Part 1: First Meet

521 25 3
                                    

Annyeong guys. Okay, ini first chapter untuk korang. Disebab siap cepat, so awal lah aku post. Lepas baca, sila komen pendapat korang kay? Bubye😋




----Di EA High School---

"Yahh!!! Kim Mingyu!!! Bak balik lah buku aku!!!" Jerit seorang yeoja berambut warna dark brown paras bahu pada namja berambut blonde yang sedang berlari dengan sebuah buku tulis di tangan. Namja bernama Kim Mingyu itu hanya tertawa tanpa mempedulikan pandangan tajam Jiyu yang seperti hendak menerkam orang.

"Mingyu-ahh..yahh. Bak la balik buku tu.. Isyy!!" Lagi dia mendengus geram. Tengah sibuk dia menyiapkan kerja Matematik, si galah ni pulak rampas. Yes, itulah panggilan Jiyu kepada sahabat namjanya Mingyu itu. Nak tau sebab apa? Sebab Mingyu ni tinggi dah macam galah.

"Hahahahahahhh...meh la sini ambil. Wuu...pendek..ambiklah. Ambiklah." Terkekeh dia mentertawakan Jiyu yang berusaha hendak mengambil buku dari pegangan tangannya. Buku tulis berwarna merah itu diangkat tinggi membuatkan Jiyu terpaksa menjongketkan kakinya. Disebabkan tubuhnya yang lebih kecil berbanding lelaki itu, dia terpaksa melompat kecil untuk mengambil buku pada genggaman Mingyu.

"Aisyy. Yahh..hajima! Kau ni kan!" Marah Jiyu sambil tangannya masih lagi terkapai-kapai hendak mencapai buku miliknya. Mingyu ketawa suka melihat wajah Jiyu memerah apabila dia marah. Comel.

"Aigoo. Tulah, lain kali makan sayur macam aku. Baru boleh tinggi." Masih sempat lagi dia menyindir sahabatnya itu sementelaah dia tahu kalau Jiyu sememangnya benci makan sayuran. Entah apa yang gadis itu anti dengan sayur, dia pun tak tahu. Jiyu mendengus geram. Lengan Mingyu ditampar lalu dia berpaling untuk pergi. Mingyu menjongketkan sebelah keningnya bagai berkata 'aik..takkan dah mengalah'

"Lantak kaulah. Malas aku nak layan" ujar Jiyu geram lalu kakinya mula berjalan. Tangannya disilangkan paras dada dan kakinya dihentak tanda protes. Benci betul. Setiap kali pasti dia akan diejek oleh Mingyu. Well..dia bukannya terasa sebab diorang bersahabat pon dah lama. Sejak dari zaman pakai pampers lagi. (Erkk..ada ke? >_<)
So kalau merajuk ni memang perkara biasa. Malah tak pernah lagi si Taehyung tu tak pujuk.

"Alololo..dia majuk ke. Alolo..geramnya ite...awak janganlah majuk..nanti ite takde kawan. Jangan majuk kay? Senyumlah wak. Aww.." Mau saja Jiyu tergelak besar apabila Mingyu membuat suara seperti kanak-kanak lima tahun sambil wajahnya dibuat-dibuat comel. Aduhaii..kalau comel takpe jugak.

"Kau pikir comellah. Muka dah macam jamban tak siap. Ada hati nak buat aegyo depan aku." Hambik kau. Sekali kalau Jiyu dah berkata, terimalah padahnya.

"Beo? Apa kau kata? Jamban tak siap?! Yahh!! Shin Jiyu!!" Kini giliran Mingyu pula memandang Jiyu dengan matanya dijegilkan. Jiyu tertawa suka sambil kakinya mula melangkah perlahan menjauhi Mingyu. You guys know right? Time to run!!!

"Yahh!!! Siaplah kau kalau aku dapat" Jiyu hanya tertawa apabila Mingyu tak lepas mengejarnya. Walaupun dia yeoja namun dia adalah atlet terhandal di sekolah itu. Tak hairanlah kalau dia boleh berlari lebih laju berbanding Mingyu.

"Hahahah..uwekk..kejarlah aku kalau kau boleh. Hahah..dasar namja lembik!" Jerit Jiyu pada Mingyu di belakang. Pelajar yang lain hanya menggeleng melihat sikap dua sahabat itu. Kalau sehari tak bergurau macam tu memang tak sah. Jiyu terus berlari sambil sesekali dia akan memandang Mingyu yang mengejarnya hinggalah di satu koridor kaki lima..

"Yahhh!!! Shin Jiyu!!! Tengok depan!!!" Jeritan Mingyu itu membuatkan Jiyu menoleh ke hadapannya. Belum sempat dia hendak berhenti...

'GEDEBUK!'

"Adoii..sakitnya bontot aku. Aww.." Adu Jiyu sambil menggosok perlahan punggungnya yang terhentak ke atas lantai akibat terjatuh ketika bertembung dengan seorang manusia tadi.

COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS FanfictionWhere stories live. Discover now