan dan Qaisha membuntangkan mata. Terkejut bukan kepalang.

"Al mengandung?" Tanya Qaisha dengan mata yang bulat.

Salina ketawa gembira lalu mengangguk laju. "Tapi, kalau nak pengesahan yang benar, pergi cek dekat doktor."

Ikhwan menarik tangan Qaisha. "Dah, jom pergi klinik berdekatan sekarang."

Qaisha menarik tangannya semula. "Saya ada kelas lepas ni."

Ikhwan menarik tangan Qaisha dengan kuat. "Takde. Abang tak kisah. Ponteng je kelas tu. Dah, jom!"

Mereka berdua keluar daripada bilik Salina.

Salina hanya tersenyum. Kemudian, dia mencebik apabila terlihat wajah seseorang terjengul di muka pintu.

"Boleh saya masuk?" Soal gadis itu.

Salina mengeluh perlahan. "Ya Qailina, awak boleh masuk."

•••••

Sebaik sahaja keluar dari klinik, Ikhwan melompat kegembiraan. Qaisha hanya menutup mukanya kerana malu.

"Gediklah abang ni. Malulah saya..." Ujar Qaisha disebalik tutupan muka.

Ikhwan memandang Qaisha. "I don't care. What you going to say." Kemudian, dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

Qaisha hanya membuat muka meluat. Dia juga mengeluarkan telefon pintarnya.

Masing-masing menghubungi seseorang.

"Salam papa, Qaisha mengandung. Nak dekat empat minggu dah."

"Assalamualaikum kakak, betullah kakak kata, Al mengandunglah!"

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now