Sudah seminggu aku berada dirumahnya. Setiap hari dia berulang alik dari sini ke rumah mak cik Ani. Kini, sudah tiba masanya untuk aku kembali ke pangkuan ibu. Aku ingin tebus segala kesilapanku.
"Sya okay?" Sampai di depan rumah ibu, dia bertanyakan tentang keadaan ku. Aku mula rasa gelisah. Takut jika kehadiranku buat ibu tak senang.
"Jangan risau. Abang tahu yang ibu akan okay. Ibu mana tak risau bila anaknya menghilang?" Dia menggegam erat tanganku. Walaupun terkejut, aku biarkan. Terasa damai dan selamat bila dia ada di sisi.
"Macam mana kalau ibu halau Sya lagi? Macam mana kalau ibu tak nak jumpa Sya? Abang... Sya takut." Aku membalas genggaman tangannya. Cuba mencari semangat yang menghilang.
"Sokay, sayang. Everything will be okay. Jangan risau. Abang ada.Jom?" Dia membuka tali pinggang keledar dan mengambil beg pakaian di tempat duduk belakang. Kemudian, dia membuka pintu kereta dan membantuku berjalan.
"Assalamualaikum, mak cik.." Tiga kali memberi salam, akhirnya pintu rumah dibuka.
"Ya Allah, anak ibu! Syatilla pergi mana, sayang? Ibu risau. Ibu minta maaf sebab halau kamu keluar." Ibu memelukku erat. Bagaikan tak mahu melepaskan anak tunggalnya. Aku tak tahan. Aku turut menangis apabila melihat ibu mengalirkan air mata.
"Tak ibu. Ibu tak salah. Sya yang patut minta maaf. Sya banyak buat salah dengan ibu. Sya tengking ibu, Sya kurang ajar dengan ibu."
"Shhh sayang. Ibu dah lama maafkan anak ibu. Yang penting, kamu selamat." Ibu mencium dahiku dengan penuh kasih sayang. Ibu memalingkan pandangan ke arah Mikael.
"Firash, terima kasih sangat - sangat sebab bawa anak ibu pulang. Ibu tak tahu apa yang terjadi pada anak ibu kalau kamu tiada."
"No hal lah mak cik. Tak de masalah pun." Mikael tersenyum dan membalas pelukan ibu.
"Mulai dari sekarang, panggil ibu, ibu. Kamu pun dah jadi sebahagian daripada anak ibu dan abang kepada Syatilla, kan?"
Aku mencebik. Mula dah perangai dia yang sayangkan anak teruna orang lebih dari anak dara sendiri.
Suka lah orang tua tu!"Aiyy aiyy kapten! Eh sorry...Ibu!" Anak beranak itu ketawa riang. Aku hanya mampu tersenyum. Walaubagaimanapun, aku tak mampu dan takkan sesekali jatuh cinta padanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ibu dah uruskan hal sambung belajar korang berdua."Ibu memulakan perbualan di meja makan. Tersembur keluar segala makanan di dalam mulut apabila terdengar kata - kata ibu.
Ah.. Ibu bangkitkan lagi hal ini. Keputusan SPM pun dah keluar dan sekarang aku satu kolej dengan mamat ni. Okay.. Untuk kali terakhir, aku akan ikut cakap ibu aku. Kalau tak kerana semalam, dah lama aku bunuh Mikael.
"Umi kamu pun dah setuju. Nanti boleh lah kamu pergi beli barang berdua." Jelas keterujaan di wajah ibu. Tak sangup aku nak melukakan hati ibu lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Firash balik dulu eh ibu." Dia meminta izin untuk pulang lalu menyalam tangan ibu.
"Ada masa kamu datang lah sini. Bawak umi kamu sekali."
"Insyaallah. Sya, abang nak pergi. Jangan lupa date kita esok" Dia mengenyit mata pada ku. Dasar!
Aku segera masuk ke dalam rumah. Sakit mata bila tengok lelaki miang!
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...