Jiyu berjalan ke arah loker miliknya yang terletak di hujung kaki lima tingkat itu. Segala buku nota dan buku latihan yang sudah tidak perlu diguna disimpan di dalamnya.
"Huh.." Dia mengeluh perlahan. Rasa malas hendak pulang ke rumah. Pasti nanti dia akan dipukul lagi. Bukan dia tidak serik. Pastinya dia serik. Tapi apa yang boleh dia buat? Kalau dia laporkan hal itu kepada polis, pasti mendiang ommanya akan sedih. Jiyu buntu.
"Oii budak.." Panggil satu suara. Jiyu menoleh kerana dia tahu panggilan itu ditujukan kepadanya memandangkan hanya dia yang berada di situ. Pelajar lain pasti sudah lama pulang.
"Sunbae nak apa lagi?" Soal Jiyu malas setelah melihat orang yang memanggilnya. Jimin tersenyum sinis dengan layanan Jiyu yang acuh dan tidak acuh itu.
"Tsk..macam ni ke kau layan sunbae kau? Jadi betullah apa yang aku dengar." Ujar Jimin dengan tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Apa yang sunbae dengar?" Tanya Jiyu pelik dengan kata² lelaki di hadapannya itu. Jimin memandang tepat ke arah Jiyu dengan pandangan yang sukar hendak di tafsirkan.
"Yang kau ni biadap. Aku ingat bohong. Tapi ternyata betul. Kau ingat sikit. Kau tu hobae. Aku sunbae. Kau sepatutnya hormat aku sebagai orang yang lebih tua daripada kau." Kata Jimin di sambut dengan tawa sinis gadis itu. Jiyu menyandarkan belakang tubuhnya pada loker, dan tangannya disilangkan paras dada sambil memandang Jimin.
"Huh..sunbae tak kenal saya. Jadi apa hak sunbae nak cakap macam tu pada saya. Btw..kalau sunbae just nak bagi ceramah free, lupakan je. Sebab saya memang takkan ingat. Saya balik dulu."
"Yahh!"
'Bamm!' Jiyu terkejut apabila Jimin menghalang laluannya dengan menghentak kedua belah tangannya pada loker menyebabkan dia berada di antara lengan lelaki itu. (Faham kan? Adehh,, susah nak terangkan.)
"A...apa..yang..sun..sunbae buat ni?" Soal Jiyu tersangkut-sangkut. Pada ketika itu wajah Jimin sangat rapat sehingga dia dapat merasa deruan nafas lelaki itu.
"Wae? Kau takut dengan aku?" Soal Jimin masih dengan senyuman sinisnya. Jiyu menelan air liur kesat. Pandangan Jimin ketika itu sangat menyeramkan.
"Lebih baik sunbae ke tepi. Kalau tak saya jerit kat sini." Ugut Jiyu.
"Tsk..jeritlah kalau kau berani budak. Sebab kat sini cuma ada kita je." Balas Jimin sambil mendekatkan lagi wajahnya. Jiyu kaku. Dia telah terperangkap. Wajahnya ditundukkan kerana tidak mahu memandang wajah lelaki itu lagi. Ada sesuatu yang membuatkan dia merasa gementar saat itu. Jimin tertawa perlahan melihat kelakuan Jiyu.
"Fine. Sunbae nak apa? Kalau pasal semalam, saya minta maaf. Saya betul² tak sengaja. Okay? Now tepi, saya perlu balik."
"Maaf je tak cukup. Kau perlu buat sesuatu supaya aku maafkan kau." Jiyu terus mendongakkan wajahnya memandang lelaki itu tidak percaya. What the..
"Apa maksud sunbae?"
"Nanti kau tahu. Esok jumpa aku kat sini lepas waktu sekolah. Kalau kau tak datang, tahulah apa aku akan buat. Faham?" Jiyu diam. Dia seperti sedang berfikir. Jimin yang sudah hilang sabar, menghentak pintu loker di sebelah kiri kepala Jiyu membuatkan gadis itu tersentak.
"Aku tanya, faham tak?!" Bentak Jimin dengan nada suara yang sedikit tinggi.
"Ya..ya. Saya faham." Jawab Jiyu pantas kerana terkejut.
"Bagus. Jumpa kau esok budak." Setelah mengucapkan ayat itu, Jimin terus melangkah pergi sambil tersenyum puas. Jiyu melepaskan nafas lega. Jantungnya masih lagi berdegup dengan kencang kerana tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/86560408-288-k777782.jpg)
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...