"Kamu jaga diri ya sayang.Jangan nakal - nakal. Belajar elok - elok. Kalau ibu tahu kamu menggatal dengan jantan siap kamu!" Bebel Puan Aliza pada anak tunggalnya. Entah kali keberapa dia ulang perkara yang sama pada anak kesayangannya tu.
"Yelah, ibu. Sya reti lah nak jaga diri. Ibu janganlah risau. Lagipun, ni kan keputusan Sya yang nak masuk asrama."
"Hmm..Yelah. Kamu jaga diri. Ada apa - apa telefon ibu.Ibu pergi dulu ya sayang". Puan Aliza tahan diri dari sebak. Over betul ibunya. Anak dia sendiri pun tak kesah. Takde perasaan agaknya Syatilla Melrose nih.
"Okay,ibu. Sya janji akan telefon ibu selalu.Sya pergi dulu, ek.Assalamualaikum."
Aku pun berlalu pergi dengan jiwa yang kosong. Dah 12 tahun ibu jaga aku dengan penuh kasih sayang.Sekarang, aku perlu belajar berdikari. Tanpa ibu, tanpa ayah yang sudah lama dijemput ilahi.
"Ayah, semoga tenang di sana."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku masuk ke dalam bilik asrama tadi.Masing - masing buat hal sendiri.Perasaan rindu pada ibu mula datang. "Huhu.Menyesal pulak masuk asrama. Tak dapat nak makan sedap - sedap. Tak dapat nak buat sesi tidur tambahan. Nak balikk!" Teriak aku dalam hati. Dalam hati je boleh. Kalau betul - betul nanti tak pasal orang kata aku ni cengeng. Padahal jarak rumah dengan sekolah tak sampai 100 kilometer pun.
Untuk menghilangkan rasa rindu pada ibu dan rumah, aku mula sibukkan diri. Sapu sampah satu bilik, lap tingkap, lap almari, makan. Eh?
Tak sedar sudah 2 jam berlalu. Sambil berehat, aku mula menegur rakan - rakan sebilik ku. Kalau tak tegur, bila lagi nak buat kawan kan? Lama - lama nanti baru pilih kawan mana yang boleh buat kawan.
"Hi..Nama aku Syatilla Melrose.Korang boleh panggil aku Sya. Aku duduk di Taman Dahlia.Korang nama apa?"
"Hii, aku Syazwina. Korang boleh panggil aku Nana. Aku dari Taiping." Huishh.Perempuan yang aku ingat sombong tadi ada mulut rupanya.Haha.Tak menyesal aku tegur kau, Nana.
"Hi, aku Alya Kaisara. Aku dari Penang. Korang boleh panggil aku Alya." Owh, satu kampung nih. Baru lah ada kawan nak cakap kasaq sikit.Huhu.
"Hi.Aku Amalina.Korang panggil aku Lina dan aku duduk di Taman Cempaka." Perempuan ni nampak kasar sikit. Berkulit hitam manis dan berbadan agak besar. Sah, konpom dia nih pemain hoki sekolah dulu! Eh apa kena mengena budak badan besar dengan pemain hoki?
Dan yang last ni pulak, senyap. Dia senyap, satu dorm senyap. Perempuan ni nampak agak pelik dan misteri.
"Hai awak. Nama apa?" Takut - takut Nana menegur perempuan pelik tu.Mana tak nya, tengok orang macam nak terkam.
"El."
Krik.Krik.Krik.
Masing - masing dah berbisik sesama sendiri. 4 perkataan diberi dibalas 1 je? Biadap sungguh!
"Masih baru lagi lah tu.Tak biasa lagi. Biarlah kat dia." Balas aku dengan tenang bila masing - masing tercengang dengan jawapan dia. Padahal baru je tadi aku mengata dia.Haih, Sya oh Sya!
"Eh, korang jom pergi DM (Dewan Makan)! Aku laparlah!" Memuncung mulut Lina sambil tangan di perut.
"Haah.Tulah. Aku lapaq gila kott. Dari tadi aku tak makan apa lagi"
Balas Alya berloghat utara pekat."Hah yalah. Sian hangpa. Dah jom aku berlanja."
"Haha nak belanja apa Sya oii! Makan free lah. Dah jom!"
Kata - kata Nana disambut dengan gelak tawa.Sebelum melangkah keluar, masing - masing tengok El. Nak ajak ke tak nak?
"Dah jomlah. Biarlah kat dia. Lapar nanti pandai - pandai lah cari sendiri." Kata - kata Lina yang kelaparan itu dipersetujui oleh rakan - rakannya.
Kesian pulak aku dekat dia. Macam katak di bawah tempurung. "Ermmm.. Korang pergi lah dulu. Aku nak ambil barang kejap. Nanti aku datang."
"Vokehh! Cepat tau"
Aku menghampiri perempuan pelik tuh.
"El, betul ni tak nak makan? Kau nak pesan apa - apa tak?Kau okey?" Tanya aku simpati.
"Aku okey. Korang tak payah nak kesah sangat pasal perempuan pelik macam aku nih" Jawabnya kasar.
"Eh kau jangan macam tu. Kalau kau ada masalah, beritahu kami. Kami ni kawan kau." Balas aku.
"Aku nak mintak maaf kalau berkasar. Sebenarnya aku anti asrama. Aku anak yatim. Ni pun ibu saudara aku yang suruh masuk asrama" Jelasnya sambil menunduk.
Aku mula simpati. Aishh.. Aku ni bukan boleh. Aku sendiri pun anak yatim." Kau janganlah sedih. Kami sentiasa ada untuk kau. Dah jom turun makan?"
"Takpe. Kau pergi la. Aku masih kenyang." Dia senyum kepadaku.
Senyuman pertama.Cantik rupanya orang dia bila senyum.
"Hmmm okaylah. Aku pergi dulu ek.. Paper rojer!" Balasan aku mengundang tawanya. Ada - ada saja.
Korang mesti tertanya - tanya mana sepupu Syatilla Melrose ni kan. Dia tengah terbongkang atas katil lepas penat menangis mengalahkan perempuan sebab tak nak masuk asrama -_-
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...