Part 12: Lari

182 13 4
                                    

Im back. Sori sbb dh lama x update. Mklumlah. Data mcm siput. Sush nk publish story ni. And chap kalini agak pendek. Tp sy hrap korg enjoy. Bubye. Jgn lupa vote dan komen kay?












**********

"Jiyu-ahh." Gadis itu menoleh pada Mingyu yang duduk di sebelah katilnya. Sudah dua hari dia dimasukkan wad. Kerana keadaannya terlalu lemah, dia masih belum dapat keluar.

"Apa?"

"Kau dah bagitau Jimin pasal keluarga kau?" Soal Mingyu tiba² membangkitkan hal itu. Jiyu diam sekejap lalu menghembuskan nafas pendek.

"Buat apa aku nak bagitau dia. Tak penting pun."

Mingyu menggeleng kepalanya kesal. Degil betul kawannya sorang ni.

"Itu kata kau. Bayangkan kalau Jimin dapat tahu dari orang lain. Nanti kau juga yang susah tau." Sambung Mingyu lagi. Dia duduk di tepi katil sambil tangannya tak lepas mengupas buah epal yang dibawa oleh Seungcheol semalam. Buah itu kemudian diberi kepada Jiyu. Gadis itu hanya ambil tanpa banyak cakap.

"Gyu. Unnie ada bagitau kau apa² tak?" Soalnya tiba²

"Siapa? Cindy noona  ke?" Jiyu angguk mengiakan. "Hmm..takde pulak. Dia cuma cakap, minta maaf sebab tak dapat jenguk kau. Tu jelah. Hah, dengan ni. Dia cakap semoga cepat sembuh. Kenapa?"

"Emm..tak ada apalah. Saja. Dah lama tak nampak dia" balas Jiyu tipu. Dia kemudian mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Entah kenapa, dia seolah merasa Cindy seperti menjauhkan diri. Mungkinkah gadis itu sudah tahu? Tak mungkin.

"Yo. Wassup guys." Suara seseorang yang agak hyper itu membuatkan Mingyu dan Jiyu menoleh ke arah pintu wad.

"Ouhh..Cheol hyung. Kenapa datang sorang? Jimin hyung mana?" tanya Mingyu pada Seungcheol yang masih lengkap berpakaian sekolah.

"Dia ada meeting dengan ahli penting kelab sekolah. Jiyu macam mana? Dah okay?" prihati  Seungcheol.

"Dah oppa. Maybe nanti petang Jiyu dah boleh discharge." jawab Jiyu sambil senyum nipis. Seungcheol turut senyum.

Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dia asyik melihat Jiyu yang sedang ketawa bersama Mingyu. Entah kenapa, pandangnnya kelihatan sayu. Serta merta, apa yang dikatakan oleh Cindy di kelas tempoh hari bermain di fikirannya.

'Tolong saya pikat Jimin.'

"Kenapa hyung?" soal Mingyu menyedarkan Seungcheol.

"Haa?" Seungcheol yang masih bingung memulangkan soalan juga. Mingyu kelihatan mengeluh dengan pokerface nya itu.

"Aku tanya hyung kenapa? Tetiba je dok geleng² kepala. Asal. Sawan?"

'Dukk.'

"Ackk..hyung~. Sakitlah." rungut Mingyu apabila Seungcheol mencampak begnya mengena pada belakang kepalanya. Jiyu ketawa melihat perkara itu.

COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS FanfictionWhere stories live. Discover now