Bab 13

4.2K 349 10
                                    

Selepas mandi, Qaisha merebahkan dirinya ke atas katil manakala Ikhwan pula sudah lama berada di atas katil.

Qaisha mengiring ke arah Ikhwan. "Abang, abang okey?"

Ikhwan mengangguk perlahan sambil matanya masih merenung skrin telefon.

Qaisha mencebik. "Amboi abang, kalau ya pun chatting dengan girlfriend, pandanglah saya ni."

Segera Ikhwan memandang isterinya itu. "Mulut tu jaga. Abang mana ada girlfriend ya."

Qaisha tersengih. "Abang, jom main game."

Ikhwan menjongketkan keningnya. "Game apa?"

"Game telekinesis. Saya selalu main dengan kakak dulu." Ujar Qaisha.

Ikhwan memandang Qaisha,teruja. "Wow. Nak main. Susah tak?"

Qaisha menggeleng. "Tak susah. Macam ni je." Dia mengangkat tangannya dan perbuatan itu membuatkan Ikhwan berasa pening.

"Apa ni?" Soal Ikhwan sambil memegang kepalanya.

Qaisha ketawa. "Saya tak tahu macam mana saya buat, tapi bila saya angkat tangan dan memikirkan tentang permainan ini, orang yang saya aim akan berasa pening."

Pening di kepala Ikhwan sudah hilang. "Macam mana nak menang?"

"Oooh. Macam ni. Abang kena peningkan orang tu sampai dia rasa mengantuk. Siapa tidur dulu dia kalah. Tapi, jangan buat sampai orang tu pengsan pula." Jelas Qaisha.

Ikhwan semakin teruja. "Menarik. Tapi, macam mana orang yang dah tidur tu nak tahu kita menang?"

"Kita kejutlah."

"Macam mana?" Tanya Ikhwan lalu duduk.

Qaisha turut duduk. Dia duduk bersimpuh di atas katil. "Abang siram je air. Jadi, orang tu akan bangun."

Ikhwan memeluk lutut. "Hmmm... Tak bahaya ke?"

"Tak. Tapi, permainan ini hanya untuk bermain. Tapi kalau nak buat dekat orang lain tanpa main, tak bolehlah." Terang Qaisha.

Ikhwan mengangguk faham. "Okey, mari kita mulakan."

Qaisha tersenyum. Dia sudah berlari menuju ke dapur lalu menyorok di bawah kaunter dapur.

Ikhwan ketawa. "Takut ya..." Dia keluar dari bilik lalu mencari Qaisha di setiap tempat.

Namun, secara tiba-tiba dia berasa pening. "Amboi, dia boleh kawal dari jauh lah. Ini tak adil. Mentang-mentanglah boleh nampak tembus."

Ikhwan menghidupkan kuasanya dengan kuat. Tanpa disedari, pasangan di bilik sebelah sudah terlelap tanpa diketahui olehnya.

"Mana Qaisha ni?" Tanya Ikhwan pada dirinya sendiri.

Qaisha cuba untuk mengikuti langkah Ikhwan menggunakan kuasanya. Namun, kuasa Ikhwan terlalu kuat untuk mengatasi kuasanya. Di planetnya, kuasa lelaki pasti lebih kuat berbanding perempuan.

"Aish..." Qaisha semakin pening. Tangannya masih digerak-gerakkan mengikut langkah suaminya yang belum menuju ke dapur.

Apabila Ikhwan semakin dekat dengan tempat soroknya, dia semakin pening. Tidak lama kemudian, dunia menjadi gelap pada pandangan matanya.

Ikhwan berdiri di hadapan kaunter dapur sambil bercekak pinggang. "Qaisha sayang, abang tahulah yang sayang akan menang sebab sayang kan dah expert. Tapi kenapa abang tak rasa pening, ya?"

Dia memandang di bawah kaunter dapur. Kemudian,dia tersenyum kemenangan. "Wow. Dah tidur dah dia ni. Nampaknya, Ikhwan menang!" Ujarnya gembira.

"Hmmm... Tak sanggup pula nak kejut dia ni." Monolog Ikhwan lalu mencempung Qaisha dan membawa isterinya itu ke bilik tidur.

Isteriku Supernatural 2Where stories live. Discover now