Wassup guys. New chap is coming. Nmpak nya readers smakin rmai. Good². Thnks for reading. Truskan follow story ni kay. Saranghae😘
********
Cindy duduk termenung di kelas. Apa yang dikatakan oleh Jimin semalam benar² membuatkan hati dia patah. Sejak dari hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah itu, dia telah menyimpan perasaan pada Jimin. Oleh kerana dia terlampau malu, dia tidak dapat meluahkan perasaannya lebih awal. Tak sangka rupanya dia sudah terlambat. Hati lelaki itu telah pun dimiliki oleh orang lain.
"Agaknya siapalah perempuan tu." soal Cindy sendiri, tertanya-tanya tengtang gadis yang telah berjaya menempah nama di hati Jimin. Sedang dia asyik melayan perasaan, seorang gadis tinggi, bertubuh kurus dan berambut panjang paras bawah bahu. Penampilannya yang agak berfesyen itu mampu menarik perhatian ramai orang di tambah beliau pula alis wajahnya yang mirip dengan Yoona iaitu salah seorang ahli kumpulan idol korea yang terkenal.
"Yo. Cindy-ahh. Kau asal ni? Selalunya muka happy je. Harini nampak lain sikit. Kau ada masalah ke?" tanya Dani prihatin. Cindy hanya tersenyum pada satu² nya sahabat yang telah dia kenal sejak tahun pertama itu.
"Tak ada apalah. Aku okay je. Cuma..."
"Cuma apa?" Dani mulai panasaran apabila Cindy menggantungkan ayatnya dengan sengaja. Cindy menarik nafas dalam² lalu di hembus. Dia cuba mencari keberanian untuk menceritakan hal yang berlaku.
"Semalam aku confess kat Jimin..aku.."
"What? Kau confess? Seriously? Wow. Hebat lah kau. Tak sangka, akhirnya kau luahkan juga perasaan kau tu kan. Tahniah beb. So, dia terima tak?" belum pun sempat Cindy habis bercerita, Dani telah mencelah. Riak wajahnya kelihatan teruja macam dia pulak yang confess.
"Isy kau ni. Kot ya pun, bagilah aku habis cerita dulu. Ni tak, menyampuk ke tahu. Eee.." bebel Cindy acah² marah seperti seorang mak. Dani tersengih sambil mengangkat tangannya tanda maaf.
"Okay² sori. So?"
"Dia dah ada orang lain. Aku lambat." sambung Cindy lalu mengeluh perlahan. Entah kenapa dia merasa sebak setelah itu. Agaknya memang sakit bila ditolak mentah² oleh orang yang disukai. Wajah Dani serta merta berubah. Terbit rasa kasihan pada kawannya itu.
"Hmm. Takpelah wei. Kau janganlah risau. Alaa, ramai lagi laki hensem kat dunia ni. Nanti adalah tu yang sangkut dengan kau." ujar Dani memujuk Cindy. Well, betullah. Kumbang bukan seekor kan. Lagi pula, Cindy ni seorang yang cantik. Pandai pulak tu. Konfem ramai yang nak.
Cindy tersenyum lemah. Sekurang-kurangnya dengan Dani hatinya merasa sedikit tenang. Namun tetap juga, dia tidak dapat mengelak dari terus memikirkan hal Jimin. Jiwanya benar² terkesan. Cindy melemparkan pandangannya keluar tingkap. Tika itu, dia melihat Seungcheol dan Mingyu. Wajah Seungcheol kelihatan muram apabila Mingyu dengan sengaja menyerabaikan rambutnya. Hal itu membuatkan Cindy tertawa perlahan. Choi Seungcheol. Nama itu terus meniti di bibir munggilnya.
------------------------------/////------------------------------
Yoon sedang berjalan di koridor sendirian. Kekadang terdengar dia melepaskan keluhan berat seperti menghadapi satu masalah. Tika itu juga hatinya bertambah panas melihat Jiyu yang berjalan dari arah bertentangan. Tepat apabila Jiyu jalan di sebelah, lengan gadis itu ditarik dengan kasar sehingga Jiyu mengundur setapak ke belakang.
"Ack...apa kau ni Yoon? Sakitlah." marah Jiyu apabila tiba² ditarik macam tu. Tangannya yang terasa sakit itu, digosok perlahan.
"Huh..kalau aku tak bagitau pun, aku rasa kau tahu kenapa. Aku bagi kau warning ea, tinggalkan Jimin atau hidup kau tak selamat." ugut Yoon namun Jiyu hanya tersenyum senget. Dia lansung tidak tergugat dengan segala ugutan yang diberi gadis itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/86560408-288-k777782.jpg)
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...