Hai guys. I'm back with the next chap. Teruskan follow ff ni kay. Thanks. Don't forget to drop your comments. Don't be silent readers kay. Enjoy it
*****
Jimin menoleh ke tempat duduk pemandu. Wajah cemberut gadis itu benar² mencuit hatinya. Pucuk hidung gadis itu dicuit lembut.
"Aisy..apa ni main hidung orang?" marahnya. Jimin tersenyum suka.
"Kau tak payahlah buat muka macam tu. Dah tak comel aku tengok." terus wajah Jiyu memerah mendengar kata² Jimin. Wajahnya dipaling keluar tingkap. 'Gila.' gerutu hatinya.
Selepas setengah jam memandu, kereta milik Jimin membelok ke sebuah pusat beli belah terkenal di situ.
"Kita nak buat apa kat sini?" soal Jiyu bodoh. Jimin yang sedang membuka tali pinggang keledar, menoleh.
"Laa..kata nak pergi kedai buku kan? Jomlah." ajak Jimin.
"Tapi saya tak kata pun nak pergi dengan awak. Sepatutnya saya pergi dengan Mingyu." ujar Jiyu masih lagi marah apabila dipakasa untuk pergi bersama lelaki itu.
Jimin mengeluh perlahan. Susah betul nak dekat dengan wanita ini. Hati batu betul. Jiyu melihat dengan ekor mata, Jimin keluar dari tempat duduk pemandu lalu pergi ke pintu tempat duduknya. Pintu dibuka.
"Aku malas nak bertekak. Cepatlah keluar. Atau kau nak aku dukung sampai ke dalam?" mendengar ugutan Jimin, cepat² Jiyu keluar. Baju yang sedikit serabai itu dibetulkan.
Jimin menggeleng sambil tersenyum nipis. Bukan susah sangat pun. Ugut sikit dah goyang.
------////-------
"Wahh" rambang mata Jiyu melihat pelbagai jenis novel terbaru di sebuah bahagian khas untuk peminat novel.
Memang niatnya hendak membeli sebuah novel kerana novel yang berada di rumah, semua sudah habis dibaca. Mata Jimin hanya melilau melihat tempat itu dengan pandangan yang bosan.
"Yahh. Kau nak beli apa sebenarnya ni? Aku bosanlah. Oii.." Jimin mencebik apabila Jiyu lansung tidak mempedulikannya kerana terlalu asyik melihat novel. Ketika itu matanya teracap pada novel di tangan Jiyu.
'Cinta Dua Dunia'
Jimin tersenyum senget. Dengan pantas buku itu dirampas dari tangan Jiyu membuatkan gadis itu sedikit tersentak.
"Kau percaya pada cinta?" soalnya tiba². Jiyu memandang lelaki itu pelik.
Namun dia tetap membalas dengan gelengan kecil."Kenapa?" sambungnya lagi. Jiyu kelihatan berfikir sebelum bersuara.
"Bagi saya, cinta tu tak wujud. Nonsense tau tak." balas Jiyu lalu merampas kembali novel di tangan Jimin. Langkahnya diatur ke kaunter bayaran.
"Berapa ya?" soal Jiyu pada pekerja lelaki becermin mata itu.
"$26." kata pekerja itu sambil tersenyum manis. Jiyu mengeluarkan dompetnya daripada beg.
Belum sempat duitnya dikeluarkan, sekeping kad kredit telah dihulurkan kepada pekerja bernama Dujun itu. Jiyu menoleh memandang Jimin di sebelahnya yang hanya berwajah selamba.
"Yaa..saya boleh..."
"Terima kasih. Dah jom." belum sempat Jiyu selesai bercakap, Jimin telah terlebih dahulu menarik tangannya keluar dari kedai buku itu manakala sebelah lagi tangan lelaki itu menjinjing beg plastik yang berisi novel miliknya.
"Park Jimin. Lepas.." Jiyu menepis tangan Jimin setelah mereka jauh dari kedai buku tadi. Wajah Jimin ditatap geram.
"Laa..kenapa lepas? Peganglah lama sikit."
'Pukk!'
"Ackkk..appo." adu Jimin apabila bahunya ditampar oleh Jiyu. Berkerut wajahnya menahan pedih. Kuat kot dia kena pukul.
Jiyu mendengus geram dan pandangannya yang tajam itu sedikit menakutkan Jimin. Yelah, pandang macam nak makan orang.
"Asal awak bayar? Saya boleh bayar sendiri kan tadi?" Jimin tersenyum. Laa..marah pasal tu ke. Getus hatinya.
"Haih..itu pun nak marah ke? Tak kisah la siapa yang bayar. Sama je. Novel tu tetap kau punya kan." jawab Jimin seperti orang yang tiada perasaan.
Jiyu menjeling geram. Kalau boleh, dah lama dia hempuk je kepala Jimin ni guna kasut. Sesedap dia je nak buat apa².
"Tapi saya tak suka berhutang dengan orang..saya.."
"Sayang..anggap jelah tu hadiah. Kan harini first date kita. Dah..jomla pergi makan. Aku lapar ni." balasan Jimin membuatkan Jiyu terkedu.
Detakan jantungnya seolah-olah terhenti. Belakang Jimin yang berjalan di hadapannya dipandang tak berkelip. Jimin yang merasa tiada siapa di belakangnya terus menoleh.
"Jiyu-ahh. Palliwa. Kau buat apa lagi tercegat kat situ?"
"Ne? Ahh..nae.." tanpa sedar, langkahnya diayun menyamai langkah lelaki itu.
Rasa marahnya terhadap lelaki itu terus hilang.
×××××××××
"Ni ke rumah kau?" soal Jimin setelah keretanya berhenti di sebuah rumah teres satu tingkat. Jiyu mengangguk mengiayakan.
"Haah..ni rumah saya. Thanks sebab hantar. And..terima kasih jugak sebab bayarkan novel tu. Lain kali saya pulak belanja awak."
Jimin tersenyum nipis. Wajah Jiyu ditatap dalam². Jiyu yang merasa tidak selesa terus mengalihkan wajahnya.
"It's okay. Jiyu..pasal tadi tu..aku.."
"Saya masuk dulu. Nanti appa cari. Annyeong." celah Jiyu tanpa sempat Jimin menyelesaikan ucapannya.
Jimin menghelas nafas perlahan sambil matanya masih melihat tubuh Jiyu yang telah menghilang di sebalik pintu. Dia tertawa perlahan sebelum memandu keretanya meninggalkan tempat itu.
-------////--------
Jiyu menghempaskan tubuhnya di atas katil. Plastik yang berisi novel itu dibiar atas laci. Jiyu mengeluh. Kata² Jimin di restoran petang tadi terus bermain di kotak fikirannya ketika itu..
>flashback<
"Jimin..saya nak tanya sikit boleh?" Jimin yang sedang bermain telefon itu mendongak mendegar soalan Jiyu.
"Tanya apa?"
Jiyu menarik nafas panjang. "Kenapa awak asyik dekati saya? Sejak insiden langgar haritu. Awak nak apa sebenarnya?" soal Jiyu masih bingung dengan sikap Jimin
Lelaki itu tersenyum lalu meletakkan telefonnya di atas meja. "I told you. I want you."
"Jimin. Please..jangan main² boleh tak? I'm serious right now." tegas Jiyu merasakan jawapan Jimin tidak masuk akal.
"Aku pun serius. Apa? Muka aku ni nampak macam main² ke? Tengah serius la ni.."
"Jimin..please. Jawab betul² bole tak?" desak Jiyu masih tidak berpuas hati. Jimin menghela nafas berat lalu memandang tepat wajah Jiyu.
Riak wajahnya bertukar serius membuatkan Jiyu menelan air liur. Serius cakap. Muka Jimin sekarang memang nampak menakutkan.
"Aku pun tak tahu kenapa. Tapi lepas kau langgar aku haritu, hati aku ni asyik nak cari kau je. Aku tahu bunyinya memang pelik. Tapi aku tak boleh nak nafikan. Kau faham kan?"
Lidah Jiyu kelu, tidak tahu hendak membalas apa. Dia terkejut dengan pengakuan tiba² lelaki itu.
"Jimin...saya..."
"Kau tak payah fikir sekarang. I will give you time. Sebab..aku sanggup tunggu Jiyu." ayat yang diucapkan Jimin itu menusuk ke dalam hati Jiyu.
Dia hanya diam sehinggalah mereka selesai makan. Jimin yang mengerti perasaan gadis itu hanya membiarkan. Sebenarnya, dia sendiri tidak percaya dia boleh menjadi jujur macam tu.
>end flashback<
"Apa aku nak buat ni?" Ujar Jiyu perlahan sambil meraup wajahnya kasar.
"I don't want to hurt him."
********
YOU ARE READING
COMPLETED✔ YOU [Park Jimin] BTS Fanfiction
Fanfiction"Yahh!!! Budak!!!" "Aisyy..kenapa sunbae asyik ikut saya? Apa yang sunbae nak kan?" "Kalau aku cakap aku nak kau?" ------------ "Anak tak guna. Aku bela kau selama ni, ini yang kau balas?!!" "Hajima...appa..sakit. Sakit..tolong..sakit." "Maafkan ak...