"I nampak pagi tadi"
Aku tekejut. Aku memandang Shawana.
"Err.. You nampak apa?" Teragak-agak aku bersuara.
"Abang I hantar you pagi tadi kan? I nasihatkan baik you jauhkan diri you dari dia. Kalau I tahu masih ok lagi. Tapi kalau Lina tahu habis lah you kena maki dengan dia. I sayangkan you jadi I tak nak you kena marah. Isya.. Dia suka abang I jadi jauhkan diri you dari abang I jangan jadi penghalang antara abang I dengan Isya. Faham!" Tegas Shawana bersuara.
Aku agak terharu apabila mendengar bahawa dia menyayangiku tapi dalam masa yang sama aku agak terkilan. Aku kena jauhkan diri dari Iskandar tanpa alasan? Mana boleh macam tu. Lepas dorang tinggalkan aku Iskandarlah yang sentiasa ada dengan aku. Dia nasihat aku untuk terus bertabah. Mana mungkin aku jauhkan diri dari Iskandar macam tu je.
"Kalau I tetap tak nak jauhkan diri I dari abang you apa yang you nak buat" aku menduga Shawana.
Dia tersenyum Sinis "No! I tak kan buat apa-apa tapi you akan digelar perampas je la. I'm sorry, I tak boleh buat apa kalau dorang gelar you perampas"
"Kenapa..."
Berkerut mukanya "sebab you dah tau Isya suka abang I. Tapi you tetap rapat dengan abang I"
"No! Kenapa you buat I macam ni? Kenapa jauhkan diri dari I? Iskandar cakap sebab you tak nak kehilangan kawan. Betul ke? You takkan kehilangan kawan kalau you percayakan I. I boleh jadi kawan you" aku memandang Shawana meminta jawapan.
"Sebab Ira pun tak berkawan dengan you. I lebih percayakan Ira dari you. Kalau kawan yang paling rapat dengan you sendiri pun dah tak nak rapat dengan you.Dah tak nak berkawan dengan you. Macam mana I nak percayakan you? Macam mana I nak percaya you tak buat semua tu? Tell me!"
Aku terkedu. Aku memandang Nadirah yang baru masuk ke dalam kelas. Hari ni aku merasa agak lega kerana Amalina dan Raisya tidak datang ke sekolah. Dengan peluang ni bolehlah aku cuba bercakap dengan Shawana dan Nadirah.
Perlahan aku atur kakiku menuju ke arah Nadirah.
"Ira kau betul ke dah tak nak berkawan dengan aku" aku memandang Nadirah merayu meminta penjelasan.
Dia melarikan matanya dari memandang mataku. "Entah! Buat masa sekarang ni aku tak boleh percayakan kau"
"Kau dah tau semua pasal aku. Sampai hati kau meragui aku. Aku.. Aku kena pindah. Habis SPM je aku kena pindah. Aku bagitahu kau seorang je sebab aku percaya yang kau masih sayangkan aku sebagai seorang sahabat. Aku pergi lama jadi aku tak nak kita terputus hubungan" perlahan air mataku mengalir dipipi.
Kata-kataku sebentar tadi nampaknya menarik dia. Dia memandangku dengan mata yang berkaca.Dia memukul lengan aku sekuat hatinya. "Nak lari dari kita orang? Kenapa tak cuba betulkan keadaan? Kau betul tak ikhlas kawan dengan kita orang? Kau tau tak aku berharap kau betulkan keadaan."
"Aku tak tahu. Tak tahu macam mana nak betulkan keadaan. Aku buntu. Tu je aku mampu buat. Aku akan pergi jauh dari sini"
"Kau ingat dengan melarikan diri dari kita orang boleh selesaikan masalah ke?! Kau nak tinggalkan aku? Aku benci kau!" Nadirah bangun dari duduknya lalu keluar dari kelas.
"See. Dia sendiri cakap dia benci you. Macam mana I nak percayakan you Nia?"
Perlahan aku memadang Shawana. Aku nampak pandangan simpatinya padaku.
"I ni menyedihkan bukan? I ada satu soalan untuk you. I harap you jawab dengan jujur. Boleh?"
Dia menganggukkan kepalanya.
"Adakah you masih menganggap I sebagai sahabat you?" Aku memandang matanya tajam.
"T..ta..tak" tergagap-gagap dia bersuara.
"Jujur Wana!"
"Yes! I still lagi anggap you sahabat I tapi I takut dorang akan pinggirkan I jadi I terpaksa jauhkan diri dari you. Puas hati you?" Shawana memusingkan badannya lalu pergi. Aku tersenyum perlahan.
****
"Is I nak tanya you sesuatu ni" aku menyedut air jus oren di depanku. Mataku ralit memandang wajah Iskandar.
"Tanya je la. I bukan marah pun" dia meletakkan telefon bimbit di atas meja lalu memandang mukaku.
"Andaikata ada budak yang sama umur dengan I suka you. Apa yang akan you buat?"
"I tak minat dengan budak. So, you know. I akan tolak dia"
Aku menganggukkan kepalaku. Jadi dia tak minat aku. Tak minat tak mustahil cinta bukan?
"Tapi kalau you cintakan budak tu then budak tu kata dia cintakan you. Apa pulak yang you akan buat?" Lagi sekali aku melontarkan soalan.
Dia mengerutkan keningnya. "I cintakan dia ya? Hmm mungkin I akan pertimbangkan.."
"Kenapa kena pertimbangkan dulu? Kenapa tak terima je terus?" Aku membidas kata-katanya.
"Sebab mungkin dia budak" dia mengangkat bahunya.
Aku mencebik. Egonya. Dah orang yang dia suka tu luahkan perasaan dekat dia terima je la.
"Dah habis buat kerja sekolah? Jom balik. I penat la. Hari ni you tak tanya apa-apa pun pasal kerja sekolah you tu.So I agak you tak ada masalah la pasal kerja sekolah you" pantas dia bangun lalu menuju ke arah kaunter.
Aku tersentak. Eh.. Tak kan nak balik dah? Aku tersalah cakap ke tadi. Suara dia pun mendatar je tadi. Ah! Lantaklah. Aku mengemas buku-buku sekolahku dan memasukkannya ke dalam beg.
Aku berjalan menuju ke arah kereta Iskandar menunggu di selesai membayar. Tak minat dengan budak? Aku macam pernah dengar ayat ni. Ah! Lantaklah. Malas nak layan perasaan.
"You tak nak balik ke?"
Aku tersentak. Cepat-cepat aku membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta itu.
Sepanjang perjalan aku hanya memandang ke luar tingkap. Rasa bosan itu ada tapi nak buat macam mana kan? Dah tak ada siapa ajak berborak.
"You fikir pasal siapa tu?"
Aku mengalihkan pandangan memandang Iskandar yang sedang memandu.
"Fikir pasal you?" Aku tergelak kecil.
Dia mengerutkan mukanya "pasal I? Pasal apa tu?"
"Adakah you akan terima I kalau I cakap yang I cintakan you" aku membalas dengan tawa yang kecil.
"Hisy. You ni bergurau tak bertempat. Ada-ada je la you ni" dia melepaskan tawanya sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Kalau I betul-betul cakap macam tu macam mana?" Tegas aku bersuara.
"Mengarut! Dah la jangan fikir pasal tu lagi" kali ini dia pula bersuara tegas.
Aku mengangguk kepala perlahan. Mungkin bukan masanya untuk aku meluahkan perasaan aku ni.
"Dah sampai"
Aku melihat rumahku . Dah sampai? Baguslah. Lagipun badan dah sakit ni dari tadi asyik buat kerja sekolah je. Aku membuka pintu kereta sebelum keluar dari kereta itu.
"Hati-hati bawa kereta"
Dia menganggukkan kepalanya. Aku menutup pintu lalu masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Sahabat
Short StoryNur Hanania Binti Fawwaz orangnya cantik namun untuk mendekatinya sangat susah. Dia hidup dalam kalangan orang kaya namun tidak mempunyai kasih sayang yang cukup dari mama dan papanya. Baginya kawan adalah keluarga. Nur Nadirah Binti Hasni kawan Yan...