Surat

3.5K 139 2
                                    

Oleh kerana bergaduh, Emman digantung sekolah kerana rekod tak bersih. Mamat tu pulak masih kekal di sini.

Emman ni ada bau bau bacang dengan keluarga diraja. Disebabkan tak nak memalukan keluarga, mereka pun berpindah ke New York.

Sebelum pergi, Im ada tulis surat kepada aku.

Kepada sepupu Im yang tersayang,
Syatilla Melrose,

       Im nak minta maaf sebab selama ni pernah melukakan hati dan menjauhkan diri dari Sya. Im nak cakap yang sebenarnya Mikael dah lama cintakan Sya. Dia pernah cakap dulu, kalau Im rapat dengan Sya, dia akan sakiti Sya dengan lebih teruk. Jadi, Im ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Sya.

     Masih ingat kes Sya jatuh tangga? Sebenarnya, Im ternampak Mikael yang tolak Sya. Masa tu, Im takut sangat nak beritahu. Sorry for everything. I'll be back soon! Wait for me ya!

                    Your beloved cousin,
                 Tengku Emman Shah

Jiwa aku terasa kosong. Kosong bila dia sudah tiada. Apa khabar dia disana?

Lepas aku dapat tahu semua tu, aku mula jauhkan diri dari dia. Aku keluar dari orkestra dan mula sibukkan diri. Waktu makan pun aku tak turun. Nak ke kelas pula aku ambil jalan yang paling jauh.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Good morning. Ibu buat apa tu?" Sapa aku dengan ceria. Sudah lama aku tak pulang ke rumah.

"Ibu tengah buat kek. Harini kawan ibu nak datang."Balas ibu dengan ceria.

"Siapa, ibu?"

"Alah.. Nanti kamu tengoklah siapa. Ibu tengok anak ibu ni kurus je. Kamu tak makan ke dekat asrama?" Pertanyaan ibu buat aku tersentak.

"Haish..Tak delah. Sya malas nak turun makan. Lagipun masakan mak cik DM tak sedap" rungut aku. Padahal dah masuk tahun kedua dia makan masakan mak cik DM.

"Ada - ada jer kamu ni. Sudah. Pergi bersiap. Lepas ni nak balik asrama. Kamu jangan buat hal tak nak balik pulak eh!" Tahu benar perangai anaknya tu. Semenjak dua menjak ni nak balik rumah saja kerja.

"Alaaa.. Ibu bagi lah cuti!"

"Kamu ingat tu sekolah bapak kamu ke? Sebelum ni okay je. Kenapa sekarang ni dah tak nak duduk asrama?"Ibu dah mula marah.

"Bukannya tak nak duduk, cuma Sya rasa bosan. Im kan dah takde" suara aku dah mula sebak.

"Kawan - kawan kan ada. Nanti bila - bila dia datang lah jenguk kita. Sudah. Pergi bersiap. Nanti lambat"

Curse and BlessingWhere stories live. Discover now