Syatilla menjinjit beg plastik yang berisi barang - barang yang baru dibeli. Tiba - tiba, bahunya dilanggar seseorang. Terlepas plastik ditangannya lalu terburai segala isi di dalamnya.
"Maaf kak, saya tak sengaja" Seorang wanita ayu berbaju kurung tunduk mengutip barang - barang yang bertaburan di atas jalan. Syatilla juga turut mengutip.
Setelah selesai, wanita itu menyerahkan beg plastik tadi kepada Syatilla. Dia menyambut dengan senyuman.
"Eh? Macam kenal lah. Awak ni kawan Firash kan?" Wanita tadi tersenyum.
"Ye. Awak ni siapa?" Aku bertanya pelik. Macam mana dia boleh kenal aku?
"Saya ni sepupu Firash, Mariam." Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.
Beg plastik yang dipegang tadi jatuh kembali. Mujur ia sudah diikat. Aku tergamam. Memang tak dinafikan, wanita itu terlalu jelita dan manis bertudung. Apalagi dengan gigi taring yang berlapis dan lesung pipit yang terukir setiap kali dia tersenyum.
"Awak okay?" Dia mengambil beg plastik yang terjatuh sekali lagi tadi.
"Oo...okay" Aku tersenyum pahit. Dia cukup sempurna dimataku. Siapalah aku kalau nak dibandingkan.
"Jom minum dekat cafe depan tu?" Dia menuding jari ke arah sebuah cafe berdekatan sambil mempelawaku.
Kami berjalan beriringan memasuki cafe tersebut. Walaupun sudah berkali - kali lalu, tapi tak pernah singgah ke sini.
"Saya Syatilla. Kawan Firash." Aku cuba untuk senyum. Cuba menyembunyikan kebenaran walaupun pahit.
"Oh. Nak pesan apa - apa?" Dia bertanya padaku. Sedari tadi senyumannya masih tak lekang di bibir.
"Tak.... Sekarang tengah buat apa? Masih belajar?"
"Saya baru balik dari Jordan. Ambil master dalam Syariah Islam. Sekarang ni tengah mengajar di Shah Alam."
Bukan sahaja cantik dan lemah lembut, master pun ada. Tak sangka pilihan hati Kak Ifah ni bukan calang - calang orang.
"Dengar kata... Kak Ifah nak jodohkan awak dengan Firash. Betul ke?" Aku mengharapkan yang ia tak benar. Berdebar - debar aku menanti jawapan daripadanya.
Dia hanya mengganguk lalu tersenyum.
"Jadi, awak setuju?"
"Sebenarnya, sejak kecik lagi, saya ada menaruh perasaan pada dia. Lagipun, kami memang rapat. Saya reject semua lelaki di Jordan semata - mata menunggu dia. Bodohkan?" Dia ketawa kecil.
Terasa hatinya hancur luluh saat ini juga.
"Untung kalau awak dapat dia. Firash tu baik orangnya. Once dia dah jadi milik awak, jaga dia baik - baik. Jangan sia - siakan peluang yang ada. Saya mintak diri dulu."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam itu, Syatilla duduk di birai katil. Mengenangkan apa yang telah terjadi petang tadi. Wanita itu benar - benar sempurna. Luluh hatinya apabila mendengar luahan Mariam tadi.
Telefon yang sejak malam tadi dimatikan dicapai lalu dihidupkan. Berpuluh - puluh panggilan tidak dijawab daripada Firash. Dia mengambil keputusan untuk menelefon lelaki itu.
"Sya tak mahu lagi ganggu hidup abang dengan Kak Ifah. Mariam masih belum berkahwin. Perkahwinan boleh berlaku bila - bila masa yang keluarga abang mahukan. Tolong, jangan ganggu Sya lagi."
"Ini hidup abang. Bukan hidup dia.Yang nak kahwin nya abang. Yang nak hidup dengan perempuan tu abang jugak."
"Tapi Sya tak mahu abang begini. Sya tak mahu seksa diri sendiri. Cukuplah, bang. Sya dah pernah rasa perit. Pergilah balik pada keluarga abang. Jangan ganggu Sya lagi. Yang sudah tu sudah lah.Jangan kenang lagi apa yang kita ada selama ni."
"Bukan Kak Ifah yang tentukan jodoh kita. Abang tak mahu Sya jauh dari abang. I need you. I want you to be my wife, mother to my children."
Melihat aku terus berdiam, dia menyambung.
"Teruk sangat ke abang ni sampai Sya langsung tak pandang abang? Guna hati Sya, buka pintu hati tu untuk abang. Kalau pintu hati Sya dah tutup sekarang ni untuk abang, tak boleh ke Sya bukak pintu tu sekali lagi? Keputusan ada di tangan Sya sama ada nak atau tak. Itu saja."
Aku terkedu mendengar kata - katanya. Adakah ini kata - kata yang lahir dari hatinya? Saat ini aku risau dengan apa yang aku rasa. Aku tak pasti apa yang aku inginkan. Sebab aku takut kalau kekecewaan itu berulang kembali. Seandainya sesuatu berlaku terhadap hati yang jadi satu, memaksa kami untuk berpisah, pasti luka itu lebih parah. Dan aku tak tahu sama ada aku mampu melaluinya atau tidak.
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...