Dating paksaan

2.6K 96 0
                                    

"Subhanallah.. Anak dara apa ni bangun lewat?! Dah tengah hari dah Syatilla Melrose. Bangun! Kejap lagi Firash sampai. Tulah, balik lewat lagi. Kamu kemana ha semalam?!"

Puan Aliza membuka langsir dan menekan butang 'off' pada remote pendingin hawa. Selimut busuk milik Syatilla ditarik hingga Syatilla terjatuh katil.

"Auchhh! Apa ni ibu" Aku bangun ke atas katil semula. Niat ingin sambung tidur terus terganggu.

"Bangun, Sya! Nanti lambat. Adakah patut lelaki tunggu anak dara bersiap. Dah la bangun lewat pulak tu!" Ibu membebel sambil mengutip baju kotor di dalam bakul.

"Sya tak janji apa - apa pun kan semalam? Ibu keluar je lah dengan dia" Aku marah ibu. Siapa je tak sakit hati bila tidur di ganggu.

"Kamu jangan nak buat ibu naik angin.. Sebelum ibu halau kamu keluar, baik kamu bangun cepat. Mandi!" Dengar saja perkataan 'halau', aku bingkas bangun dari katil. Tobat dah tak nak lari rumah. Seminggu cheq demam  tau!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku berdiam diri dari keluar rumah sehingga ke dalam kereta. Volume radio sengaja dikuatkan oleh Mikael. Aku cuba menutup telinga. Makin lama aku makin hilang sabar.

"Abang perlahan sikit boleh tak? Bingit lah!"

"Eh...Suka hati abang lah nak perlahan ke nak kuat ke. Kereta abang, bukan kereta Sya." Sengaja dia menyakitkan hati ku.

"Berhenti."

"Kenapa pulak?" Dia terkejut apabila aku menyuruhnya berhenti di tepi jalan.

"Sya kata berhenti, berhenti je lah!" Aku mula meninggikan suara aku. Memang sedari tadi pun suara aku dah meninggi.

"Buka kunci pintu. Sya nak keluar"

Dia membuka kunci pintu. "Okay.. Silakan" Dia berkata tanpa memandangku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum, ibu. Sya ada dekat rumah tak" Firash menelefon ibu setelah dua jam dia meninggalkan Syatilla di tepi jalan.

"Waalaikummusalam. Bukan dia keluar dengan kamu ke?" Puan Aliza bertanya pelik.

"Arrr...Errr..Sebenarnya.. Tak de apa - apa lah, ibu." Firash cuba menyembunyikan sesuatu.

"Firash... Jangan bohong ibu. Syatilla ada buat hal ke?"

"Sebenarnya... Firash tinggalkan dia di tepi jalan" Firash tersengih seperti kerang busuk. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Astaghfirullahalazim.. Kenapa kamu buat macam tu?!" Puan Aliza terkejut dengan tindakan Firash. Namunpun begitu, dia tidak menyalahkan Firash, mesti anak tunggalnya ada buat hal.

"Syatilla yang suruh berhentikan kereta. Firash pun pelik lah. Lepas tu, dia suruh buka pintu. Tapi, tak nak dia naik hangin punya pasal, Firash pun ikut. Tengok - tengok dia berlalu pergi macam tu je. Firash minta maaf, ibu. Firash janji yang Firash akan cari anak ibu."

"Baiklah, kalau macam tu. Anak ibu ni macam - macam hal. Dah jumpa nanti, bawa balik rumah ibu. Ibu nak ajar dia cukup - cukup"

"Baiklah, ibu. Firash pergi dulu. Assalamualaikum." Segera Firash mematikan panggilan dan mengambil kunci keretanya. Dia benar - benar risau dengan Syatilla.

Curse and BlessingWhere stories live. Discover now