Firash

3.6K 118 1
                                    

Aku menyarung tudung sarung serta memakai t - shirt dengan seluar slack. Cukup lah simple - simple saja di rumah.

Dengan bersiap ala kadar, aku menurun satu persatu anak tangga dengan berhati - hati. Peristiwa tadi menerjah ke dalam otak aku. Sangat memalukan!

"Haa..Turun pun! Buat apa lama -lama sangat dekat atas?" Perli ibuku yang sedang menjamah makanan di ruang makan.

Malas ingin melayan, aku mula mengambil tempat duduk di sebelah lelaki tadi lalu menyedok beberapa senduk nasi ke dalam pinggan. Peduli apa aku? Yang penting aku dapat makan.

"Sya, kenalkan.. Ni mak cik Ani, kawan ibu sejak sekolah menengah. Ni anak dia, Firash"

Aku menyalam mak cik Ani setelah ibu memperkenalkan mereka. Dengan si Firash ni, aku hanya tersenyum. Muka dia mengingatkan aku pada seseorang. Namanya juga pernahku dengar..

"Dah besar dah Syatilla. Memang dari kecik mak cik berkenan betul tengok kamu. Boleh buat menantu kan, Liza?" Gurauannya membuatkan aku tersedak.

Firash  cepat - cepat menghulurkan segelas teh panas yang terhidang dari tadi.

"Uhuk...Uhuk" Panas! Dia nak aku mampos ke bagi minum air yang panas time tengah tersedak nih?!

"Awak okey?? Sorry.. Saya tak sengaja. Nah" Dia menuang air sejuk ke dalam cawan lalu menepuk perlahan belakangku.

"Ehem ehem..Sweetnya lahai kamu berdua ni. Dah macam pasangan suami isteri dah."

"Apa ibu merepek ni? Sya ni baru habis SPM. Kerja pun tak lagi." Aku membantah kata - kata ibu. Dia ingat ni zaman kuno ke kena kahwin awal?

"Eh apa salahnya kahwin awal? Lagipun si Firash ni ha.. Dah mampu berkeluarga. Di usia 19  pun sudah ada rumah dan kereta sendiri."

"Ibuuuu!!" Aku mula teriak.

"Ishh sudah - sudahlah. Ibu kamu ni bergurau je. Lagipun apa salahnya kalau Sya dengan Firash berkawan. Macam dulu." Mak cik Ani cuba menenangkan hati aku.

"Macam dulu? Apa maksud mak cik?" Aku bertanya. Pelik. Adakah aku pernah berjumpa dengan Firash? Sejak bila aku berkawan dengannya?

"Tak ada apa - apalah. Lepas makan, tolong ibu kemas meja." Ibu membawa pinggannya ke dalam sinki. Macam ada yang tak kena...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Macam mana bisnes kamu?" Ibu memulakan perbualan. Selepas mengemas meja, kami berbual sambil minum di ruang tamu.

"Alhamdulillah, bisnes dah makin maju. Akhir - akhir ni, Firash terlalu sibuk sampai tak de masa nak melawat ibu. Ni pun Firash ingat nak tangguh kejap. Firash nak sambung belajar."

"Yeke? Baguslah macam tu. Nanti, kamu masuklah kolej yang sama dengan Sya. Boleh tolong tengok - tengokkan anak mak cik yang kuat bersosial sikit ni " Ibu mengerling ke arah ku.

Memang sejak Syatilla bersekolah di sekolah baharunya, dia banyak keluar melepak bersama rakan - rakannya sehingga ke tengah malam. Memang tak dinafikan pelajar - pelajar di situ dari golongan berada dan agak 'liar'.

Ibunya tak mahu Syatilla terjebak dengan perkara yang merosakkan diri. Sedangkan dulu, Sya jarang berkawan dan tidak mempunyai ramai kawan kerana 'terlalu memilih' yang terbaik. Apatah lagi mahu berkawan dengan lelaki.

"Hmmm..Firash tak kesah kalau mak cik amanahkan Firash untuk jaga Sya. Lagipun Firash kenal Syatilla ni macam mana orang nya" Dia mengerling ke arah ku lalu menghadiahi sebaris senyuman sinis.

Sejak bila aku kenal kau?!

"Betul ni Firash setuju dengan benda ni?" Mata ibu mula bersinar. Seronok lah tu ada orang nak jaga anak dara dia

"Untuk umi dan mak cik, Firash sanggup buat apa saja."

Dasar lelaki tak guna! Berani dia setuju plan bodoh ibu tu? Mulut bukan main manis...Entah - entah ada agenda di sebaliknya. TAKK
Aku takkan sesekali berbaik dengannya! N.E.V.E.R !

Curse and BlessingWhere stories live. Discover now