Part 15: Unfriend

194 15 8
                                    

*********

Jiyu dan Jimin berjalan pulang ke rumah. Keduanya hanya senyap sambil mata tak lepas memandang ke depan. Tidak ada yang berani untuk melihat satu sama lain selepas kejadian di sekolah tadi. Keadaan terus menjadi kekok seolah keduanya adalah 'stranger' yang saling tidak mengenali. Jimin menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar manakala tangan Jiyu menggenggam tali begnya erat.

"Saya.."

"Aku.."

Mereka berpandangan apabila serentak bersuara. Jimin berdehem lalu mengalihkan pandangannya.

"Kau dulu.." Ujarnya memberi Jiyu ruang untuk bercakap dahulu. Jiyu mengemam bibir sekejap lalu menghembus nafas pendek. Dadanya berdebar hendak mengatakan sesuatu.

"Pasal tadi tu..saya..err..awak.."

"Tak payah cakap. Aku tahu." Celah Jimin membuatkan Jiyu berhenti melangkah lalu memandang lelaki itu pelik. Jimin turut berhenti berjalan lalu memusingkan badannya sedikit untuk melihat Jiyu.

"Haa?" Jiyu masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu. Jimin mengetap rahangnya sekejap lalu mendekati Jiyu. Gadis itu lansung tidak berganjak seolah kakinya telah dipaku dan membiarkan Jimin semakin dekat sehingga jarah antara mereka hilang. Deruan nafas hangat lelaki itu menyapa lembut kulit dahi Jiyu sehinggakan jantungnya menjadi tidak keruan. Air liurnya diteguk payah.

Jiyu tunduk, tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Namun Jimin pantas mengangkat muka Jiyu agar memandangnya mengguna ibu jari. Perlahan wajahnya didekatkan, dan Jiyu dapat merasa sesuatu yang lembut menekap bibirnya.  Dia kaku, tidak tahu hendak buat apa. Dibiarkan bibir Jimin terus mendarat di bibirnya.

Jimin melepaskan bibir Jiyu dan nafasnya kedengaran tidak teratur. Wajah Jiyu memerah. Mungkin malu setelah benar² sedar tentang apa yang berlaku. Jimin tertawa perlahan melihat sisi comel kekasihnya. Pipi Jiyu diusap perlahan.

"Muka kau..merah.." Usik Jimin dengan suara serak basahnya. Jiyu mencebik lalu memukul perlahan dada Jimin. Lelaki itu tertawa suka.

"Yaa..ja..janganlah ketawa.." Marah Jiyu perlahan sambil cuba menyorokkan wajahnya dengan tapak tangan. Gila. Siapa je tak malu lepas apa yang dah jadi. Sudahlah 'scene' dia melafaz kalimat itu masih segar dalam kepala otak. Malunya tuhan saja yang tahu.

Jimin senyum lalu menarik tubuh Jiyu ke dalam pelukannya. Dia tidak perlu risau kalau orang nampak kerana ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 10.30 malam. Jadi kemungkinan semua penduduk di kawasan itu telah pun masuk tidur. Pada mulanya Jiyu terkejut, namun cepat² dia mula mengukir senyuman. Pelukan Jimin dibalas dan wajahnya disembamkan di dada bidang lelaki yang sudah bergelar kekasihnya itu.

"Terima kasih.." Ucap Jimin sangat perlahan namun masih dapat didengari oleh Jiyu. Gadis itu menarik senyum dengan wajahnya masih disembam. Dia mengeratkan pelukannya pada tubuh Jimin, memberi isyarat melalui perbuatan. Lelaki itu senyum lagi, kini lebih lebar.

Tanpa mereka sedar, mereka diperhatikan dari jauh. Oleh sepasang mata yang melihat dengan pandangan yang sukar hendak ditafsirkan. Yang pasti, satu dendam telah menguasai hatinya.

"Shit."










---------------/////-------------










"Cindy..Cindy..tunggu lah dulu. Cindy."

Kelihatan Seungcheol tak lepas mengejar Cindy yang berjalan di hadapannya. Gadis itu hanya buat tidak tahu dan terua berjalan dengan laju.

"Cindy.."

"Isyy..apa ni?!" Marah Cindy apabila Seungcheol bertindak merentap tangannya. Seungcheol pantas melepaskan lengan Cindy lalu mengangkat tangan paras dada.

COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS FanfictionWhere stories live. Discover now