Sudah dua jam dia menunggu Firash. Tapi, batang hidung pun masih tak nampak. Dahla cuaca panas. Kalau orang belanja ais kacang pun nikmat jugak.
Akhirnya, sebuah kereta berhenti di depan stesen bas berdekatan kolej mereka. Syatilla segera masuk ke dalam kereta.
"Sorry lambat. Abang pergi toilet tadi"
"Lambatnyaa! Dua jam Sya tunggu tau. Call pun abang tak angkat" Aku bercekak pinggang.
"Hihi sorry. Lapar tak?" Aku terkejut bila dia bertanyakan soalan itu. Selama ni, dia tak pernah bawa aku singgah mana - mana tempat. Hanya menghantar aku ke kolej dan pulang ke rumah ibu.
"Lapar tak? Kalau lapar kita pergi makan dulu." Ulang Firash sambil fokus memandu.
Memang perut Syatilla sudah berkeroncong dari tadi. Waktu makan tadi pun dia hanya menjamah roti dan air teh. Lalu dia mengangguk sahaja sebagai jawapan.
"Okaylah.. Jom pergi makan dulu"
Jawab Firash sambil menarik - narik rambutnya dan menggosok leher. Aku memerhati setiap tingkah lakunya."Dah puas tenung abang?" Lama juga aku tenung dia sampai tak sedar yang kami sudah sampai ke sebuah restoran.
"Jom?" Firash membuka pintu dan melangkah keluar. Entah kenapa mukanya berkerut - kerut macam sedang menahan sakit.
"Abang kenapa?" Tanya aku sebaik sahaja pelayan yang mengambil pesanan berlalu pergi.
"Apa yang kenapa?" Firash mengerut muka. Pelik dengan soalan akukah?
"Tak...Macam tak sihat je?" Balasku teragak - agak.
Firash hanya tersenyum. Dia menunduk dan dipejam mata rapat - rapat. "Sayang juga Sya pada abang eh?" Aku mencebik. Dah mulalah tu!
"Tak adalah. Abang okay. Pening sikit je. Sya makan lah dulu. Abang pergi toilet kejap." Katanya dan kemudian terus bangun.
Syatilla hanya memerhati. Malas ingin berfikir, dia pun menghabiskan makanannya. Selesai makan, Firash masih belum kembali. "Mana pulak dia ni? Buat apa dekat tandas lama - lama sangat?" Syatilla segera menelefon Firash.
"Apa yang abang buat sampai lama sangat tu?" Marah aku. Geram kerana terpaksa menunggu lama sekali lagi. Agaknya kalau tak telefon, sampai malamlah dia menunggu.
"Sorry.. Abang nak keluar dah. Jomlah balik." Firash mematikan panggilan lalu keluar dari tandas.
"Habis tu, makan?" Aku bertanya padanya bila lihat dia hanya mengambil kunci kereta dan menuju ke kaunter bayaran.
"Tak apalah. Abang dah kenyang. Jom!" Firash bergegas keluar dari restoran itu. Risau jika 'pinjam' anak orang lepas tu lambat pulangkan pada ibu nya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sya, balik nanti I hantar u. Firash balik awal tadi." Kata Diana. Peliknya.
"Kenapa dia balik awal pula?"
"Dia call I tadi. Dia cakap dia balik awal sebab migrain. Takpe.. U balik dengan I, nanti driver I datang ambil kita." Balas Diana dengan wajah gembira.
"Migrain? Dia tak pernah cakap dengan aku pun yang dia ada migrain...Patut lah" Aku mula sedar kenapa dia nampak tak sihat semalam.
"Patutlah apa?" Balas Ivy dan Diana serentak.
"Nothing. Dah jom balik! Aku penatlah." Balas aku sambil mengemas segala buku nota dan pen - pen ke dalam beg.
Sir Zyad datang ke tempat ku lalu berbisik sesuatu, "Ermm, Miss Syatilla.. I nak jumpa U kejap?"
Pipiku mula memerah. Oh maii... Dia nak jumpa aku lah!! Selepas habis kelas, aku pun menuju ke tempatnya.
"Ada apa sir nak jumpa saya?" Aku bertanya padanya yang sibuk menulis sesuatu di dalam sebuah buku.
"Malam ni kalau U free, I nak ajak U dinner. Boleh tak?" Dia bertanya lalu menghadiahkan sebaris senyuman yang paling kacak. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan cair.
"Insyaallah, thank you" Aku tersenyum malu. Lagaknya seperti baru dilamar. Haiyaa
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami singgah di sebuah cafe tempat melepak. Sudah lama rasanya tak singgah di cafe itu memandangkan Shaely tiada di Malaysia dan Maria pula sibuk mengambil alih syarikat ayahnya.
"Sir panggil U tadi buat apa?" Diana bertanya pelik. Tahu sangatlah yang dia tu ada perasaan dengan Sir Zyad. Jeles larh tu..
"Dia ajak aku dinner malam ni! Arghhh" Aku terjerit teruja sambil menepuk - nepuk tangan lagak anjing laut di zoo
"What?! Are you serious?" Kalini Ivy pula yang pandang aku tak puas hati. Dah lupa ke yang dia tu ada boyfriend? Mat salleh pulak tu!
"Sampai hati U rampas boyfriend I kan?!" Diana dah mula masam mencuka. Dimuncung bibirnya biar semua orang tahu yang dia sedang merajuk.
"Dah orang nak belanja makan.. Takkan aku nak tolak kott." Mata dijuling ke atas. Aku ni adalah pemalu sikit. Tapi dah orang nak belanja takkanlah nak melepas pulak... Dengan Sir Zyad pulak tu! Aummm.
"Tak pe U.. Dah lah I nak balik!" Diana bangun lalu mengambil begnya keluar dari cafe itu.
"Weh, aku nak balik dengan siapa nanti?" Aku jerit padanya.
"Takpe.. I hantar U. Biarlah kat dia. Kejap je tu" Balas Ivy menenangkan hatiku. Sorry, princess!
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...