*********
Jiyu pov's...
'Klakk!'
Aku masuk ke dalam sebuah bilik iaitu bilik Kelab Teater. Harini akan diadakan perjumpaan untuk membincangkan tengtang persembahan yang akan datang. Memandangkan aku setiausaha, terpaksalah aku datang awal. Nak sediakan semua sebelum yang lain sampai. Aku bergerak dengan pantas, meletakkan beberapa keping kertas mengenai persembahan di atas setiap meja.
"Huh.."
'Papp..'
Aku menepuk tanganku sekali setelah siap. Jam tangan jenama rolex pemberian omma, aku kerling. Baru pukul 10.50. Ada lagi sepuluh minit sebelum yang lain tiba. Aku melangkah perlahan ke tepi tingkap yang memaparkan pemandangan gelanggang bola keranjang sekolah. Bibirku menarik senyum saat melihat Jimin dan ahli pasukannya sedang berlatih.
'Klakk.'
Secara automatik, aku menoleh apabila kedengaran pintu dibuka. Kelihatan beberapa pelajar perempuan masuk sambil berbual dengan rancak. Kemudian mereka tersenyum mengejek saat tersedar kehadiranku di situ. Mereka mengambil tempat tidak beberapa jauh dari tempat aku berdiri. Aku tak pedulikan mereka dan sambung tengok ahli bola keranjang berlatih.
"Weii..aku dengar perempuan tu yang goda Jimin sunbae."
Ujar satu suara tiba². Dan aku tahu suara tu datang dari salah seorang pelajar perempuan yang masuk tadi. Aku hanya buat tak tahu dan pekakkan telinga.
"Yeke? Huh. Patutlah. Aku pun tak faham kenapa Jimin sunbae pilih dia dari Cindy sunbae. Aku tengok Cindy sunbae tu lagi cantik. Nak pulak, family dia kaya. Sesuailah dengan Jimin sunbae."
Sambung suara lain pula panjang lebar. Saat itu, aku hanya mampu menyabarkan diri. Sebab aku tahu, sekalipun aku bersuara takde siapa akan kisah. Aku kemam bibir dan tahan diri dari nangis. Sakit hati ni tak payah cakap. Rasa macam kena cucuk² je dengan pisau.
"Well kalau korang nak tahu, bapak dia tu kaki minum tau. Sebab tulah perangai anak dia ni tak ubah macam perempuan murah. And that's the reason macam mana dia boleh goda Jimin sunbae."
"Serius? Wow..patutlah. Entah² dia guna body dia untuk dapatkan Jimin sunbae. Maybe, her boobs is really big. That's why Jimin sunbae like her and want her as his mistress.."
Ujar suara pertama tadi, disambut hilaian ketawa rakannya yang lain. Aku ketap gigi geram dan air mata aku ni dah dok menakung kat tubir mata. Tinggal tunggu masa je nak jatuh. Hati aku makin sakit bila diorang tuduh aku sampai macam tu sekali. Apa salah aku? Aku memberanikan diri memandang diorang yang semua sekali ada lebih kurang dalam empat orang.
'Qira, Yena, Halla, Zee.'
Aku baca satu persatu nama yang tertera pada tag nama yang terletak di kocek baju belah kanan baju masing². Aku cuba bertenang.
"Kau apahal? Tak puas hati?" Soal Zee , yang rambutnya diwarnakan purple campur coklat itu. Tangannya disilang paras dada. Kalau sekali pandang pun dah tahu yang dia ni pelajar bermasalah. Dengan rambut dah ala² minah gangster. Lepastu butang belah atas tu dibiarkan terbuka. Nak tunjuk apa pun aku tak tahu.
"Aku bukan tak puas hati. Cuma aku nak cakap. Kalau korang tak tahu kisah orang lain, jangan sesekali buat cerita." Ujar ku selamba. Namun kata² ku dibalas dengan tawa sinis gadis bernama Zee itu. Dia bangun mendekatiku lalu menolak bahu kananku dengan kasar.
"Huh..kau tak payah nak selindunglah perempuan. Satu sekolah dah tahu perangai set*n kau ni. Kau ni hebat sangat ke hah? Sampai Jimin sunbae yang hot tu pun kau boleh tundukkan. Kau ni mesti terer kan atas katil? Sebab tu dia suka ngan kau. Eh..salah. Maksud aku, body kau." Kata si Zee ni selamba diikuti gelak tawa tiga lagi yang masih duduk.
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...