"Abang, tahu tak harini hari apa?" Tanya aku dengan penuh teruja. Hari ini adalah hari lahir aku yang ke-15. Aku harap dia masih ingat.
"Hari ni hari Selasa larr" Hmm..Hampa.
"Alah..Tahu lah. Harini hari special tau. Takkan abang tak ingat?!" Aku mula kecewa dengan sikap nya yang macam nak tak nak layan aku. Semenjak dua menjak ni aku tengok dia rapat sangat dengan senior baru sekolah ni. Sibuk betul sampai dengan aku pun dah jarang berjumpa.
"Abang dah lambat ni. Ada kelas. Abang pergi dulu."Balasnya sambil melangkah pergi.
"Abang ada kelas atau nak jumpa perempuan lain?"Selamba pertanyaan itu keluar dari mulut aku. Betapa kecewanya sampaikan hari lahir aku pun dia tak ingat. Apatah lagi layanan yang diberikan padaku sangat menyedihkan.
"Awak jangan nak fikir yang bukan - bukan eh! Awak tu tak de hak nak marah abang jumpa sesiapa pun! Lepas ni abang tak nak dengar dah Sya sebut pasal nih. Faham?"
Air mata yang ditahan mula menitis. Makin lama perangai dia makin berubah seperti dulu. Sejak kehadiran pelajar baru tu, dia bagaikan tak sedar dengan kehadiran aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Syatilla,
Happy birthday to you!!!"
Sambutan hari jadi yang gilang gemilang di sambut oleh senior,junior dan rakan - rakan sekelas di dalam dorm. Walaupun hanya di hidang keropok dan biskut - biskut, aku tetap menghargai jasa mereka."Sya, kau perasan tak yang pakwe kau tu berkepit je dengan budak baru tuh?" Tanya seorang junior yang tengah sibuk menjamu maggi di dalam baldi.
"Apa maksud kau?"Aku mula pelik. Kenapa dia bertanya tentang kami?
"Bukan apa, baru - baru ni, aku nampak dia mesra sangat dengan perempuan tu. Dah lama aku tak nampak korang bersama sejak perempuan tu datang sini. Korang gaduh ek?" Sambung nya lagi.
"Aina, mulut tu jaga sikit eh. Perempuan tu ada nama. Kau jangan nak sibok hal hubungan orang." Kali ini senior aku pulak yang berperang mulut dengan junior aku.
"Eh yang kau nak marah junior aku ni dah kenapa?! Memang betul pun apa yang dia cakap tuh. Sya, kalau kau nak tahu, perempuan tu adalah cinta pertama Mikael dan kau tak layak pun untuk dia!"
Kak Zura yang bermulut laser tu mula berang apabila 'adik'nya dimarah oleh rakannya sendiri."Heyy Zura! Yang kau tak puas hati dengan diorang tu dah kenapa?! Mulut kau ni memang tak de insuran! Main sedap mulut bapak dia je cakap yang Sya ni perampas."
"Hoii kau tu yang tak puas hati dengan aku. Mulut aku, bukan mulut kau!"
Sambutan hari jadi yang meriah bertukar menjadi kucar kacir apabila junior dan senior mula tak puas hati. Masing - masing bergaduh sesama sendiri. Ada yang tarik - tarik rambut dan ada yang berbaling bantal. Sebaldi maggi yang tinggal sedikit dicurah kepada pihak lawan. Suasana dorm kami benar - benar teruk!
"Sudah!!!!" Segala perbuatan terhenti apabila jeritan warden asrama menggegarkan satu blok aspuri.
Diam. Senyap. Sunyi.
YOU ARE READING
Curse and Blessing
Storie d'amoreHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...