9: Fitnah

28 7 0
                                    

Tibalah harinya. Hari yang kami paling takutkan. SPM! Lagi dua bulan kami akan menduduki SPM. Kami bersungguh-sungguh belajar. Ada kalanya Iskandar akan menemani Shawana mengulangkaji bersama-sama kami. Dia jugalah yang membantu kami jika kami tidak tahu.

Setelah sekian lama akhirnya hubungan aku dengan Iskandar semakin baik, Malah dengan rakan-rakanku juga begitu.

Aiman masih lagi tidak berhenti mengacauku. Tapi aku bersyukur sampai sekarang dia masih lagi tidak menghancurkan hubunganku dengan rakan-rakanku. Aku tahu Aiman itu tidaklah jahat mana pun.

Pang! Terkejut aku apabila ditampar oleh seseorang. Panas mukaku apabila ditampar. Aku memandang orang yang menamparku itu.

"Li..Lina.. Kenapa?" Aku bersuara perlahan memandang Amalina yang sedang marah.

Dia tersenyum sinis. "Kenapa? Aku tak sangka aku ada kawan macam kau ni. Aku paling pantang bila ada kawan yang makan kawan. Antarnya ialah kau. Beranikan kau bermain dengan api!"

Aku terkaku. Apakah? Apa yang cuba dia sampaikan? Aku tak faham.

"Apa yang kau cakap ni?" Berkerut mukaku. Aku memegang pipiku yang ditampar. Sakitnya mula menjalar.

"Tak payah nak buat tak tahulah Hanania! Kau tahu aku dengan Aiman kan? Berani betul kau cuba rampas dia dari aku. Kau langkah mayat aku dulu kalau kau nak rampas dia. Patutlah bersungguh-sungguh kau mengata dia. Tak nak aku kecewalah, tak pandai nak uruskan emosi lah. Licik betul kau! Padahal kau suka dia" pedas sindirannya.

Aku terdiam. Baru sebentar tadi aku memuji Aiman dah mula perang antara aku dan Amalina.

"Aku tak sangka disebabkan mulut lelaki tu kau sanggup tampar aku yang terlebih dahulu berkawan dengan kau dari dia" aku bersuara kecewa.

"Sebab kau! Kau penipu! Kau langsung tak ikhlas berkawan dengan aku. Kau tahu Aiman suka aku dari dulu jadi kau rapat dengan aku! Kau! Aku benci ada kawan macam kau!" Terkejut aku apabila mendengar jeritan Amalina. Aku terkadu. Air mata bertakung. Tunggu masa je untuk dia jatuh.

"Lina! Apa kau cakap ni?" Suara Nadirah mencelah. Aku hanya mendiamkan diri tak mahu Nadirah tahu yang aku hendak menangis. Aku tak sangka begtu sekali Aiman menuduhku.

"Apa? Kau nak menyebelahkan dia pula? Kau tahu tak apa dia buat di belakang kau? Tak tahu kan? Macam aku juga! Tapi bagus la Aiman dah cerita. Aku menyesal ada kawan macam dia ni. Aku menyesal kenal dengan dia dan aku harap kau cepat-cepat la sedar dari dimainkan oleh dia."

Mengalir air mataku mendengar setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh Amalina.
Aku memandang Raisya yang mendiamkan diri di sebelah Amalina. Raisya juga turut tersenyum sinis.

"Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni Hana! Kau rupanya Hana yang Aiman panggil hari tu. Kau cuba buatkan Lina dan Aiman putus dengan memanggil nama kau? Kau bodoh! Kau dah kantoi Hana. Aku dan Lina takkan tertipu dengan permainan kau" Raisya pula bersuara. Apa yang paling mengejutkan aku ialah panggilannya. Panggilannya sudah bertukar.

"Mulai dari hari ni aku, Isya, Ira dan Wana bukan lagi kawan kau! Aku yang buat keputusan untuk dorang" Amalina bersuara tegas. Raisya menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.

Aku terduduk. Aku memandang Nadirah namun dua hanya mendiamkan diri. Raisya dan Amalina pergi meninggalkan aku lalu menarik tangan Nadirah. Aku menangis teresak-esak. Kenapa semua orang nak tinggalkan aku?

****

Aku memandang Aiman yang mendekatiku. Aku yang menyuruhnya datang untuk berjumpa denganku.

"Akhirnya dengan kerelaan kau datang jumpa aku. Ada apa sayang?" Sinis Dia bersuara.

Pang! Aku menampar mukanya kuat. Dia memegang mukanya lalu tersenyum

"Auchh.. Sakit.. Tapi tak sesakit hati aku yang dah kau hancurkan, kau buat tak tahu bila aku cakap aku suka kau tapi bila dah jadi macam ni baru datang cari aku?"

Aku mencebik "Sedap makan penampar aku? Ke tak cukup lagi. Kalau tak cukup aku boleh lenyek kau guna lori sampah pula"

"Pandai kau buat lawak. Hambar tapi tak apalah sebab aku sayang kau aku gelaklah juga" dia berpura-pura gelak.

Panas hati aku mendengar suaranya. "Puas hati kau? Aku dah tak ada sesiapa dengan aku. Kalau aku tetap tak nak terima kau, kau nak buat apa pula? Bagi mama dan papa aku pula yang benci aku? Mari sini aku bagi tahu kau. Kau tak payahlah susah susah buat macam tu sebab aku memang dah tak ada sesiapa pun dalam dunia ni. Mama dan papa aku langsung tak kesah pasal aku pun"

"Jadi nak buat macam mana ye?" Sinis dia bersuara.

"Kau tau tak? Aku bukan tak suka kau. Aku suka kau. I mean sebagai kawan tak lebih dari itu. Aku nampak sisi baik kau aku juga nampak sisi jahat kau sebab tu lah aku ambil berat pasal kau dulu. Ramai orang tak suka kau sebab kau jahat tapi bukan aku. Aku cuba berbaik dengan kau sebab aku tak nak jadi macam dorang yang suka menghukum orang tanpa tahu apa-apa. Aku bukan nak jauhkan diri dari kau tapi aku terpaksa bila kau kata kau cintakan aku. Aku tak nak kau berharap dekat aku. Aku rasa bersalah. Jadi aku cari rakan yang lain dan akhirnya aku jumpa dorang bertiga. Tapi kau dah hancurkan hubungan kami dengan sekelip mata dengan semua tuduhan. Aku kecewa dengan kau.. " aku terdiam sejenak sebelum menyambung.

"Tolonglah Aiman! Tolonglah lupakan aku. Aku tak nak benci kau.  Aku tak ada sesiapa. Dorang je yang aku ada. Tolonglah aku! Aku akan maafkan kau jadi kau fikirlah betul-betul" aku terus berjalan meninggalkan dia. Aku tak nak dia nampak aku menangis.

Hye guys👋 firstly sis nak minta maaf kalau cerita sis sangat hambar.. Sis dah cuba yang terbaik untuk buat korang suka tapi nak buat macam mana sis masih baru dlm dunia penulisan.. Sis ada buat cerita yg baru bertajuk Kau Tetap Di Hati.. Insyaallah sis akan cuba buat yg lebih baik lagi untuk cerita tu.. Btw thanks to my readers.. Sayang korang.

Dan lagi sis nak minta maaf sebab esok dan hari ahad ni sis tak dapat nak bukak wattpad.. I'm super busy girl (acah budak😒).. Sorry again.. Minggu depan sis double update ok..  Ouh ya jangan lupa voment guys😉

SahabatWhere stories live. Discover now