Aku berada di dalam bilik tidur semasa mereka pulang. Sedar tak sedar, aku terlelap sehingga pukul sebelas malam. Mungkin penat kerana banyak menangis.
"Ibu tak tidur lagi?" Aku terkejut apabila terlihat sekujur tubuh baring di atas sofa.
"Kamu kenapa dari mak cik Ani dengan Firash pulang, sampai sekarang baru kamu keluar bilik?"
"Ibu tahu kan Firash tu siapa?"Aku mengambil tempat di sisi ibu.
"Kalau ye pun, salah ke dia datang rumah kita?"Selamba saja ibu menjawab soalan ku. Seolah olah tiada apa yang berlaku.
"Ibu tahu tak yang ibu dah jemput pembunuh anak ibu datang ke rumah ni?!" Aku mula meninggi suara. Memang dari dulu lagi entah kenapa ibu selalu menyebelahi dia.
"Syatilla, jangan nak kurang ajar dengan ibu! Sekurang - kurangnya Firash tu hormat orang tua dari kamu! Cakap tak bertempat." Sekali lagi ibu meyebelahinya. Lupakah dia tentang apa yang Mikael dah buat pada aku?
"Bagus..Ibu sanjung lah pembunuh tu dari anak sendiri. Oh lupa.. Anak ibu ni kan kuat bersosial, kaki clubbing, minum, keluar dengan jantan." Aku menengking ibu. Sengaja aku memerlinya bagi melepaskan geram ku. Padahal, lantai kelab pun tak pernah ku jejak. Apatahlagi minum atau keluar dengan mana - mana lelaki sehingga awal pagi.
"Astaghfirullahalazim. Kamu sedar tak kamu cakap dengan siapa ni?"Suara ibu mula perlahan. Ini bukan kali pertama aku menengkingnya. Kali pertamanya bila aku bergaduh dengan ibu di hospital sewaktu Mikael datang. Itupun sebab DIA juga.
Entah kenapa boleh timbul rasa kasihan dan bersalah pada ibu. "Kalau Sya tahu lah ibu macam ni,dah lama Sya berambus dari rumah ni."Aku mula membuka langkah ke tingkat atas. Sampai di pertengahan tangga, ibu menjerit kepadaku.
"Baik...Kalau kamu nak sangat berambus dari rumah ni.. PERGI!! PERGI!! Jangan kamu jejak lagi kaki di rumah ni!" Ibu menghempas pasu kesayangannya dan membaling segala kusyen dan majalah - majalah di atas meja.
Luluh hatiku bila mendengar ibu menghalauku. Tak sangka juga dia sanggup menghempas pasu kesayangan yang dihadiahi oleh arwah ayah.
Aku berlari ke bilik untuk mengambil beg pakaian. Aku mengesat air mata dengan kasar. Apa gunanya aku menangis bila semua nya sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Ibuku sendiri sudah menghalau anaknya keluar.
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomansaHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...