*******
Keesokan harinya, semua pelajar diminta berkumpul untuk memulakan aktiviti. Aku, Seungcheol, Senior Yuri dan Senior Taemin berada dalam satu kumpulan. Aku melihat ke kiri. Kelihatan Jimin dan Cindy bersama kerana mereka satu kumpulan. Mingyu juga berada dalam kumpulan yang sama.
"Adik oppa ni okay ke?" Tanya Seungcheol tiba² sambil pegang lengan aku. Aku senyum dan angguk lemah.
Sebenarnya, aku masih rasa serba salah dengan Jimin pasal semalam. Kalaulah aku tahu ni semua rancangan Cindy dari awal, dah tentu aku tak tuduh dia macam². Disebabkan hal tu juga, Jimin macam jauhkan diri dari aku. Baru gaduh berapa jam, tapi rindu nya tu dah macam sebulan. Aduhai. Tersiksa jiwa aku macam ni.
"Shin Jiyu! Kamu dengar tak arahan saya!" Suara cikgu Jung yang kuat menyedarkan aku. Aku melemparkan pandangan yang terpinga-pinga. Aisy. Macam manalah aku boleh berangan pulak ni. Malunya bila pelajar lain mula ketawa perlahan. Aku curi² tengok ke arah Jimin. Tak guna. Dia pun senyum, nak ketawakan aku.
"Maafkan saya saem.. Saya.."
"Tak pe saem. Nanti saya akan terangkan semula pada Jiyu. Pagi ni dia tak berapa sihat. Sebab tu macam ni." Celah Seungcheol tanpa aku sempat habiskan ayat. Aku pandang muka dia tak berkelip. Dia hanya senyum lalu menggosok kepala aku bagaikan seorang abang.
"Okay. Baiklah. Kali ni saya lepaskan. Saya harap, kamu semua beri perhatian yang penuh dengan aktiviti kita pada hari ini. Memandangkan banyak curam, sepanjang perjalanan nanti, saya harap kamu semua jangan berpisah dan sentiasa peka. Faham!"
"Fahammmmm.." Balas pelajar². Setelah itu semua pelajar mula bersurai untuk bersedia menjalankan aktiviti masuk hutan. Itulah aktiviti pertama kami di sini. Setiap kumpulak dikehendaki mengumpul bendera yang telah disorok oleh guru bertugas berdasarkan pelan laluan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Aku sarung baju sejuk dan baju hujan memandangkan suasana dalam hutan ni memang sejuk dan banyak nyamuk. So kenalah pakai baju tebal² sikit. Dekat kepala aku pakai cap bewarna hitam dengan tulisan Diamond padanya. Tali kasut jenama Nike bewarna hitam putih itu aku ikut dengan ketat. Setelah siap, aku capai bag pack yang berisi air, roti, kompas dan pelbagai alatan penting untuk masuk hutan. Semua pelajar telah diberikan benda yang sama.
"Jiyu. Dah siap? Semua dah tunggu tu." Kata Seungcheol mendekatiku. Di tubuhnya tersarung baju hujan bewarna hijau. Eh. Sama pulak dengan aku. Dan dia pun pakai topi. Bezanya aku warna hitam, dia merah. Hehe.
"Ne oppa. Dah siap dah. Kajjaaa" Kataku bersemangat mendahului Seungcheol menyertai dua lagi ahli kumpulan ku.
"Woah..Jiyu. Pakai macam ni pun nampak comel kan?" Puji Yuri dan Taemin mengangguk setuju. Aku hanya tersenyum malu mendengar pujian mereka
"Korang jangan puji sangat budak kecik ni. Kembang pulak nanti." Kata Seungcheol. Aku mencebik dan menyenggol perlahan bahunya."Alaa..cakap jelah yang oppa jeles. Takde siapa puji oppa kan?" Balasku tidak mahu mengalah.
"Ceh. Takde makna nak jeles. Takde orang cakap pun, oppa tahu yang oppa ni hensem. Sampaikan semua terkaku dan tak terkata nak cakap oppa ni kacak."
Aku buat muka nak muntah mendengar kata² Seungcheol yang masuk bakul angkat sendiri itu. Kalau tak perasan satu hari, memang tak sah. Yuri dan Taemin ketawa sambil menggeleng melihat aku dan Seungcheol. Tanpa aku sedari, seseorang datang dekat belakang aku.
"Err..Jiyu. Kitaorang nak jumpa cikgu kejap tau." Kata Taemin tiba²
"Eh. Sunbae. Habistu, Jiyu macam mana?"
"Alaa..kejap je. Tunggu sini." Kata Seungcheol pula. Sebelum mengikut Taemin dan Yuri, dia sempat tepuk bahu aku perlahan. Siap senyum penuh makna pulak tu. Aku yang memang tak tahu apa² cuma pandang kosong.
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...