Aku berjalan masuk ke pintu pagar sekolah. Sekolah yang dapat menemukan aku dengan rakan-rakanku. Di rumah aku sentiasa sibuk dengan novel novel ku sampai rakan rakanku ajak keluar pun aku tidak mahu. Adakah aku mementingkan diri sendiri? Ya aku mengaku aku seorang Yang mementingkan diri sendiri.
"Nia!" Terhenjut bahu aku apabila disergah oleh rakanku. Aku memalingkan mukaku melihat rakanku itu.
"Ira! Nasib baik aku tak ada heart attack kau memang nak aku mati cepatkan?" Aku memukul lengan Nadirah perlahan. Lalu berjalan meninggalkan Nadirah di belakangku. Ya aku mengaku aku cepat tersentap dengan rakan rakanku.
Nadirah yang sedang mengejar aku tidak aku hiraukan yang aku tahu aku hendak cepat cepat masuk ke kelas dan meletakkan beg. Almaklumlah sekolah kami ni sesiapa yang lambat semua tiada kerusi untuk duduk . Yang Ada hanyalah meja. Kenapa? Sebab budak sekolah kami murid-muridnya ganas. Kerusi yang elok pon boleh patah. Bukan kerusi je, ha tu kipas tu. Kipas yang tinggi dekat atas pon boleh kemek dibuatnya. Aku pun tak tahu apa dorang buat sampai kemek tup tup pengetua kata kipas sekolah kemek.
Sampai sahaja di dalam kelas aku melepaskan keluhan lega. Kerusiku masih berada di meja ku. Aku berjalan mendekati lalu meletakkan begku di atas kerusi.
"Nia! Punya la susah aku nak kejar kau. Cepatnya kau berjalan. Dah la sesak dekat tangga tu." Nadirah duduk di sebelahku lalu duduk menghadap ku.
"Macam mana holiday, best tak?" Amalina Yang dari tadi sudah berada di mejanya memusingkan kerusinya menghadap meja aku.
"Best. dapat banyak boyfriend lak tu" aku menjawab sambil lewa. Itu sahaja lah kerja rakan rakan ku. Setiap kali awal tahun itulah ayat pertama yang aku selalu dengar. Best tak holiday? Holiday dekat negara mana? Hello aku bukan kaya mana pun sampaikan setiap tahun nak holiday dekat luar negara. Bagi aku holiday dekat dalam negara pun boleh. Banyak kot tempat tempat menarik yang boleh pergi.
"Seriously? Kat mana kau pergi holiday sampai boleh dapat ramai boyfriend? Negara mana dowh? Nanti aku nak ajak family Aku pergi jugaklah" dengan terujanya Raisya bersuara. Pandang sahaja mukanya buatkan perut aku geli. Aku melepaskan gelakku.
Dengan wajah yang merah padam Raisya menepuk mejaku kuat. "Isy! Aku betul betul ni. Gelak pulak dia. Aku ada buat lawak ke?"
Melihat sahaja muka bengang Raisya aku terus menghentikan tawaku. "Tak ada la tak lawak mana pun. Tapi bila kau terlalu teruja macam tu buat perut aku geli tau. Rasa macam kena geletek. Ye la korang, macam tak kenal aku kan? Mana je la aku pergi bila cuti. Tu ha, novel dengan wattpad tu je la peneman hidup. Mama dengan papa aku kerja. So dorang tak ada masa nak bawa aku pergi holiday ni semua"
Amalina mencebik. "Kau ni macam tak ada life la Nia, sekali sekala pergi la bercuti. Ni tidak asyik menghadap novel dengan wattpad je kerjanya. Dah macam ulat buku aku tengok"
"Ayat ulat buku tu dah ok dah dengan kau tapi malangnya bukan buku belajar tapi buku cinta. Hisy kau ni keluarlah sekali sekala tengok pemandangan dekat luar bukan terperap dalam bilik" aku mula membuka beg dan membuka buku latihan matematik tambahan. Bila Nadirah pun join dorang ni semua nak ceramah aku. Aku hanya mampu pekakkan telinga.
*****
KRINGGGGGG!
"Ok kelas kamu semua boleh balik. Sesiapa yang masih tak faham boleh jumpa saya di pejabat" Cikgu Jamilah bangun lalu keluar dari kelasku.
"Nia" Nadirah menegur aku yang sedang mengemas beg sekolah ku.
"Hrmm"
"Petang ni keluar jom. Kita pergi Mega Mall ok. Ingat apa yang kita orang cakap pagi tadi. Kau jangan cakap mama kau tak bagi pula. Nanti aku sendiri yang call mama dan papa kau" Dah mula dah ayat dia supaya orang ikut cakap dia.
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...