2: Pantai

39 7 3
                                    

Aku keluar dari kereta dan bersandar di pintu kereta. Kereta sudah selamat aku matikan. Kuncinya aku simpan dalam poket seluar ku tak nak beri Nadirah ambil dan tinggalkanku sensorang dekat sini.

Nadirah keluar dari kereta dengan muka masamnya. "Nia! Aku nak pergi Mega Mall la bukan Pantai!"

Aku tergelak kecil melihat Nadirah yang dari tadi asyik membentak sahaja. "Ok la ni, kau ni asyik nak pergi tempat berhantu tu je kenapa? Sekurang-kurangnya pergi sini dapat ketenangan. Cuba kau rasa angin sepoi sepoi bahasa ni. Dia menampar muka kita tapi tak merah, dapat ketenangan lagi adalah" sudah! Aku melalut apa pun aku tak faham. Aku cuma nak pastikan Nadirah ni tak lagi membentak dengan aku. Tak tenang jiwa bila ada orang memekak masa aku tengah mencari ketenangan.

Oh My Hanania! Ketenangan? Aip! Jangan fikir aku putus cinta ok. Pemikiran aku ni suci lagi. Aku tak pernah bercinta. Bukan tak nak, nak merasa tu memang la tapi aku tak ada masa nak serabutkan kepala otak aku dengan lelaki. Yah! Korang dah tahu kan siapa Hanania. Aku dah manggakan Hati aku ni dan campakkan kunci tu dalam laut. Bertuahla siapa yang jumpa kunci tu dan buka hati aku ni.

"Nia!"

Terlompat aku dibuatnya. "Kau ni Ira! Kenapa suka sangat jerit dekat aku ni?" Berkerut muka aku menahan marah.

"Kau la mengelamun je, ingat siapa la. Aku ni yang tanya kau berkali-kali kau tak jawab. bila aku jerit panggil kau, kau marah pulak" Nadirah melepaskan marahnya lalu berjalan meninggalkan aku sendirian.

Berkerut muka aku melihat Nadirah yang meninggalkan aku seorang diri. Adakah dia tengah marahkan aku? Aku keliru. Apa la bengap sangat aku ni, mestilah dia tengah marah. Aku mengetuk kepala perlahan lalu mengejar Nadirah.

"Ira! I'm sorry aku bukan tak nak dengar tapi kepala otak aku ni yang ajak mengelamun" aku tergelak kecil apabila suaraku mengeluarkan pernyataan yang tak masuk akal.

Buk! Aku jatuh terduduk apabila terlanggar seseorang yang berhenti di depan aku. Aduh! Sakitnya punggung aku! Dengan perasaan marah aku mendongakkan kepalaku melihat siapakah yang melanggar aku.

"Arr... Awak ok? Saya minta maaf sebab terlanggar awak. Urghhh.. I think you should forgive me" dengan selamba mamat depan aku ni bercakap.

Aku mencebik. Amboi! Dah langgar aku lepas tu buat muka kerek pula dia. 'I think you should forgive me?' huh! aku kakikan muka kau yang handsome tu baru tau.

"Why?" Ambik kau! Geram aku. Lain kali ikhlas la sikit. Dengan muka beku kau tu kau ingat aku hadap ke? Harap muka je handsome tapi langsung tak ada seri. Beku semacam je, nak bagi senyuman yang senang tu pun susah.

Lelaki itu tersenyum sinis "Why huh? Kau sedar tak kau pun salah juga, yang kau lari tu kenapa? lepas tu dengan pakej senyum kau yang macam kerang busuk tu. Dah la langsung tak pandang kanan kiri. Dah cukup baik aku minta maaf walaupun bukan salah aku"

Ternganga aku mendengar sindiran daripada mamat poyo depan aku ni. Eeee. Kalau ikutkan hati, nak je aku cepuk kepala dia.

"Nia!" Nadirah mendekati aku.

"Kau ok? Sakit ke? Kau ni nak lari pun jangan la sampai langgar orang" Nadirah memegang tangan aku mencari luka.

Perlahan aku menarik lenganku dari pegangannya. "Aku ok je la. Jangan risau ok. Jom balik. Tak best la kalau kau merajuk. Ada baiknya aku duduk rumah baca novel or wattpad. Tak adalah bosan mana"

Nadirah mengeluh lalu memandang lelaki tadi. "Err.. Saya minta maaf ye. Kawan saya ni ego sikit, susah nak minta maaf walaupun benda tu salah dia. By the way my name is Nadirah dan ni pula Hanania"

SahabatWhere stories live. Discover now