Umi~

2.1K 85 2
                                    

Firash menyentuh dadanya. Ada satu perasaan......Dan perasaan itu tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. 

Dia tersentak dari lamunan apabila telefonnya berdering menandakan ada panggilan.

"Assalamualaikum, akak. Ada apa call Firash malam - malam buta ni?" Firash mengerling jam di tangan. Sudah pukul sepuluh malam. Beberapa hari lepas, dia menghantar ibu bapanya ke rumah kakaknya di Subang.

"Waalaikummusalam. Firash, kamu kena datang ke hospital sekarang juga! Umi....." Jawab Sharifah dengan gelisah.

Firash mematikan panggilan. Dia mula memandu laju ke Subang Medical Centre. Patutlah dia berasa tak sedap hati sepanjang menghantar umi dan abinya ke sana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mana Umi?" Firash bertanya tentang keadaan umi bila lihat Sharifah Alfira, suami dan bapanya sedang duduk di tempat menunggu.

"Ada dekat dalam. Umi pengsan dalam bilik air tadi. Bila dia tak sedarkan diri, kami pun bawak umi ke hospital." Abinya menerangkan apa yang berlaku.

"Akak dah makan? Baliklah dulu. Firash ada. Lagipun, kandungan akak masih baru. Kesian baby kalau tengok ibu dia macam ni." Firash memujuk kakaknya. Uminya pun mengambil keputusan untuk menjaga Kak Ifah sebaik sahaja dia mendapat tahu yang anaknya mengandung.

"Ni keluarga Noor Mariani ke?" Seorang doktor lingkungan 30an datang menghampiri.

"Saya minta maaf. Dia tak dapat diselamatkan apabila kansernya sudah merebak ke otak."

"Innalillahwainnailaihirojiun"

Tubuh Sharifah mula rebah ke lantai. Firash terduduk di kerusi setelah mendengar kata - kata daripada doktor itu manakala abinya pula cuba menyembunyikan air mata daripada dilihat oleh anak - anak dan menantunya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Ameen" Setelah habis bacaan Yasin pada petang itu, masing - masing berangkat pulang. Kini hanya tinggal Firash dan Syatilla di depan kubur arwah uminya.

"Abang, Sya minta maaf. Sya tak patut buat abang macam ni.
Sya....." Syatilla turut menitiskan air matanya. Bersimpati dengan nasib Syed Firash Almikael dan Sharifah Alfira mengigatkan dia pada hari pengebumian arwah ayahnya.

"Sya, this is not the right time. Mari balik?" Firash memujuk Syatilla supaya pulang. Sejak awal pagi lagi dia masih tidak pulang ke rumah demi menemani Firash.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Abang nak makan? Sya boleh ambilkan." Melihat Firash yang tidak menjamah apa - apa sedari pagi tadi menimbulkan kerisauan pada Syatilla. Malam ini diadakan kenduri arwah.

"Tak apalah. Abang dah kenyang" Firash tersenyum. Dia menarik sebuah kerusi lalu mempelawa Syatilla duduk.

"Duduklah. Abang tengok dari pagi tadi Sya sibuk."

Syatilla hanya tersenyum. "Abang, Sya nak minta maaf sangat - sangat atas kejadian tempoh hari."

"Tak apalah. Salah abang juga sebab ganggu hubungan Sya dengan dia." Dia tersenyum sinis lalu memandang ke tempat lain.

"Abang, sebenarnya tu lecturer Sya. Dia saja ajak dinner malam tu. Kitorang tak de apa - apa hubungan pun. " Syatilla mengambil perhatian Firash yang mula sibuk dengan urusan bussinesnya. Sudah lama dia tidak menyentuh kerjanya kerana sibuk belajar.

"Syatilla, memang sejak dulu lagi abang dah lama jatuh cinta pada Sya. Perasaan tu tak pernah hilang malah makin lama makin bercambah. Abang nak Sya jadi milik abang sepenuhnya. Kahwin dengan abang." Dia memandang Sya dengan penuh harapan. Sya pun begitu. Sepanjang mereka bersama, perasaan benci itu hilang sedikit demi sedikit. Tapi Syatilla masih ragu - ragu. Takut jika dia dipermainkan sekali lagi. Takut jika keputusan menerimanya itu adalah salah.

"Jom balik? Abang hantar. Kesian ibu tinggal sensorang di rumah."

Curse and BlessingWhere stories live. Discover now