4: Mengalah

29 8 2
                                    

"Nia!" Nadirah menepuk bahuku perlahan.  Aku memandang Nadirah yang mengambil tempat disebelahku.

"Aku cari kau dari tadi tak jumpa, rupanya dekat pondok ni kau duduk. Kau ada masalah ke?" Nadirah bersuara setelah beberapa minit kami mendiamkan diri.

Aku memberikan senyuman yang tersembunyi seribu erti. "Tak ada lah aku nak ambil angin je" aku memandang padang yang berada jauh dari kami.

"Kau ingat siapa tadi? Termenung panjang je tadi" Nadirah bersuara. Aku perasan dari tadi Nadirah cuba memancing perhatianku tapi aku hanya buat tidak tahu sahaja.

"Rindu seseorang" aku menjawab perlahan. Lain yang ditanya lain pula aku jawab. Lantaklah aku memang tak ada mood nak berborak pun waktu ni.

Nadirah menegakkan badannya dan duduk menghadap aku. "Rindu orang? Siapa tu?"

Aku mengeluh lalu tersenyum lemah "entah la Ira, aku pun tak tahu"

"Aik macam mana boleh tak tahu? Boleh pulak tak tahu siapa yang kita rindu. Macam tu ek caranya rindukan orang?" Aku mendengar tawa kecil yang keluar dari mulut Nadirah.

Aku menutup mataku lalu menyandarkan badanku pada tiang pondok. "Aku tak kenal siapa dia. Tak pernah jumpa dan tak pernah tahu siapa dia.Yang aku tahu dia lelaki je Ira. Kata kata dia, nasihat dia, buat aku jatuh cinta dekat dia tapi aku tak kenal dia."

Aku menarik nafas perlahan dan menghembusnya perlahan. Mataku aku buka lalu memandang Nadirah."aku pun tak tahu kenapa aku boleh rindu dekat dia. Aku selalu stalk die. Selalu tunggu nasihat-nasihat dia. Kalau boleh setiap hari aku nak dengar nasihat dia. Aku tak tahu apa jadi dekat aku ni Ira"

Berkerut kening Nadirah memandang aku. "eh? Kata tak kenal. Tak pernah jumpa. Habis tu macam mana boleh stalk dia? Boleh dengar nasihat dia?"

"ngek la ko ni. Sekarang kan zaman teknologi. Of course la dari media sosial." Aku menggeleng perlahan melihat Nadirah yang diam seperti memikirkan sesuatu. Ada sahaja perkara yang buat aku rasa geli hati.

Nadirah mengaggukkan kepalanya berkali-kali. Kali ni aku pula yang pelik dengan tingkahnya "ouh. Tak pernah cuba chat dia ke?"

Aku menggelengkan kepalaku "dia tak minat budak sekolah. Lagipun dah nk spm kan? aku malas nak fikir pasal lelaki. ni pon kebetulan je nasihat  dia bermain dekat kepala aku."

"Tak minat budak skola? Umur dia berapa?" Aku memandang Nadirah pelik. Aik dia ni sibuk nak tahu kenapa? Ah lantaklah bukan boleh buat apa pun kalau tahu dia siapa.

Dengan malas aku menjawab "20an tu yang pasti."

"dah 20an? Kau gila? Yang umur 20 tahun pun jauh beza dengan kita. Yang umur 20 tahun tu tiga tahun beza dari kita ni kau kata 20an. Macam mana kalau umur dia 29 tahun? Lagi la weyh 12 tahun kot beza dari kita." Terkejut aku apabila suara Nadirah meninggi seperti ingin memarahi aku.

"Ok." Aku menjawab perlahan. Sakit tau hati bila tiba-tiba kena marah. Aku tak kata pun nak bercinta dengan lelaki tu.

"ok? Tu je? Hey kau kena sampuk ke apa ni. Tolong berfikir dengan waras boleh tak?" Nadirah memegang bahuku lalu menggoncang bahuku berkali-kali. Naik pening kepala aku dibuatnya.

Aku menepis tangannya dibahuku lalu mengeluh perlahan. "ko refresh balik kepala otak ko, ingat balik apa yang aku cakap. Kan aku kata , kebetulan je teringat dekat dia. Tahun ni aku spm. aku nak focus dalam pelajaran. Isy, senang cerita kau lupakan je apa aku cakap. Buat buat amnesia pasal apa yang baru kita borak tadi." Aku bangun lalu berjalan menuju ke arah gelanggang bola tampar. Aku melihat ramai yang sudah duduk sambil berborak di situ sementara menunggu cikgu Shima.

"eh budak ni senang-senang aje dia suruh aku amnesiakan kepala otak aku ni. Aku pon spm juga tahun ni." Aku tergelak kecil mendengar bicara yang keluar dari mulut Nadirah. Aku pandang Nadirah yang berlari anak menuju ke arah aku.

"Ha!  Ada pun korang dekat sini. So  macam mana? Dah sedia nak cerita dekat kitaorang." Terkejut aku apabila Raisya duduk di sebelah aku dengan selamba.

Nadirah yang ingin mendekati aku terus menghentikan langkahnya, dia berpusing ingin melangkah pergi. Tapi belum sempat dia jalan Amalina sudah pun memegang tangannya menarik ke arah aku. Aku tergelak kecil melihat Nadirah yang sedaya upayanya ingin melarikan diri dari pegangan Amalina.

"Ceritalah" lagi sekali Raisya bersuara.

Aku mengeluh. Akhirnya aku rasa nak beralah sebab sangat penat kena kejar dengan dua orang ni. Aku yang mulakan jadi aku kena akhirkan. Aku memandang Amalina dan memanggilnya datang dan duduk sebelah aku.

"Ok. Kalau aku cerita korang dah tak boleh tanya apa-apa dah ok?"

"Ok" cepat sahaja Amalina bersuara.

Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritaku. "Hari tu aku dengan Ira pergi Mega Mall"

"Mega Mall! Dah la tak ajak" Raisya bersuara sedih.

"Kau nak dengar ke tak ni? Aku yang ajak Nia pergi. Hari tu korang kata sibuklah apalah lepas tu nak bising pula" Nadirah menyampuk.

Raisya mencebik "ye la. Ye la, aku dah tak menyampuk"

Aku tersengih mendengar ayat Nadirah. "Hari yang Ira ajak pergi Mega Mall tu kebetulan Ira datang lambat jadi aku ambil kesempatan. aku minta nak bawak kereta dia"

"Minta ke ugut" sinis Nadirah bersuara

Aku memuncungkan mulutku. "Ye la. Aku ugut kau. Hisy! Lepastu aku bawak Ira pergi pantai. Ira marah bila aku berangan masa dia tengah tanya aku, jadi aku pun nak pergilah pujuk dia. Tengah aku berjalan entah macam mana aku boleh mengelamun and terlanggar seorang mamat ni. Dia ada bagi tau nama tapi aku tak ingat. So the end" aku bertepuk tangan sambil tersenyum lebar.

"Handsome tak?" Amalina bersuara.

"Of course handsome. Aku rasa kau dah jadi sotong kot kalau kau ada dekat situ" dengan muka yang tiada perasaan Nadirah bersuara. Ni yang buat aku rapat dengan Nadirah. Kami berdua sama. Susah nak jatuh cinta dengan orang. Kami lebih pentingkan pelajaran daripada lelaki. Tapi Nadirah masih lagi boleh layan lelaki yang cuba berborak dengan dia tapi kalau aku jangan haraplah. Sekali lelaki yang aku tak kenal tu cuba berborak dengan aku kena jelinglah jawabnya. Bukan nak Kata sombong tapi aku tak selesa berborak dengan lelaki. Borak tu boleh tapi kalau dah menyakitkan hati aku sampai bila bila kot aku benci.

"Nia! Kau ni dah kenapa dari tadi tepuk tangan. Tersenyum- senyum pula tu. Kau tengok dia orang ni. Asyik tanya je pasal lelaki tu. Kau jawablah" Nadirah menggoncang lenganku berkali kali.

Aku memandang Amalina dan Raisya yang tersengih.

"Erk ni last, cuba kau ingat siapa nama lelaki tu"

Hilang terus senyuman dari bibirku yang comel ini. Aku mencebik lalu menjeling tajam ke arah Raisya. "Entah. Tak penting pun ingat nama dia. Dia bukan sesiapa bagi aku untuk ingat nama dia. Kan aku dah cakap tadi jangan tanya apa-apa dekat kita orang. Sebab ni lah kita orang malas nak cerita."

"Ye la. Ye la. Jangan la marah. Isya dah tak tanya" Raisya bersuara dengan suara gediknya.

Aku mengaggukkan kepalaku lalu berjalan ke arah cikgu shima yang baru masuk gelanggang bola tampar itu.

P/s: hye guyssss.. Jangan lupa tekan voment yer.. Sayang korang😘

{1146}

SahabatWhere stories live. Discover now