Annyeong. I'm back. Hey...knp bnyk silent readers ni? Janganlah macam tu. Vote story ni kay. Author tak suka lah silent readers. Komen pun jgan lupa tau. Tata..
*********
"Jiyu-ssi." Panggil seseorang pada Jiyu yang sedang menyusun buku di perpustakaan. Maklumlah, inilah kerja putakawan yang berdedikasi. Erkk..sempat lagi.
"Eo..Cindy unnie. Ada apa?" Soal Jiyu ramah sambil tersenyum manis. Gembira melihat Cindy, seorang senior yang paling disenangi di sekolah itu. Siapa je tak suka.
Cindy Jung, seorang gadis kacukan dari negara tembok besar itu adalah seorang gadis yang berperwatakan lembut, mempunyai raut wajah yang cantik, dan seorang yang bijak. Tak hairanlah kalau Cindy ni ada ramai peminat.
"Aik..salah ke unnie nak jumpa adik angkat unnie yang comel ni?" Seloroh Cindy membuatkan Jiyu tertawa malu, namun perlahan menyedari mereka berada di perpustakaan. Dan ya, dia dianggap adik oleh Cindy. Semuanya kerana Cindy yang telah membantunya selama ini. Selain Mingyu dan Seungcheol, Cindy juga tahu tentang masalah keluarganya.
"Ada jelah unnie ni. Hehe. Tak salah pun. Tapi jarang unnie jumpa Jiyu masa Jiyu tengah bertugas. Ada apa² ke?" Soal Jiyu. Cindy hanya tersenyum. Sememangnya dia seorang yang murah dengan senyuman.
"Jiyu-ahh. Unnie rasa unnie dah jatuh cinta la." Ujar Cindy sangat perlahan namun boleh didengari oleh Jiyu. Mata gadis itu membulat kerana terkejut.
Mana taknya. Cindy yang dia kenal adalah seorang yang naif dan susah hendak memandang lelaki sama sepertinya. Dahi Cindy ditekap dengan belakang tapak tangan namun ditepis lembut oleh gadis itu.
"Isy Jiyu ni. Unnie sihatlah..apa ni? Ingat Unnie sakit ke?" Rungut Cindy sedikit geram. Jiyu hanya tersengih.
"Hehe..manalah tau. Unnie ni biar betul? Jiyu tak salah dengar kan?" Soal Jiyu menginginkan kepastian. Cindy mengangguk yakin.
"Siapa lelaki yang unnie suka tu?""Err yang itu, unnie tak boleh bagitau sekarang sebab rahsia. Nanti bila dah declaire baru unnie bagitau."
Jiyu mencebik. Ni yang tak suka berahsia bagai ni. "Tsk..yelah unnie ku sayang. Dah shuh shuh..orang nak buat kerja ni." Jiyu pura² mengahalau sambil mengibas tangannya berkali kali.
"Eee..dia halaunya kita. Fine. Unnie pergilah ni. Bye budak."
"Aisyy..Jiyu bukan budak lah." Marah Jiyu perlahan apabila dipanggik budak. Serta merta dia teringat pada Jimin. Haih, dah kenapa pulak di terfikirkan lelaki gila itu.
Cindy hanya tertawa suka sambil menjelirkan lidahnya. Suka dapat mengusik gadis itu.
"Haih..unnie.. unnie." Jiyu menggeleng perlahan kepalanya sambil tersenyum. Gembira kerana orang yang dia sayang tengah happy. Well, siapa je yang tak happy.
------------------------------////////--------------------------
Mingyu dan Seungcheol saling berpandangan. Masing² menayangkan wajah yang pelik. Kemudian mata mereka kembali melihat Jimin yang duduk di hadapan mereka. Memandangkan Jiyu sedang bertugas, Mingyu mengambil keputusan untuk lepak bersama Seungcheol dan kebetulan Jimin pun ada sekali.
"Hyung..kawan hyung tu betul ke tak?" Bisik Mingyu pada telinga Seungcheol kerana tidak mahu didengari oleh Jimin. Seungcheol memandang Mingyu sekejap lalu menjongketkan bahunya.
"Entahlah Gyu. Hyung pun tak tahu. Dari kat kelas tadi dia dah macam ni. Sengih sorang². Tak tahu apa yang lawak sangat." Balas Seungcheol juga dengan nada yang perlahan.
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...