Aku hanya termenung sepanjang perjalanan. Mikael yang berada di sisi hanya diam memandu. Aku masih dalam dilema.
"Sya... Abang dah buat keputusan. Abang takkan paksa Sya terima abang kalau Sya dah ada lelaki lain dalam hidup Sya." Katanya perlahan. Aku berpaling ke sisi. Tersentak dengan kata - katanya.
"Abang tahu abang banyak buat salah pada Sya. Mungkin abang tak tahu sejauh mana Sya bencikan abang, tapi abang tak mahu Sya simpan kebencian itu sampai bila - bila. Walaupun perasaan Sya pada abang dah tiada, abang harap Sya anggap abang macam abang kandung Sya sendiri." Jelasnya tenang.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan? Walaupun aku mahu membawa rasa benciku sampai mati sekalipun, aku tak boleh membiarkan dia berjauh hati denganku. Lagipun, ibu sangat sayangkan dia macam anak sendiri. Semua itu kisah lama, aku patut lupakan segala kesilapan dia. Dia bukanlah Mikael yang aku kenal dahulu...
"Balik ni, abang nak Sya fikir masak - masak. Sampai masa nanti, beritahu abang. Jaga diri baik - baik. Jangan fikir sangat pasal ini."
"Insyaallah. Sya masuk dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam. Sya!"
"I love you."Aku terpaku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ini, aku ke kolej dengan membawa kereta yang dihadiahi ibu. Lesen memandu pun sudah ada. Mikael pula mengambil cuti menjaga Kak Ifah memandangkan abang iparnya outstation.
"Diana, aku nak minta maaf pasal haritu. Kitorang tak de apa - apa hubungan pun. Dia ajak aku dinner je. Tapi, tak lama pun. Mikael datang..." Aku memujuk Diana yang masih lagi merajuk.
"Mikael datang...Buat apa?" Diana bertanya pelik.
"Dia salah faham. Dia ingat aku dating dengan Sir Zyad. Dia buat kecoh then dia cakap yang aku ni tunang dia. Lepas tu, dia ugut Sir lah apa lah.. Malu weh"
"Cakap pasal Mikael, dengar kata mak dia meninggal. Betul ke?" Terkejut aku dengan pertanyaan Ivy. Setahu aku, hanya saudara mara dan rakan terdekat sahaja yang tahu tentang kematian umi.
"Haah... Semalam dia lamar aku."
"Lepastu U terima tak?" Diana yang hanya diam sedari mula membuka mulut. Aku hanya menjongket bahu.
"Perasaan Mikael pada U?"
"Dia kata dia cintakan aku." Aku teringat luahannya padaku. Jelas terlihat keikhlasan Syed Firash Almikael ketika melafazkan ucapan itu.
"U pulak?"
"Entahla. Aku tak faham dengan perasaan aku sendiri. Memang tak dinafikan, aku dah jatuh sayang pada dia. Tapi, bila mengingatkan apa yang dia dah buat padaku, aku geram. Aku tak boleh terima." Aku menggeleng perlahan.
"Kalau korang jadi aku, apa yang korang buat?" Aku meminta pendapat.
Mereka berpandangan sebelum menyambung, "Terima dia."
"Serius? Walaupun kau benci dia?" Aku tak percaya dengan jawapan Ivy dan Diana. Semudah itu saja mereka menerima orang dalam hidup?
"Cintakan boleh dipupuk. U pernah dengar tak, kata orang, menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik dari menerima orang yang kita cintai" Terang Ivy.
"Kalau betul dia cintakan U, tak salah kalau kalau U terima dia" Kini, Diana pula cuba mengiyakan kata - kata Ivy.
Aku termenung. Sudah puas aku berfikir. Aku belum meminta pendapat daripada ibu. Hanya ibu yang memahamiku. Tapi, apa pula kata Kak Ifah? Sewaktu hari pengebumian umi, Kak Ifah memandangku tak puas hati apabila aku mendekati Mikael.
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...