Bab 6

4.7K 378 9
                                    

Qaisha keluar dari dewan kuliah dengan langkah yang longlai. Dia dan kakaknya berhubung hanya melalui bisikan.

"Qaisha okey?" Sapa seseorang dari belakang. Qaisha menoleh.

Kelihatan Ghani sedang tersenyum manis ke arahnya. Qaisha membalas senyuman lelaki itu dengan ikhlas.

"Kenapa nampak penat?" Soal Ghani lagi.

Qaisha hanya menggelengkan kepala. "Tak ada apa-apa. Saya cuma penat. Maklumlah kan, pelajar baru."

Ghani hanya mengangguk. "Jom pergi kafe." Ajaknya.

Qaisha kelihatan terkejut. Dia tidak percaya bahawa lelaki yang baru dikenalinya mengajaknya ke kafe.

"Ta- Tak boleh." Tolak Qaisha,sopan.

Ghani mengangkat sebelah keningnya. "Kenapa?"

"Sebab, tak elok berdua-duaan dengan lelaki. Nanti ada orang ketiga." Dalih Qaisha kerana tidak mahu menceritakan status dirinya.

Ghani tersengih lalu mengibaskan tangannya. "Alah, saya ajaklah kawan baru saya lagi satu."

"Siapa?" Soal Qaisha.

Ghani tersenyum. "Saya terserempak dengan dia waktu pagi tadi. Katanya pelajar baru. Jadi, saya ajak dia jadi kawan saya. Saya pun tak ada kawan."

"Sebab?"

"Sebab saya tak suka bercampur dengan orang." Kata Ghani, selamba.

Qaisha berpeluk tubuh. "Habistu, saya ni? Perempuan pula tu."

Ghani berkata perlahan. "Sebab, awak dah tarik perhatian saya." Dia berharap Qaisha tidak mendengar kata-katanya.

Qaisha pura-pura tidak mendengar walau hatinya sedang menggelegak, geram.

•••••

Qaisha berjalan disebelah Ghani menuju ke kafe bersama sahabat baru Ghani itu.

"Saya pergi beli makanan dulu, ya." Ujar Ghani. Selepas memastikan kedua-dua sahabatnya setuju, dia belalu pergi.

Ikhwan yang sedang duduk dihadapan Qaisha merenung isterinya itu, tajam. Terasa bahawa Ikhwan akan menerkam Qaisha pada bila-bila masa sahaja.

"Kenapa kawan dengan lelaki ni?" Tanya Ikhwan. Matanya masih merenung wajah comel itu.

Qaisha masih menunduk. "Dia terlanggar saya tadi. Pastu satu kelas. Tetiba je jadi kawan."

Ikhwan cuba menolak sikapnya yang panas baran. Dia menarik dan melepaskan nafas dengan normal.

"Sayang mesti tak nak bagitahu pasal status kita kan?" Soal Ikhwan lembut namun tegas. Qaisha semakin takut.

"I- Iya. Sebab.... Sebab kakak ada kat sini." Jawab Qaisha, gementar.

Ikhwan membuntangkan mata. "Kakak Salina ada dekat sini?"

"Ya, kakak cikgu Qaisha."

Mereka berdua terkejut mendengar suara itu. Kedua-duanya menoleh.

"Kakak?" Sebut kedua-duanya.

Salina masih dengan muka serius. "Kamu berdua, ikut saya."

"Tapi... Nanti Ghani..." Ucap Qaisha.

Salina memandang adiknya itu. "Tak payah risau. Kamu tu dah ada suami tau."

Qaisha tertunduk. Dia berjalan beriringan bersama Ikhwan mengikuti langkah Salina.

'Aku cuma nak jaga hati orang je.' Bisik Qaisha perlahan lalu menyeka air matanya tanpa diketahui oleh sesiapa.

°°°°°

Yeay. Dapat pun update. Huhuhu... Mulut sakit sebab baru lepas makan Ramen.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now