Inai yang merah di jari direnung. Beberapa minit sahaja lagi, dia akan menamatkan zaman bujangnya. Tidak pernah dibayangkan untuk bertemu jodoh di sekolah menengah. Sekejap lagi, majlis pernikahannya akan bermula. Dadanya terasa berdebar - debar.
"Hello, Syatilla!"
Jeritan itu mengejutkan Syatilla. Dia berpaling ke arah pintu bilik. Empat orang sahabat baiknya, Ivy, Shaely, Diana dan Maria muncul di situ. Terus dia tersenyum lebar menyambut kedatangan mereka.
Mereka lantas memeluk Syatilla dengan erat sekali.
"Eh, Diana! Dah sarat - sarat pun datang jugak kau ya?" Gurau Syatilla lantas ketawa.
"Dah puas nasihat tak payah datang, nak datang jugak. Nasib tak terberanak dalam kereta tadi." Bahu Ivy ditepuk perlahan oleh Diana.
"Cantik betul kau harini. Terserlah seri seorang pengantin" Usik Maria sambil tersengih.
Syatilla mencebik sedikit.
Mereka tertawa. Namun begitu, hati masing - masing mengiyakan pujian Maria tadi. Syatilla memang anggun sekali dalam busana pengantin yang berwarna putih itu.
"Eh, bakal suami U macam mana ek? Tak sabar I nak tengok!" Syatilla menjeling sedikit pada Shaely. Nak kena minah ni!
"Aku pun! Hensem tak?" Kata Maria teruja. Maria dan Shaely masih belum melihat wajah Firash. Manakala Ivy dan Diana pula setiap hari bertemu dengannya bersama Syatilla sewaktu di kolej dulu.
"Entah. Korang tengoklah sendiri" Syatilla malas komen lebih.
Suara orang ramai mula bising dibawah. Shaely segera berlari ke balkoni. Rombongan pengantin lelaki sudah sampai. Namun dia tidak dapat melihat wajah bakal suami Syatilla kerana terlindung dengan payung.
"Sya, pengantin lelaki dah sampai.Jom turun!" Lisa, sepupu Syatilla muncul di pintu bilik.
Mereka berpaling ke arah pintu. Debaran Syatilla bertambah kencang saat itu. Macam orang nak pergi berperang pun ada!
Lisa menghampiri Syatilla dan mencapai tangan sepupunya supaya mengikutnya. Tangan Syatilla dingin sekali.
Ivy, Shaely, Diana dan Maria turut mengekori langkah turun ke tingkat bawah.
Syatilla duduk di tempat yang sudah dikhaskan untuknya. Dalam jarak yang tak sampai beberapa meter, dia dapat melihat wajah Firash yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Sya, hensemnya husband U! Itu pun U taknak?!" Shaely terkejut melihat Firash lantas berbisik di telinga Syatilla.
Syatilla hanya menjeling tanpa reaksi. Memang sudah dijangka itu respon dua orang temannya.
"Shhhh...." Puan Aliza mengisyaratkan agar Shaely diam. Shaely akur. Dia mengambil tempat disebelah Maria.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan sekali lafaz, Syatilla sah menjadi isteri Firash. Puan Aliza mengesat air matanya sambil mengucap syukur. Alhamdulillah... Akhirnya Firash dan Syatilla bersatu juga. Lega hatinya hanya Allah yang tahu.
Mariam sudah dapat menerima jodohnya bukan dengan Firash. Dia percaya dan yakin bahawa dia akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih baik untuknya.
"Saya nak minta maaf atas kesalahan saya sebelum ni. Tapi percayalah, saya tak berniat langsung nak lukakan hati awak. Saya tahu... Dulu awak ada simpan perasaan pada Firash kan?"
Lembut suara Syatilla pada Mariam.Mendengar pertanyaan itu, jantung Mariam berdegup laju. Kenapa Syatilla mengungkit hal yang sudah pun menjadi sejarah itu?
"Saya minta maaf sebab dah rampas dia daripada awak...."
"Syatilla.... Awak tak salah. Apapun, benda tu dah lepas. Tak payahlah kita ingat lagi ye? Lagipun, awak tak pernah rampas dia daripada saya. Saya tak pernah ada hubungan dengan Firash. Dia tak pernah layan saya lebih dari sepupu. Kalaupun saya masih ada perasaan pada dia, semua tu dah tak de makna sekarang. Saya dah lupakan dia. Percayalah awak..."
Erat genggamannya di tangan Syatilla. Perlahan - lahan Syatilla mengangguk. Kalau dah itu kata Mariam, tak perlulah lagi dia menanggung rasa bersalah. Senyuman terukir di bibir.
Tiba - tiba ada seorang lelaki tinggi lampai berkaca mata hitam menghampiri kami. Hatiku terdetik untuk bertanya siapakah insan yang seolah - olah sedang mencari seseorang.. "Maaf, encik cari siapa ya?"
"Saya sedang mencari teman istimewa saya.. Tak sangka dia sudah kahwin akhirnya." Lelaki itu tersenyum sinis.
Kemunculan lelaki itu makin membuat ku tertanya - tanya. Siapakah teman istimewa yang dia cari disini? Dan...Bukankah orang yang dia maksudkan itu adalah aku?
"Maaf..Encik ni siapa sebenarnya? Boleh saya tahu nama encik?"
"Nama saya....Tengku Emman Shah"
Dia mula membuka kaca mata hitamnya.. Dan sekarang baru ku sedar bahawa lelaki dihadapan ku sekarang ni adalah sepupu yang sudah lama terpisah.."Ya Allah...Im! Aku rindu kau..Kau pergi mana selama ni?! Kau memang tak sayang aku kan. Aku benci kauu...Benci!" Aku teresak kecil. Aku menumbuk kuat dadanya cuba menahan geram yang sudah lama tersimpan. Alhamdulillah tak sangka aku masih diberi peluang untuk berjumpa dengan sepupu yang paling aku sayang.
"Hahaha.. Congrats Sya. Sorry sebab dah lama menghilang. Aku sibuk dengan kerja aku selama ni. Tak sangka kan kau kahwin akhirnya dengan mamat psiko tu. Dah lama dah aku pendam dendam aku dekat dia. Ish, nasib dia kahwin dengan kau" Aku mula ketawa setelah mendengar luahannya.
Im berbisik padaku..."Btw, yang.... Gadis ayu yang kat belakang tu nama apa ye puan?" Serentak kami berdua menoleh ke arah Mariam yang ternganga seolah olah tak mengerti. Aku tergelak kecil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malam pertama~
Setelah penat seharian melayan tetamu, akhirnya dapat juga Syatilla dan suaminya berehat bersama.
Dalam keasyikan mereka menghirup udara malam, Firash mula membuka kata."Sayang..." Panggil Firash lembut.
"Ya?"
"Ingat lagi tak masa kali pertama kita berjumpa tu?" Firash mula membangkitkan suasana dengan mengingati memori silam mereka itu.
"Ishh abang ni.. Takkanlah Sya tak ingat.. Sya takkan lupa kisah cinta monyet kita masa zaman sekolah dulu sampai bila - bila." Balas Syatilla sambil tersenyum kecil.
"Sayang...Terima kasih sangat - sangat sebab masih sudi terima abang walaupun banyak salah abang terhadap Sya.. Abang tak tahu macam mana nak balas tapi abang harap dengan perkahwinan kita ni akan buat Sya bahagia untuk selama - lamanya..."Firash mencium lembut dahi Sya dan malam tu telah menjadi saksi kesucian cinta Syatilla Melrose dan Syed Firash Almikael....
Tamat~
YOU ARE READING
Curse and Blessing
RomanceHanya kerana tumpahnya segelas teh panas pada baju seorang mamat Psiko hot sekolah, Syatilla Melrose dibuli, dimaki, dan dimalukan oleh Syed Firash Almikael. Dari benci bertukar pada cinta dan dari cinta bertukar pada benci semula. Oleh kerana satu...